PESANAN SEORANG GURU
beribadatlah...
Persamaan2 karya tulisan ini
dgn pesanan2 dar Tuan Guru & Mursyid..
Tarekat Al-Ahmadiyyah Al-Idrisiyyah Al-Linggi
Syeikh Muhammad Faiz Syeikh Ahmad Bin Syeikh Muhammad Said ALLinggi..
alfatihah untuk mursyidku yg dikasihi...
Sesiapa yang inginkan kemenangan dunia dan akhirat, janganlah dibiarkan masa berlalu dengan penuh kerugian. Jadikan setiap nafasmu nafas ibadah.
Wahai saudaraku,
Setelah engkau memiliki ilmu tiadalah lagi perkara yang penting melainkan beramal dengan ilmu, berilmu tanpa amal adalah binasa. Janganlah engkau berpaling lagi ke belakang, terus sucikan dirimu untuk menghampiri Tuhanmu sehingga terbuka cahaya hatimu dengan ilmu terus dariNya tanpa perantaraan. Hatimu akan bersinar dengan cahaya makrifat dan engkau memiliki harta yang amat bernilai, harta yang tiada dijual dimaya ini, tiada dimiliki oleh para jutawan dan para raja, harta yang menyebabkan engkau sentiasa tenang dan tiada mengharapkan apa bantuan dari sekelilingmu. Engkau akan diangkat menjadi kekasihNya sehinga segala hajatmu akan dipenuhi, engkau akan dijagaNya sehingga sesesiapa yang menyakitimu akan diisytihar perang ke atasnya. Tiadalah kejayaan yang hakiki melainkan berada dalam taman keredhaan takdirNya, hati yang terang menatap rahsiaNya, hati yang asyik dengan Asma’Nya, hati yang fana dengan kewujudanNya.
Wahai saudaraku,
Apabila engkau benar-benar beramal dan bersungguh bermujahadah dengan penuh keikhlasan, engkau akan dikasihiNya sehingga akan dilimpahkan ke dalam hatimu rahsia di sebalik rahsia. Engkau akan diperlihat hakikat di sebalik syariat, engkau mengenal dirimu dengan pengenalan yang hakiki, bukan diatas hafalan ilmu semata-mata tetapi dengan dzauk dan Penglihatan. Hatimu diberiNya Nur sehingga dengan Nur tersebut akan dapat menyaksikan Rahsia DiriNya. Engkau mencapai makrifat denganNya bukan dengan Guru manusia, Dia sendiri yang akan membisikkan pada sirrmu bahawa “ANA AL-HAQ”, maka tenggelamlah engkau dalam makrifat sehingga engkau tiada melihat tiada segala sesuatu melainkan Ia. Engkau akan melihat bahawa tiada suatu gerak melainkan gerak dariNya, tiada suatu yang maujud melainkan disana ada wujudNya, engkau akan memahami firmanNya; “Di mana kamu hadap disitulah wajah Allah”, “Wahai manusia, sesungguhnya kamu adalah fakir disisi Allah”, “Di mana kamu berada disitulah Ia berada” dengan kefahaman yang tiada dimiliki oleh orang biasa.
Tafsiran syariat adalah pembukaan sedangkan pentafsiran hakikat dengan dzauk dan pandangan. Tiada akan sama seorang yang melihat permukaan laut dengan mereka yang menyelam ke dasar laut. Tiada sama mereka yang mengenal diriNya pada permukaan zahir dengan mereka yang menyelam ke dalam lautan rahsia diri. Tiada akan sama dengan seorang yang belajar mengenal Tuhan dengan Guru manusia dengan mereka yang mengenal Tuhan dengan Tuhan sendiri. Tiada akan sama mereka yang mengucap La ilaha illaLlah di alam syariat dengan mereka yang mengucapnya di alam hakikat. Tidak akan sama huruf, kalimah dan bunyinya pada alam syariat dengan alam hakikat, tiada akan sama kenikmatan atau kepedihan di alam nyata ini dengan alam hakikat, tiada akan sama orang yang mati hatinya dengan orang yang hatinya sentiasa hidup dan asyik dengan Tuhan dan inilah yang mesti difahami sebagaimana firman Allah “Tidak sama orang yang berilmu dengan orang yang tiada ilmu,” “Tiada akan sama orang ahli syurga dengan ahli neraka”.
Wahai para Salik,
Jika engkau bersungguh-sungguh mengamalkan zikir di bawah bimbingan Guru yang telah terbuka baginya rahsia segala alam sehingga telah mencapai kesempurnaan makrifat, engkau akan merasakan perubahan pada rohanimu. Ruhmu akan melalui pendakian dari hati yang lalai kepada hati yang hidup mengingati Allah, dari hati yang hidup mendaki kepada hati yang asyik, kemudian mendaki pula kepada hati yang fana dan kemudian mendaki pula (kepada) meminum rahsia makrifat di alam yang tinggi. Nabi saw telah melakukan israk mikraj, membuka dan membelah langit bagi umatnya kepada Tuhannya.
Janganlah menjadi manusia yang bodoh dan lalai, pintu yang yang terbuka perlulah dilalui. Nabi dipimpin oleh malaikat Jibrail menujuNya dan engkau memerlukan Mursyid yang memimpin tanganmu dengan kasih sayang menuju TuhanMu. Kamu dibawa ke alam peleburan diri sehingga tiada kamu temui sesiapapun disitu melainkan DIA SAJA YANG WUJUD. Engkau akan memahami kalimah la ilaha illaLlah wahdahu laa syarikaalah dengan kefahaman yang terkunci lisanmu hendak dinyatakan. Engkau juga akan memahami beberapa ramai orang yang tidak mencapai kesempurnaan maqam ini tersilap tafsirannya sehingga ada yang mengaku dirinya Tuhan, mengaku dirinya jelmaam Tuhan, mengaku dirinya dan Tuhan bersatu sehingga ada dikalangan mereka yang meninggalkan syariat. Mereka tiada dibuka rahsia dengan sempurna atau pandangan makrifat mereka diserta dengan syaitan atau Jin. Mereka cuba bercakap ilmu para sufi namun mereka gagal dalam menyelami rahsia “ADAM” dan“ MUHAMMAD”. Mereka juga gagal memahami rahsia mufaraqah sebagaimana terpisahnya air laut dengan air sungai atau terpisahnya api dengan asap.
Wahai saudaraku,
Berjalanlah dirimu kepada Tuhan dengan berpakaian syariat, tarekah, hakikat dan makrifat. Syariat itu adalah pakaian Nabi, tarekah itu adalah perjalanan Nabi, hakikat itu adalah batin Nabi dan makrifat itu adalah rahsia Nabi. Berpakaian syariat sahaja tanpa hakikat adalah fasik, hakikat sahaja tanpa syariat adalah zindik. Seorang yang berada di alam syariat sahaja adalah masih tertipu kerana apa yang dilihat dan didengar oleh syariat tidak menjamin akan kebenaran hakikat, justeru itu seseorang perlu menyelami lautan hakikat dan tiada cara untuk menghubungkan antara ilmu syariat dan ilmu hakikat melainkan berilmu dan mengamalkan tarekah. Apabila dadamu benar-benar memiliki rahsia ilmu para auliya, engkau akan memahami kenapakah mereka itu amat kuat takut pada Allah, amat kuat berpegang pada syariat, amat wara’ dalam setiap pekerjaan, amat zuhud pada dunia, amat redha dengan takdir Allah, amat kuat ibadahnya, amat baik akhlak jiwanya, amat kuat tawakalnya, amat tinggi syukurnya dan amat tinggi cintanya pada Allah dan Rasul. Mereka memiliki penglihatan yang tidak dapat dilihat oleh mata biasa, ia adalah Nur yang dicampakkan ke dalam dada oleh Tuhannya sehingga tembus penglihatannya pada alam rahsia dan FANA dan BAQA ia dengan kekasihnya. Fahamilah ia rahsia cahaya di sebalik cahaya. Berbahagialah mereka yang mencapainya dan merekalah yang sebenarnya telah mencapai kejayaan hakiki baik dunia atau akhirat.
WaLlahu ‘alam.
Dipetik daripada "Kitab Pendakian Salik Menuju Allah" karangan Syeikh Tokku Ibrahim Mohamad..
Friday, May 11, 2012
Friday, April 20, 2012
Suluk
Assalamualaikum...dengan bismillahhirrahmanirrahim aku membuka penulisanku di hening pagi hari...rindu juga untuk diluahkan kata-kata kepada penulisan...rindu juga untuk bermain perasaan yang menekan dijiwa...bukan ingin untuk aku sampaikan yang aku bersifat sentimental mahupun bersifat terbuka...hasrat dihati hanya ingin berkongsi apa yang dapat aku rasakan...harapkan penulisanku dapat memberi saham kepadaku tatkala ku tiada pergi meninggalkan dunia...mungkin dengan ini hidupku di alam kubur sedikit tenang ataupun sebaliknya...aku memohon kepada yang maha kuasa dan maha pengasih untuk sentiasa memberi rahmat kepadaku dan umat islam sekalian...penulisanku disini adalah berkisar tentang bersuluk...kadang-kadang bersuluk ini disalah ertikan sebagai bertapa ataupun kadang-kadang ada segelintir manusia dengan keras menghukum amalan bersuluk ini...katanya mereka bersuluk ini adalah bidaah dan sia-sia...ingin aku tekankan disini...penulisanku bukan untuk membetulkan benang yang basah ataupun untuk mempertahankan aktiviti bersuluk ini...cuma yang ingin aku tulis adalah perasaan yang diperoleh ketika bersuluk...juga ingin aku tekankan...aku bukanlah dikalangan pihak-pihak tarikat ataupun pihak-pihak wahabi mahupun syiah...aku masih lagi berdiri sebagai makluk yang neutral yang masih lagi berharap dilandasan ahli sunnah waljamaah....mohon diberkati selalu...
bersuluk ini adalah sisitem latihan kerohanian yang digunakan bagi tunjuan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t...pernah satu ketika dahulu aku bertanya kepada seorang rakanku yang boleh aku anggapkan sebagai pak cik kerana usianya yang lebih dua dekad dariku...katanya bersuluk ini seperti mana kita duduk bersendirian dan memandang keagungan alam yang dicipta oleh tuhan maha pencipta...tatkala memandang kita cuba amati bertapa hebatnya ciptaan Allah s.w.t itu...perilaku begini katanya dapat mengukuhkan tauhid di hati...kadang-kadang ketika aku bersendirian...pernah juga aku melihat keindahan alam...bertapa kagumnya dengan ciptaan alam ini...tatkalaku melihat terasa juga sentuhan angin...terdengar juga bisikan embun yang jatuh ke daunan...hebat sungguh ciptaan ini...angin yang tidak berhenti yang kadang-kadang mendamaikan...angin yang tidak perlu disambung dimana-mana sumber elektrik...datangnya tidak dipinta perginya juga tidak disuruh...kadang-kadang anginnya sejuk menekan tulang dan kadang-kadang suam menyentuh kulit...hebat sungguh ciptaanNya...kadang-kadang angin itu datang seperti bersiul bila diamati...terasa seperti lagu bila berhenti di cuping telingaku...pernah juga aku fikirkan...terdapat juga alat yang dicipta manusia demi untuk mendapat faedah seperti mana angin yang dicipta Illahi...amatlah sunguh berbeza...setiap benda yang dicipta manusia masih lagi terdapat cacat dan cela...hebat sungguh Allah s.w.t...tuhan yang maha pencipta...tuhan semesta alam...tuhan yang maha seni...begitu bersyukur bila mana masih lagi merasa deruan angin...pernah juga aku cuba amati titisan embun...sungguh menyegarkan...bunyian yang tertangkap dicuping telingaku amat mendamaikan...kejernihan embun itu pun sudah dapat menyegarkan mata yang memandang...maha suci Allah tuhan semesta alam...bertapa sempurnanya ciptaanMu...bertapa indahnya hasil seniMu...bunyi angin bersama titisan embun saja sudah bisa menunjukkan yang Allah Maha pencipta dan juga maha seni....keagungan Allah maha tidak boleh ditandingi...kata seorang dari guruku...bila diamati alam ini..halusi alam ini...kita akan merasai bahawa alam ini seakan-akan menyebut nama Illahi...alam ini seakan-akan berzikir memuju Illahi...cuba pula aku amati bunyian serangga...indah bunyiannya walaupun tidak difahami....kata-kata serangga seakan rentak irama di telingaku...bunyinya seakan mendodoi makluk sepertiku untuk tidur dengan lebih nyenyak...bertapa hebat kekuasaan Allah s.w.t...bilamana cuba aku amati ombak pantai...mungkin aku agak sentimental disini...tetapi begitulah perasaan yang dapat aku rasai tatkala melihat kebiruan pantai...tatkala aku melihat pasang surutnya pantai...tatkala aku mendengar deruan ombak berkicaun...sungguh tenang perasaan itu...sungguh tak terperi damai dihati...pasang dan surutnya tidak terhenti...pasang dan surutnya tidak perlu dimulai...kadang-kadang malamnya surut siangnya pasang....kadang-kadang malamnya pasang siangnya surut...sepanjang aku hidup belum lagi dapat aku lihat air laut di hadapan rumahku kering walaupun hujan tak kunjung tiba...belum pernah lagi aku melihat wajah laut di kawasan rumahku hilang serinya...walau banyak mana pun ku perhatikan...masih lagi terdapat ketenangan...maha pemurahnya tuhan ku Allah s.w.t...ciptaanMu bukan sahaja memberi rezeki kepadaku tetapi juga memberi ketenangan dijiwaku...maha suci Allah tuhan semesta alam...cukup sampai disini saja penulisanku...malu juga untuk aku menulis tentang sesuatu perkara yang bukan bidangku...harap kesalahan minta dijauhkan dan maafkan aku...sebelum itu mahu juga aku berkongsi sedikit info tentang bersuluk...mohon dijauhkan aku dari topeng munafik...
Salik yang berhasrat memperolehi hasil yang baik perlu menjaga sopan santun semasa bersuluk. Perlu yang perlu dijaga adalah:
a) mengikhlaskan kasih kepada Allah s.w.t dan melakukan ibadat semata-mata kerana Allah s.w.t bukan kerana mahukan kasyaf dan keramat.
b) Amal ibadat yang dilakukan hendaklah sesuai dengan peraturan yang ditentukan oleh syariat, tidak boleh mengubahnya sehingga bercanggah dengan syariat.
c) Salik perlu melepaskan ilmu-ilmu yang boleh melalaikannya dan boleh menarik cita-citanya kepada yang selain Allah s.w.t. Ilmu-ilmu seperti ilmu kebal, ilmu pengasih, ilmu menarik harta dari bumi, ilmu yang berkait dengan khadam dan yang seumpamanya hendaklah dilepaskan kerana ilmu yang demikian menutup mata hati.
d) Ketika menjalani amalan suluk fikiran hendaklah dibebaskan daripada memikirkan dan mengangankan sesuatu yang di dalam dunia.
e) Hati hendaklah dipisahkan daripada sifat-sifat yang keji, seperti sifat haiwan, syaitan dan dorongan hawa nafsu.
f) Memenuhkan masa bersuluk dengan kegiatan yang mengingatkan hati kepada Allah s.w.t.
Puteri
tatkala melihat wajahnya si seri,
tatkala melihat senyumannya si puteri,
tatkala melihat indahnya budi,
bagaikan hari ternanti-nanti,
terasa tercuit tak terperi,
tertanya-tanya siapakah si puteri,
hati ini tercuit lagi,
menanti wajahnya bak seri,
menanti senyumannya bak puteri,
menanti indahnya budi pekerti,
terlihat malam nampaknya mentari,
terlihat siang terasa pergi,
oh hati mengapa begini,
tatapan tercuit dicuri lagi,
termenung makin terjadi-jadi,
senyuman rasa tak terperi ,
sedih terasa berlalu pergi,
rindu asyik tak tertahan lagi,
air mata rindu tangisan hati,
mengenang wajah seri si puteri,
wahai puteri si payung hati,
wahai intan sinar terangi,
terimalah hati kotor ini,
tiadalah budi malahan pekerti,
tapi punya hajat di hati,
harap menjadi si suami,
kepadamu wahai si puteri,
wahai hati wahai budi,
andainya dunia bukan disisi,
harap di akhirat mungkin terjadi,
menjadi pasangan syurga Illahi,
dibawah lindugan berkat Illahi,
bersama iringan para bidadari,
berkat doa rasul dan para solihin.
Subscribe to:
Posts (Atom)