jadi sebelum anda semua kawin hayati dulu tips2 di bawah..ewah...hahahahaha...ingat baik2...cari pasangan betul2 terutama bg orang perempuan...sebab orang lelaki boleh kawin 4...hihihi...tp pastikan cukup syarat dlu....hehehehe
1. Kurang sikap menghormati
Jangan mengumpat atau mengata di belakang pasangan anda di hadapan rakan atau kaum keluarga anda yang lain. Si dia mahukan penghormatan dan penghargaan ikhlas dari anda.
2. Tidak mendengar pasangan anda dengan baik
Ini termasuk sikap anda yang suka ubah topik dan fikiran cepat melayang ke arah lain ketika si dia sedang bercerita atau meluahkan sesuatu kepada anda. Mulai harini, cuba dengar dengan ikhlas dan penuh kasih sayang ketika si dia bercakap.
3. Kurang keintiman
Ini adalah ‘Swine Flu’ di dalam sesebuah hubungan selepas perkahwinan. Cepat-cepat jumpa pakar hubungan keintiman untuk nasihat di dalam isu ini.
4. Sentiasa nak betul
Selalu memberi ‘khutbah’ kepada pasangan anda. Ada kalanya kita harus mengaku kesalahan kita dan cuba menerima kritikan dengan sikap yang rasional. Bila kali terkahir anda rasa anda betul ketika berdebat dengan pasangan anda? Fikirkan semula.
5. Tidak membuat seperti yang dikata
Bila anda berkata atau berjanji sesuatu. Laksanakan. Si dia pasti makan hati jika anda tidak ‘walk the talk’. Jangan main cakap sahaja. Tunjukkan dan buktikan anda melaksanakan apa yang anda kata.
6. Kritikan pedas
Kadangkala gurau atau ‘teasing’ boleh menyebabkan si dia makan hati. Anda tidak sedar. Dalam hatinya sapa yang tau. Jika anda rasa dia tidak memberi respons yang baik terhadap ‘gurauan’ keras anda, hentikan segeral.
7. Tidak jujur
Pendek kata. Buat jahat dibalas jahat.
8. Sikap ‘annoying’
Jika anda ada habit yang tidak baik seperti pengotor, suka membebel atau apa sahaja yang menyakitkan fizikal dan mental si dia, sila hentikan. Mula-mula memang boleh terima tetapi lama-lama rasa nak yang lain pulak. Jangan marah.
9. Sikap mementingkan diri sendiri
Jangan mementingkan diri sendiri seperti tidak suka rakan si dia datang rumah tetapi bila rakan sendiri buat macam party pulak kat rumah. Hormati kesukaan dan kemahuan pasangan anda.
10. Sikap panas baran
Kemarahan memang musuh di dalam sesebuah persahabatan dan hubungan rumahtangga. Bila marah, semua tak jadi. Sebelum anda melakukan tindakan tidak rasional ketika marah (lepas talak tiba2 ke ops ) tolong belajar macam mana nak kawal kemarahan tu SEKARANG.
Baiklah, itu dia 10 kesilapan yang seboleh-bolehnya patut di elakkan di alam perkahwinan. Anda nak terus kekal di dalam perkahwinan anda? Mudah. Baca setiap 10 kesilan perkahwinan di atas dan fikirkan cara bagaimana nak mengatasi setiap satu masalah ini.
Kat bawah ni ada la sikit pantun pasal kahwin2 ni...saja2 nak share...hehehe
Ikan di laut asam di darat Dalam kuali bertemu jua Hati terpaut janji diikat Atas pelamin bertemu jua |
Orang jauh dikenang-kenang Hanya terkenang pada yang satu Mula berkenal kemudian bertunang Diatas pelamin sama bersatu |
Dari Johor kekuala Kedah Dagang merantau beratus batu Surat sudah, SMS pun sudah Sudah kawin masih begitu |
Panas kering siapakan tahu Hujan rintik di daun pandan Berjalan seiring bersentuh bahu Sama cantik sama padan |
Tuan puteri tersenyum-senyum Melihat laksamana bermain rodat Senyum-senyum jangan tak senyum Sudah sempurna segala adat |
Pergi berzanji di pekan pagoh Beli sekati ikan senohong Sudah berjanji bersetia tegoh Jangan dimungkiri bercakap bohong |
Dengarlah ini ayah berpesan Anak menantu, ayah ingatkan Berkasih sayang sesama insan Jangan cepat menjadi bosan |
Di malam hari terang senegeri Bulan purnama dihujung julai Majlis gahari bertambah seri Menyambut kedatangan kedua mempelai |
Amat garang datuk bentara Musuh melanggar habis dibenam Dulu seorang kini berdua Hidup bersama susah senang |
1 comment:
ko dah cukup sume syarat kt atas po..sile lah bernikah
Post a Comment