Friday, April 15, 2011
Ceramah Dalam T.V sebentar tadi
sebenarnya tidak perlu pun jari-jariku disusahkan dengan tujuan untuk menaip...apa lah sangat ilmu yang didapati tadi untuk dihebahkan...masakan semua orang tidak tahu...tetapi gerak hati ini seakan-akan tidak mampu untuk menahan ilmu yang didapati tadi hanya sekadar dilubuk hati...ia seakan-akan tidak mampu disimpan melainkan denganku menaipnya...hebat benar ilmu yang diberi Illahi kepada ustaz di dalam t.v sebentar tadi...betapa beliau faham dengan jelas tentang ilmu yang dibawanya tadi...malahan dengan ilmunya itu beliau berusaha sepenuhnya untuk sama-sama berkongsi ilmu dengan pendengar-pendengarnya...ilmu yang didapatiku tadi hanyalah sekelumit tapi amat mendalam bagiku...hebatkan dengan hanya petikan dari 'ajarakan anak-anak dirikan solat boleh mengelak dari segala segi masiat'...mudahkan susur atur ayat ni...tp pemahaman untuk ayat ini amatlah perlu....hebatkan dengan hanya perkataan 'dirikan' disini mempunyai maksud tersirat yang amat mendalam...bak kata ustaz maksud dirikan disini ialah kita mendirikan setiap perbuatan kita seakan-akan kita bersolat...dengan kata yang lebih jelas ialah kita meletakan sesuatu perbuatan kita supaya solat kita bukan sahaja sah malahan diterima Illahi...dimana ketika bersolat kita menutup aurat...jadi masa kita berada diluar keadaan kita juga menutup aurat...dimana ketika solat kita mementingkan masa yakni kita terus bersolat apabila azan berkumandang dimana apabila azan subuh berkumandag kita terus bersolat subuh...jadi apabila kita mengaplikasikan benda ni dalam kehidupan kita...kita tidak akan sesekali menangguhkan sesuatu perkara...hebatkan...malahan kita juga menitik beratkan kebersihan ketika bersolat supaya solat kita diterima...begitu juga kita kena lakukan walaupun diluar solat...kita kena menitik beratkan kebersihan...barulah kehidupan akan jadi lebih selamat..orang disekeliling pun suka berada dengan kita...banyak lagi sebenarnya yang dihuraikan ustaz sebentar tadi...tetapi cukup lah hanya disini penaipan ku...malu pula diri ini menghuraikan sesuatu yang bukan dari bidangku....supaya Allah S.W.T sentiasa memberi rahmat dan pertunj dan kepada sekalian umat manusia...
Monday, April 11, 2011
Ilmu Yang Kena Belajar Dan Kena Tahu
Keterangan berikut adalah suntingan dari kitab 'Sirrul Asrar Fi Ma Yahtaju Ilayhil Abrar' oleh Ghawthul A'zham Shaikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani رضي الله عه
Maka berkata Shaikhuna; tentang
Nur Muhammad (iaitu hakikat Muhammad) - atau ringkasnya asal kejadian.
Semoga Allah Ta'ala memberikan kamu kejayaan di dalam amalan-amalan kamu yang disukaiNya dan Semoga kamu memperolehi keredaanNya. Fikirkan, tekankan kepada pemikiran kamu dan fahamkan apa yang aku katakan.
Allah Yang Maha Tinggi pada permulaannya menciptakan cahaya Muhammad daripada cahaya suci Keindahan-Nya. Dalam hadis Qudsi Dia berfirman;
“Aku ciptakan ruh Muhammad daripada cahaya Wajah-Ku”.
Ini dinyatakan juga oleh Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم dengan sabdanya:
“Mula-mula Allah ciptakan ruhku. Pada permulaannya diciptakanNya sebagai ruh suci”.
“Mula-mula Allah ciptakan qalam”.

Wednesday, April 6, 2011
Tatkala diri menjadi sedikit biul
Kelihatan disitu terletaknya katil di mana si anak boleh ditakrifkan sebagai seorang yang sakit...dikala demam sedemikian...yang paling merisaukan bukan dirinya si anak...tapi dirinya si emak kepada si anak...kelihatan wajah si emak agak berkedut meneran keperitan si anaknya...kelihatan matanya agak mengecil dan ditepinya kelihatan beberapa titik air mata jernih seperti airnya embun tatkala dipagi hari ataupun diwaktu selepas hujan...kesedihan si emak akibat daripada pandanganya ke wajah sunggul si anak...muka si anak direnungnya si emak...si emak percaya dengan pandangannya bahawa si anak memang sedang menanggung kesakitan dan bukannya permainan si anak untuk meraih simpati si emak......muka si emak berkerut kesedihan seperti mana si emak yang menanggung kesakitan...kelihatan tangan yang agak sedikit berurat dan menampakkan kekedutan di kulitnya membasahkan tuala dan kelihatan juga tuala tu diletak diatas kepala si anak..petua ni didapati daripada turun temurunnya ilmu....semua ini dilakukan atas keinginan si emak untuk melihat si anak sihat seperti sediakala...si anak hanya memerhati setiap perbuatan yang dilakukan si emak...hebat sungguh pengorbanan si emak bisikan jiwa yang ditakrifkan ikhlas oleh kata hati...
Tatkala itu...si anak mula berfikir adakah dia mampu untuk berbuat sedemikan seperti mana yang dilakukan oleh si emak...adakah dia mampu menjaga si emak tatkala si emak kurang sihat akibat lanjutan usia...ataupun sekurang-kurangnya dia mampu memaparkan sorot mata sedih dgn linangan air mata ditepinya....ataupun si anak hanya mampu merenung kesedihan ataupun merintih kepiluan bila mana tubuh si emak kelihatan kaku pucat tanya sebarang pergerakan akibat daripada penarikkan roh oleh si malaikat pengambil nyawa...adakah tatkala si anak mulai cergas si anak mudah saja melupakan setiap jasa si emak menjaganya ketika si anak berada dalam keadaan sakit walaupun hanya...dua tiga kali nafas si anak ditarik dan yang ketiganya sedikit mendalam...hati nurani si anak hanya mampu berdoa supaya setiap jasa si emak dapat dibalas si anak dengan pertolangan Illahi...hebat sungguh perngorbanan si emak takrif si anak sendiri...terkenang syarahan seorang ustaz bahawa tempat si emak berada di tangga ketiga selepas Allah dan Rasullullah...bertapa islam mengangkat kedudukan si emak itu sendiri...sedemikian oleh kerana pengorbanan si emak sendiri...masakan tidak...si emak mampu menanggung si anak selama sembilan bulan tatkala si anak masih lagi dikala janin...tatkala sembilan bulan ditakrifkan tiba si emak dengan rela hati melahirkan si anak...kesakitan si emak tatkala itu diringankan dengan tangisan si anak dan juga keikhlasan yang timbul dari hati nurani si emak...

Subscribe to:
Posts (Atom)