Andai anda melihat bulan juga dimasa itu anda melihat bintang. Disaat itu anda akan berasa gembira, terhibur dan juga kagum dengan kebesaran illahi. Disaat itu juga anda berfikir, jikalau anda dapat memegang atau menjinjing bulan dan bintang itu pastinya perasaan yang lebih baik akan terbit. Disaat itu juga anda mengerti kekuatan dan kudrat anda tidak boleh berbuat sedemikian. Disaat itu juga mata anda akan mengalir air jernih yang kadang-kadang terbit seperti buih-buih kecil seakan berbola. Tapi disaat itu juga anda akan mengolah sedikit hikmah bahawa bagaimana pun berlaku anda masih mendapat faedahnya. Anda tetap juga mendapat cahayanya. Walaupun cahayanya tidak dapat dipegang tapi pancarannya bisa buat anda berjalan dikala malam gelap gelita. Anda juga berasa terhibur dengan cahayanya yang selalunya membantu anda dan teman-teman anda. Begitulah bilamana anda hitungkan dengan setiap perhubungan anda. Adakalanya anda fikir si polan mahupun sipolan itu adalah cahaya anda. Tetapi kerana ia bukan jodoh anda, hubungan anda tidak kemana. Tapi fikiran anda jangan cuba diberhentikan cuba anda takrifkan hikmahnya. Oleh kerana sang pencipta menemukan anda dengan si polan anda bisa berlajar untuk lebih mengerti tentang hubungan. Anda juga bisa memahami tentang erti kesalahan dan ia boleh diadaptasikan sebagai pengalaman anda. Kerana dikemudian hari anda akan melihat kelebihannya. Disaat anda peroleh cahaya yang tetap. Insyaallah anda akan lebih mengerti. Kerana cahaya itu sudah diberi dan disediakan oleh sang pencipta kepada anda. Kerana sang pencipta lebih mengerti tentang benda ciptaannya berbanding anda yang diciptakan.
Friday, March 22, 2013
Sunday, March 10, 2013
Tatkala Itu Aku Memerhati
Salam sebagai pembuka agenda. Tanggal lama juga tidak ku merintih. Bukannya kerana sibuk tetapi lebih enak aku berbicara dalaman yang senang ertinya dikatakan monolog dalaman. Seringkali juga aku bermain ayat dibenak fikiram. Seringkali juga aku khabarkan kepada teman yang tatkala itu berada disampingku. Keberatan untuk aku sampaikan disini, dimana perasaan aku agak berbeda-beda kekadang tertanya-tanya. Terutamanya persoalan dibenak sentiasa bermain diatas faktor perkenalan antara dua jantina berbeza. Aku seringkali persoalankan kenapa hubunganku jarang kekal dengan jantina berlainan yang rapat denganku. Mungkin kerana lancang mulutku berbicara dan mungkin juga kerana faktor lain. Pedulikan soal ini dan itu. Aku ada sepotong ayat yang ingin ku kongsi. "Jangan mengharap bintang jikalau matahari pun tak dapat ditentang"

Subscribe to:
Posts (Atom)