Wednesday, February 16, 2011

Tujuh Perkara yang Harus Dipilih Oleh Orang yang Berakal

Ibn Abbas r.a berkata:

"Orang yang berakal harus memilih tujuh perkara dari yang tujuh iaitu,
  • memilih fakir daripada kaya,
  • memilih hina daripada mulia,
  • memilih tawadhu' daripada sombong,
  • memilih lapar daripada kenyang,
  • memilih susah daripada senang,
  • memilih kerendahan daripada ketinggian
  • dan memilih mati daripada hidup"
Yang berkenaan dengan memilih kehinaan daripada kemuliaan, Rasulullah SAW. bersabda:

" Orang Mukmin yang bergaul dengan manusia lain dan dia sabar atas kejahatan mereka, adalah lebih baik daripada orang mukmin yang tidak bergaul dan tidak sabar atas kejahatan mereka".
(HR. Imam Ahmad & Bukhari)

Yang berkenaan yang memilih tawadhu' daripada sombong, Rasulullah SAW. bersabda:

" Seorang lelaki yang membesarkan diri dan sombong jalannya,maka dia akan bertemu Allah sedangkan Allah murka kepadanya."
(HR. Ahmad, Bukhari dan Hakim).

Memilih lapar daripada kenyang,Rasulullah SAW. bersabda:

" Apabila seseorang sedikit makan, maka Allah akan memenuhi perutnya dengan cahaya."

(HR. Dailami)

Sabdanya lagi

"Termasuklah sifat berlebih-lebihan ,jika kamu makan semua yang kamu inginkan."
(HR. Ibn Majah).

Memilih merendahkan diri daripada ketinggian. Dalam hal ini Rasulullah SAW. bersabda:
" Sesungguhnya sifat tawadhu' (merendahkan diri) adalah termasuk sikap yang mulia dalam majlis."
(HR. Tabrani).

Pada hadis yang lain pula Rasulullah SAW. bersabda:

" Barangsiapa yang menyombongkan dirinya di dunia, maka Allah akan merendahkannya pada hari kiamat, barangsiapa yang bersifat tawadhu' kerana Allah di dunia, maka Allah akan mengutuskan malaikat kepadanya pada hari kiamat kemudian menyerunya di antara orang ramai sambil berkata:"Wahai hamba yang soleh, Allah berfirman: "Kemarilah bersama-Ku, Kemarilah bersama-Ku! Sesungguhnya kamu adalah orang yang tidak merasa takut dan sedih."
(HR. Ibn Asaki)





No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin