Kampung nama yang begitu mekar dalam ingatanku. Peluang untukku balik ke kampung pada minggu lepas amat meninggalkan kesan yang amat mendalam. Walaupun baru beberapa bulan aku tidak balik ke kampung. Tetapi kerinduan keatas kampung kesayanganku amat meninggalkan kesan yang sungguh berbeda. Melihat permandangan sawah padi yang sedang menghijau disepanjang perjalanan ku sungguh menghiburkan penglihatanku. Di saat ini aku berasa sangat bersyukur dengan nikmat penglihatan yang diberi Allah S.W.T. Segala beban masalah yang aku tanggung saat berada di bandar bagaikan lenyap dalam benak fikiranku. Di saat menikmati keindahan sawah padi ini aku bagaikan disapa kenangan-kenangan di saat kecilku dulu. Di saat aku sedang membesar dimana sawah padi menjadi tempat untukku membesar. Boleh dikatakan waktu-waktu petangku dihabiskan disini. Kelompok rakan-rakanku juga mempunyai minat yang sama dimana minat mereka menghabiskan masa bersama-samaku dimana menjadikan kawsasan sawah padi sebagai tempat menghabiskan masa sementara menunggu senja tiba. Ada kalanya aku mandi-manda di tali air dan adakalanya aku menghiburkan diri dengan menahan pukat. Adakalanya pukat dimasuki ular sawa dan kadang kala aku pulang membawa hasil. Memancing ikan lampam,haruan,keli juga menjadi salah satu aktiviti petangku di sawah padi. Ya Allah hebat betul kenanganku ketika itu. Walaupun ilmuan-ilmuan banyak menasihati bahawa usah dikenang benda yang lalu kerana akan binasa. Tetapi susah bagiku untuk melupuskan kenanganku disaat ini. Betul kata-kata Imam Al Ghazali bahawa benda yang semakin jauh dari kita adalah masa lalu. Mustahil bagiku untuk berpatah balik ke zaman itu. Yang boleh dilakukan hanyalah ingatan-ingatan di saat itu yang selalu menghiburkanku disaat duka.
ingatan itu tibalah sudah...
kerana hati ingin kesana...
tetapi tidak dapatku jua ...
hanyalah mimpi bawaku kesana...
menghitung hari detiknya tiba...
kerana pasti jua menimpa..
biar hati dibalut luka...
kerana pasti tuahku tiba...
lebih suka memain bahasa...
kerana membawa pusaka ibunda...
suka hati diriku jua...
diharap jangan memaki disana...
No comments:
Post a Comment