Bulan ramadhan bulan yang paling mulia diantara semua bulan.Datangnya hanya setahun sekali walupun perjalananya sebulan. Dimana bulan ini terdapat satu malam yang mana bersamaan dengan seribu malam. Dibulan ini juga amalan-amalan dilipat gandakan. Bulan ini dimana semua syaitan-syaitan telah diikat hanya ditinggalkan nafsu buat penggangu ibadat. Dibulan ini juga dimana semua umat islam diajar untuk menahan lapar dan dahaga dimana perbuatan ini menjadi harian kepada yang fakir miskin. Dibulan ini juga terdapat satu perasaan yang sungguh berbeza dengan bulan lain. Ketenangan boleh dikatakan dapat menembusi lubuk hati. Dibulan ini juga rahmat Illahi mencurah-curah diturunkan kepada umat Rasulullah s.a.w. Sungguh hebat bulan ini. Melalui penaipan tak mungkin aku dapat gambarkan bertapa hebatnya bulan ini. Sesungguhnya di bulan ini juga Rasullulah s.a.w naik ke langit untuk bertemu Illahi. Dimana bilangan sembahyang ditentukan. Sungguh hebat kan bulan ini. Dulu mungkin ku tidak mengerti mengapa ahli-ahli ibadat sangat menyukai bulan ini. Dulu bagiku bulan ini adalah bulan yang dipenghujungnya adalah hari raya. Dimana aku aku dapat mengutip duit dari rumah ke rumah dengan berpakaian baju melayu baru serta bersongkok. Aku hanya mengetahui di bulan ini aku dapat makan makanan yang enak diwaktu magribnya dan disetiap petangnya aku dijadikan teman oleh arwah abahku ke bazar untuk membeli juadah berbuka. Dibulan ini juga bagiku dulu hanyalah dimana malam-malamnya aku dapat keluar dari rumah untuk bermain mercun ataupun bunga api. Adakah pemikiranku telah matang ataupun cuma pandanganku saja yang sedikit berbeza. Mungkin aku hanya tahu setakat syariatnya, Jujurku akui aku tidak sesekali mengetahui hakikatnya. Ibadatku tidak diperbanyakkan sepertimana dilakukan oleh ahli-ahli ibadat lain. Ulama-ulama sering memberi nasihat bahawa mungkin ini adalah bulan ramadhan yang terakhir buat anda. jadi perbanyakkan ibadat. Tetapi nasihat itu bagaikan lalu tanpa henti di lubuk telingaku. Aku mengharapkan dari Illahi supaya memberi rakmat kepadaku untuk ku kuatkan ibadat. Supaya diberikan Illahi kekuatan yang sama seperti orang solehin. Agar aku dapat sama-sama menghayati bulan ini. Dimana aku dapat melawan nafsuku seperti mana para solehin menahan nafsu. Penaipanku disini hanyalah untuk muhasabah diriku sendiri. Tidak pernah timbul dibenak pemikiranku sebarang unsur negatif yang mungkin melibatkan perasaan hati makluk seumpama aku. Siapalah diriku untuk membicarakan soal ramadhan. Penulisanku hanyalah sebagai membalas desakan hati dan tidak ada kena mengena dengan yang lain.
Ahlan wa sahlan, marhaban
Ahlan wa sahlan, ya Ramadhan
Ahlan wa sahlan, marhaban
Ahlan wa sahlan, ya Ramadhan
Ramadhan menjelma lagi
Menghimpun Rahmat dan Maghfirah
Bertambah keberkatannya
Dengan amal ibadah
Diri tunduk keinsafan
Dan rasa berdosa
Bulan kemuliaan yang dikurniakan ini
Usah biarkan berkatnya
Berlalu sia-sia saja
Ia hadir bagai air bah
Membasuhi daki dunia
Sambutlah Ramadhan dengan jiwa terbuka
Seperti ketibaan orang yang kita cinta
Dengan ucapan
Ahlan Wa Sahlan Marhaban Ya Ramadhan
Hati gembira pintu terbuka
Rahmat Allah Yang maha Besar
Ditaburi mutiara hikmah Al-Quran
Lantas dibelenggu nafsu dan syaitan
Didatangkan pula Lailatul Qadar
Pengorbanan yang dibuat balasannya syurga