"Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat, mereka bergembira dengannya (sehingga lupa daratan); dan jika mereka ditimpa sesuatu bencana disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka berputus asa. Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya), dan Ia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian sama ada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman." (Surah Ar-Rum: 36-37)
Terjemahan dari Surah Ar-Rum ayat 36-37 ini memang mengoncangkan jiwaku yang sedia kosong. Ini semua berlaku disebabkan kekurangan imanku ke atas Illahi. Hanya dengan ujian yang sangat sedikit bisa mengoyahkan jiwaku. Hanya dengan sedikit dugaan bisa merobos semua ketenanganku. Mana perginya ucapan agamaku. Mana perginya kekentalan diriku. Mana perginya sifar redhaku. Mana perginya sifat bersyukurku. Dengan sedikit ujian sahaja aku bisa menangis merintis nasib,aku bisa mengeluh seperti tidak pernah menerima sebarang nikmat. Apakah aku sudah lupa semua nikmat yang terdapat di tubuhku atau nikmat yang diberi di sekelilingku. Mana perginya ajaran islam dalam diriku. Mana perginya ucapan zikir memujimu. Dengan sekecil-kecil ujian pun aku sudah bisa patah hati. Dengan sekecil-kecil ujian ini juga sudah bisa membuatku putus asa. Pernah dulu aku bangga dengan selogan Iman diluar islam didalam. Apakah dengan kata-kata itu aku bisa berkata aku sudah beriman?. Sesungguhnya iman ku hanya kosong tanpa diisi sebarang isian. Aku hanya manusia yang memimjam perwatakan burung kakak tua. Aku hanya dapat mengajuk pelajaran yang diajar kepadaku tanpa sebarang kefahaman didalam diri. Ya Allah sudah lama aku mengetahui bahawa dunia ni adalah tempat yang fana dan akhirat jua yang kekal selamanya. Tapi mengapakah hatiku ini lebih risaukan kegagalan didunia dari kegagalan di akhirat. Adakah ini disebabkan imanku yang lebih nipis dari lapisan kulit bawang. Mungkin keluargaku dan juga kenalan-kenalanku dapat memberi sedikit hiburan kepadaku. Tetapi ketenangan abadi hanya dapat diperolehi dari Mu Ya Allah.
Sekarang aku mulai sedar dan aku sangat-sangat berharap agak kesedaran aku ini berpanjangan hingga ke nafasku yang terakhir. Aku mulai sedar bahawa aku hanya mendapat ketenangan bila aku dekat dengannya.Aku juga mulai sedar bahawa wang ringgit tidak pernah memulihkan hatiku yang sedang sengsara.
Sesungguhnya bila diperhatikan balik dari dimensi yang berbeza yakni dari dimensi akhirat. Ternampak sedikit perbedaan yang amat ketara. Sikap bersyukur kadang kala mulai timbul. Benar sungguh kata-kata pujangga dari seoranga ustaz yang aku kenal. Bila dirimu selalu diperhatikan Allah S.W.T kehidupan kamu di dunia seakan-akan penuh dengan cabaran, penuh dengan cobaan. Tapi percayalah kamu. Semua itu lebih baik dan bila kamu terimanya dengan rasa beryukur balasan kepada kamu ialah syurga diakhirat kelak. Tetapi bila dirimu tidak diperhatikan oleh Allah S.W.T, maka berhati-hatilah kamu kerana di akhirnya nanti nescaya binasa. Ini diibaratkan seperti perjalanan kamu ke sesuatu tempat dengan menaiki sebuah kereta. Apabila kamu melalui jalan kecik, kamu akan selalu terlihat bonggol-bonggol dan papan tanda menyuruh kamu memandu degan kadar perlahan. Tapi disebabkan itu peratus untuk kamu terlibat di dalam kemalangan amatlah tipis. Tetapi cuba bayangkan apabila kamu melalui jalanan yang lurus dimana kamu boleh memandu dengan kadar yang laju tanpa sebarang peringatan dari papan-papan tanda, dan cuba bayangkan bila kamu terlelap dalam masa tiga saat. Bayangkan apa akan terjadi selepas itu. Nescaya kamu akan terlibat dalam satu kemalangan ngeri. Hebatkan kepada sesiapa yang selalu sahaja menilai setiap aspek dari dimensi akhirat. Mereka itulah yang beroleh ketenangan yang abadi. Mereka itulah yang selalu saja bersyukur dengan segala nikmat Illahi. Sesungguhnya aku amatlah berharap diberikan rahmat seperti mereka. Mereka diberikan pemikiran sedemikian kerana rahmat dari Illahi yang datang dari didikan agama dimana setiap kuncinya ialah ilmu. Ilmu yang sebenar-sebenarnya dicari hanya untuk lebih dekat dengan Illahi yang bukan hanya dipelajari untuk mencari untung di dunia ataupun untuk mendapat sanjungan. Itulah sebetulnya ilmu yang dituntut dan patut dicari. Dimana dengan ilmu itu keimanan akan terus bertambah dan bukan bertambah dari aspek keegoan ataupun kesombongan.
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya.รข€ (al-Baqarah: 155-157)
No comments:
Post a Comment