Friday, May 15, 2009

Silat






assalamualaikum....dah lama sgt aku x update blog ni...hari ni disebabkan ada sikit kesempatan...alhamdulillah...boleh la aku tulis sikit2 dlm blog ni..sbnrnya aku mmg dah kekeringan idea nak tulis...dah xtau nak tulis apa...blog ni nama ja orang kampung...tp kandungan dia merapu...x ada pun berkaitan kampung...yang ada cuma cerita2 tahyul ja...so malam ni aku dah bertekat nak tulis sesuatu yang berkaitan kampung...

apa yang aku nak cerita ni adalah berkaitan dengan silat...silat yakni salah satu seni mempertahankan diri...silat ni ada banyak aliran...sama gak mcm karate,taekwando,muay thai dan sebagainya yang mempunyai cabang2 nya...antara jenis2 silat yang terkenal adalah seperti silat gayong(gayong pusaka,gayong malaysia,gayong harimau,gayong singa berantai,gayong fatani),silat cekak(silat cekak malaysia,silat cekak ustaz hanafi,silat selendang merah,silat bangau putih dan banyak lg...klu nak tulis smua...mmg x cukup page aku rasa...tp apa yang aku nak cerita ni bukan pasal knowledge berkaitan silat...sbb aku x beberapa ariff dalam bidang ni...takut gak nnt ada guru2 yang akan marah atau mungkin akan berkecil hati...so apa yang aku nak tulis ni adalah silat yang pernah aku sertai...tp disini aku bukan nak tunjuk hebat ataupun nak bermegah-megah...aku cuma nak berkongsi pengalaman aku ja...sebab dah acap kali aku dengar silat ni diperkecil,dipertikai dan diperlekeh oleh orang2 yang x pernah pun blajar seni silat ni...antaranya apa yang aku selalu dgr adalah seperti silat ni x dpt diaplikasikan semasa bergaduh...kata mereka sebab bila nak bergaduh kena buka bunga,kena main tari dan mcm2 lagi lah...dan ada gak yang cakap buah silat ini tidak efficient berbanding muay thai(tomoi)...so disini aku nak perbetul sikit tanggapan orang yang cakap mcm tu....sebenarnya bunga(tari) ini adalah digunakan hanyalah untuk seni...yakni adalah untuk mencantikkan lagi pergerakkan silat...bunga(tari) ni sebenarnya dibuat untuk menyembah sultan,pembesar dan orang ramai pada masa dahulu... bunga(tari) ni juga digunakan untuk memberitahu pihak lawan bahagian mana yang akan digunakan untuk menyerang...ini aku dapat dari guru aku yakni dari guru silat setiabaktit iaitu abg lan...misalnya jika semasa memainkan tari kita menepuk bahagian tangan dan kemudiannya kaki...maksudnya adalah untuk memberitahu pihak lawan bahawa kita akan menggunakkan penumbuk dan menendang...bunga ini juga digunakkan untuk mengajak pihak lawan berentap tp dengan menggunakan cara yang sopan...dan apa yang aku belajar selama ini...setiap tari bunga ada maksud2 tertentu...dan persilat amatlah dilarang menghentak kaki ke tanah semasa membuka tari(ni aku dapat masa belajar silat gayong harimau sang saka masa kat kg dlu iaitu aku dapat dari seorang guru tua iaitu dari pak cik omar)...ini kerana kita tindakan menghentak kaki ke tanah adalah seperti biadap(menghina) tanah,ini kerana tanah selama ini banyak berjasa kepada kita...so kita x bolehlah berbuat sedemikian semasa membuka tari...bukaan tari haruslah lembut dan penuh dgn seni...sebab silat adalah salah satu aliran pertahankan diri yang lembut selain kungfu(shaolin)...tp lembut x bererti lemah....tari juga akan menjadi lebih cantik apabila menggabungkan langkah yang kadang2 pantas dan kadang2 perlahan(sebenarnya susah nak diterangkan melalui kata2,sry)...tapi apa yang penting dalam silat adalah asas...sbb asas lah yang slalu digunakkan ketika bergaduh...contoh2 asas adalah seperti asas menumbuk,asas menendang,asas tangkis serangan(tangkis tepi,tangkis atas,tangkis bawah)...setiap asas2 ni juga ada pecahan-pecahannya...contohnya asas menumbuk apa yang aku dapat ada 3 yakni menumbuk secara biasa,menumbuk gengam padi,menumbuk menggunakan tapak tangan(mcm org karate genting,hard to explain)...dan cara menumbuk adalah berbeza bagi jenis silat...misalnya bagi asas menumbuk silat setiabakti..asas menumbuknya adalah tumbukkan spring...tumbukan juga haruslah 70% dari tenaga kita...30% haruslah disimpan(orang yang pernah belajar silat mesti tahu pasal ni)...ini kerana kerana jika menggunakkan sepenuh tenaga,peratus untuk patah tangan adalah sgt tinggi...ini kerana jika berlawan dengan musuh yang handal,jika musuh menggunakan teknik buang yang betul...mungkin padah bg kita...manakala bagi asas tendengan plak...apa yang aku belajar dari gayong ada tiga...iaitu asas tendangan sisi,asas tendangan job,dan asas tendanan juring...manakala bagi asas tepis pula adalah seperti tepis tepi(yakni kiri dan kanan,dimana tangan haruslah dirapat dengan bahu ),tepis bawah(untuk membuang tendangan job,dan tendangan sisi),tepis atas(untuk membuang pukulan dari atas yakni pukulan yang tertumpu ke aras bahagian atas kepala)...dalam silat juga ada senaman2 tertentu...ini bagi mengelakkan kecelakaan,juga bagi mengukuhkan lagi permainan asas dan buah,bagi menguatkan penafasan dan juga bagi membolehkan mengelak serangan musuh dengan lebih sempurna...antara contoh2 senaman adalah seperti senaman tua,senaman terjun buyung,senaman lompat anak rimau,senaman lentik ulat,senaman lompatan,senaman berlaga tangan(untuk kuatkan bahagian tangan),senaman pusing kepala(ini untuk mengelakkan pening apabila kena tumbukan pihak musuh) dan banyak lagi(sry lupa,ada banyak sgt)...senaman selaluya dilakukan sebelum permainan buah...selalunya masa digelanggang banyak dihabiskan dengan senaman ini...selepas abis senaman dan permainan asas...persilat barulah diberi peluang untuk belajar buah(permainan buah)....semasa permainan buah inilah baru kita dapat tahu kepentingan permainan asas dan senaman...sebab masa permainan buah lah kita akan mengaplikasikan apa yang kita buat pada awal nya...sebab semasa bermain buah,asas dan senaman akan digunakan...dimana kita akan menepis,menendang,menumbuk,meloncat,berguling...ini semua terdapat dalam asas dan dalam senaman...so...asas dan senama adalah sangat penting dalam permainan buah...bagi gayong yang aku belajar...terdapat 13 buah bagi tangan kosong...manakala bagi buah seni tongkat(silat setiabakti) terdapat 10 buah...dalam silat gayong(silat gayong harimau sang saka...x berapa popular spt gayong pusaka dan gayong malaysia) buah dimulakan dengan buah yang paling lembut hingga buah yang paling kasar...


promote silat gayong...hehe


Aktiviti di dalam gelanggang
aktiviti di dalam gelagang bagi silat gayong harimau adalah spt berikut
  1. sebelum masuk gelanggang persilat diharuskan untuk mengambil wudhuk(apa yang aku dapat dari guru aku,ini adalah untuk membolehkan persilat mengingat buah walaupun dah lama x main)
  2. buka gelanggang(duduk seperti duduk anak rimau)
  3. langkah pecah sepuluh
  4. senaman
  5. permainan asas
  6. permainan buah
  7. tutup gelanggang
  8. salam dgn smua persilat dan guru(minta maaf jika ada salah )
manakala aktiviti bagi silat seni tongkat setiabakti
  1. buka gelanggang dengan bacaan doa dari guru ataupun seniur
  2. senaman tua
  3. pembukaan tongkat
  4. permainan buah
  5. seni pentas untuk tongkat
  6. tutup gelanggang dengan bacaan doa oleh guru
  7. salam dgn persilat dan guru
Bagi silat gayong yang aku belajar....sebelum dibolehkan masuk ke gelanggang...persilat haruslah memotong limau di rumah tuk guru...potong limau adalah adat bagi silat2 lama...manakala bagi silat2 baru...adat ini telah dibuang...potong limau ini dibuat adalah untuk membolehkan tuk guru tahu permainan anak muridnya...selalunya tuk guru akan tahu samaada anak muridnya senang untuk menerima ilmu ataupun susah...dan juga tuk guru akan tahu samaada anak muridnya akan ingat buah yang diajar atau tidak...ini boleh dilihat semasa memotong limau dengan melihat samaada limau itu tertutup ataupun terbuka masa dihiris ke dalam bekas yang berisi air(tertutup dan terbuka ini ada maksudnya...tp aku mls nak cerita sebab mungkin akan ada yang terasa)...waktu ini juga tok guru akan tahu sama ada kita pernah belajar seni pertahanan diri lain ataupun tidak dan juga sama ada kita pernah ambik ilmu batin ataupun tidak...sbb ini berkaitan permainan persilat di dalam gelanggang)...semasa potong limau ini...benda yang aku paling benci adalah kena makin sireh pinang...pahit,pendas lepas tu lidah kebas...perit sungguh waktu ini..silat gayong yang aku belajar ini x ada mandi minyak dan mandi tapak(jika x salah)...aku pun xtau sbb apa...so...cukuplah sampai disini aku tulis...kalau aku rajin aku akan tulis pasal ujian ambil tali pinggang dan juga ilmu batin...

p/s aku minta maaf la kalau ada tersalah info...aku pun x arif sgt pasal silat ini...aku tulis apa yang aku tahu...kalau ada yang salah...sila tegur...aku budak yang mentah pasal silat...



Silat Lidah...haiyakk...hehe

5 comments:

opop said...

harap2 xda orang nak kutuk penulisan aku yang bodoh lg hina ni...aku tulis hanya utk berkongsi pendapat...huhuhu

ee said...

aku cukup suka kalu ada org y masih syg dgn warisan melayu nih...
semua silat bagus...jgn biaq dada kita kosong...
kita x boleh kecilkan silat lain...semuanya ada gerak..ada kelebihan masing2...
gerak silat adalah ilham dari tuhan...
i2 kena bergangtung pada niat dan
Langkah silat langkah berkat...
Aku mmg sokong kalu ada anak muda bljr silat...
kita boleh kongsi ilmu tukaq2 pendapat...
Hg mmg anak melayu ..popo...cayalah bro..

opop said...

haha..tq nasri...xpa nnt bila jumpa kita tukar2 pendapat...bnyk lagi nak kena blajar ni...
tp silat tu mmg warisan kita...klu kita x jaga...sapa lg nak jaga...btl x

Faizudin said...

hg p silat lagi ka?

Unknown said...

Sya nie hanya berlajar buah pukul yunan..dari bapa saudara sya...asal seni nie dari mersing..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin