Saturday, February 18, 2012

Tujuh Perkara yang Melebihi Tujuh Keadaan


Tujuh Perkara yang Melebihi Tujuh Keadaan

                Ali bin Abi Talib r.a. ditanya:
1.       Apakah yang lebih berat daripada langit?
2.       Apakah yang lebih luas daripada bumi?
3.       Apakah yang lebih kaya daripada laut?
4.       Apakah yang lebih keras daripada batu?
5.       Apakah yang lebih panas daripada api?
6.       Apakah yang lebih sejuk daripada  air zamharir?
7.       Apakah yang lebih pahit daripada racun?
                Maka Ali bin Talib r.a menjawab:
1.       Berdusta kepada sesama makhluk adalah lebih berat daripada langit.
2.       Kebenaran adalah lebih luas daripada bumi.
3.       Hati yang bersifat qana’ah, lebih kaya daripada laut
4.       Hati bagi orang yang bersifat munafik, lebih keras daripada batu
5.       Pemerintah yang bersifat zalim, lebih panas daripada api
6.       Memenuhi hajat kepada orang yang bakhil, lebih sejuk daripada air zamharir
7.       Sabar lebih pahit daripada racun

Tujuh Kehairanan Terhadap Perangai Manusia

Tujuh Kehairanan Terhadap Perangai Manusia

                Sebahagian para ahli hikmah merasa hairan dengan perangai manusia, kehairanannya itu ada tujuh perkara iaitu:

  • Ø  Saya merasa hairan kepada orang yang mengetahui akan mati, akan tetapi tetap ketawa
  • Ø  Saya merasa hairan kepada orang yang tahu bahawa dunia akan rosak, akan tetapi dia tetap menyenanginya.
  • Ø  Saya merasa hairan kepada orang yang tahu bahawa semua urusan telah ditentukan oleh Allah SWT akan tetapi dia masih dalam keadaan bingung kehilangan hartanya.
  • Ø  Saya merasa hairan kepada orang yang tahu bahawa dia akan di hisab, akan tetapi dia masih mengumpulkan hartanya.
  • Ø  Saya merasa hairan kepada orang yang tahu api neraka, tetapi dia masih tetap berbuat dosa.
  • Ø  Saya merasa hairan kepada orang yang tahu akan syurga, akan tetapi dia beristirehat di dunia.
  • Ø  Saya merasa hairan kepada orang yang tahu akan syaitan sebagai musuh, akan tetapi dia menjadikannya sebagai sahabat.

Penyebab Hati Menjadi Mati

Umar bin Khattab ra. Berkata:
“Barangsiapa yang banyak tertawa, maka sedikit pengaruhnya, barangsiapa yang meremehkan orang lain, maka dia akan diremehkan, barangsiapa yang banyak berbicara maka akan banyak cakapnya, barangsiapa yang banyak cakapnya maka sedikit malunya, barangsiapa yang sedikit malunya maka akan sedikit wara’nya dan barangsiapa yang sedikit wara’nya maka akan mati hatinya”

Wednesday, February 15, 2012

Ukiran Kata Di bibir yang indah

Ukiran Kata Di bibir yang indah

Firman Allah
                “Ucapkanlah kata-kata yang baik terhadap manusia.”
(Al-Baqarah: 83)

                Mengenai ungkapan atau perkataan yang baik ini ada peribahasa yang mengatakan: Diam adalah emas, berbicara adalah perak,”
                Maksud dari peribahasa tersebut, ucapan atau perkataan seseorang yang tidak berfaedah, dinilai laksana perak. Jesteru itu, daripada berbicara yang tidak menentu, maka lebih baik baginya bersikap diam sahaja dan dengan demikian, harga diamnya itu laksana emas.
                Mengingat sangat pentingnya perkara berkenaan dengan perkataan itu dalam mengatur hubungan antara sesame manusia, maka Islam sebagai satu-satunya agama yang sentiasa memperhatikan keselamatan bersama, memerintahkan supaya umat Islam memelihara lisanya.
                Baik di dalam Al-Quran mahupun hadis, terdapat banyak pertunjuk-pertunjuk yang memberikan peringatan kepada kita supaya selalu melafazkan perkataan yang baik, yang mendatangkan faedah dan keuntungan.
Firman Allah yang maksudnya:
                “Berbicaralah terhadap mereka dengan perkataan yang baik”
(An-Nisa: 5)
                “Hai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan ucapkanlah perkataan yang benar.”
(Al-Ahzab: 70)
                Sesungguhnya perkataan-perkataan yang baik itu tidak terbatas terhadap teman dan sahabat sahaja, tetapi juga terhadap lawan dan orang-orang yang membangkang sekalipun.
                Sebagai contoh, ketika berhadapan dengan Fir’aun, Allah SWT.memerintahkan kepada Nabi Musa dan Nabi Harun supaya berbicara dengan baik kepadanya.
Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
                “Berbicaralah kamu berdua (Musa dan Harun) kepadanya (Fir’aun) dengan kata yang lemah lembut, mudah-mudahan dia ingat (sedar) dan takut.
(Toha: 44)
                Dalam hadis pula dinyatakan, betapa pentingnya fungsi lidah seseorang itu, dalam hubungannya dengan kemurniaan iman.
Rasulullah SAW. bersabda:
                “tidak akan tegak iman seseorang hamba, sehingga lurus pula hatinya dan hati itu tidak akan dapat lurus sebelum lidahnya jujur (terpelihara).”
(HR. Ahmad)
Sabdanya lagi:
                “berbahagialah orang yang mengamalkan ilmunya, yang menafkahkan sebahagian harta bendanya dan yang dapat mengendaikan perkataan yang berlebihan.”
(HR. Thabrani)
                Ulama’-ulama’ serta pemimpin-pemimpin Islam dari zaman ke zaman, sentiasa memperlihatkan contohn supaya kita memelihara ucapan-ucapan dalam segala bidang kehidupan dan meninggalkan kata-kata mutiara yang berkenaan dengan perkara tersebut, untuk dapat di jadikan pedoman. Sebagaimana Ali bin Abi Talib mengatakan:
                “lidah orang yang berakal terletak di belakang hatinya, hati orang yang bodoh terletak di belakang lidahnya.”
                Dalam kata mutiara yang lain pula ada disebutkan:
                ”kalau berjalan perliharalah kaki, kalau berkata perliharalah lidah.”
                Demikian bunyi dari kata-kata mutiara tersebut, walaupun kata-lata itu telah lama kita dengar, tetapi ia tetap berguna sepanjang masa.
                Kalau dilihat sepintas lalu, apalah ertinya lidah, ia hanya sekadar daging kecil yang ada dalam mulut manusia yang sempurna. Sebab kalau tanpa lidah, seseorang manusia itu akan kekurangan dan manusia yang tanpa lidah, bertukar nama menjadi manusia bisu atau manusia yang tidak dapat berbicara.
                “masih ada harapan sembuh kalau pedang menusuk tubuh, kemana ubat hendak dicari kalau lidah menusuk hati”

Hilangnya Rasa Prihatin

Hilangnya Rasa Prihatin

                Umat Islam pada saat ini condong salah dalam mengertikan ibadah dengan membatasinya kepada ibadah-ibadah yang telah ditentukan seperti solat, zakat, puasa dan haji sahaja.
                Betapa banyaknya yang kita saksikan umat Islam yang menyebukkan diri dengan ibadah-ibadah ini, tetapi melupakan kemiskinan, kebodohan, penyakit, kelaparan, kesengsaraan dan kesusahan hidup yang di derita oleh saudara- saudara mereka.
                Betapa banyaknya orang kaya yang beragama Islam dengan khusyuk meratakan dahinya di atas sejadah, sementara di sekelilingnya banyak tubuh- tubuh layu yang tidak berdaya kerana kekurangan makanan dan sebagainya.
                Betapa mudahnya pula, orang menghabiskan wang yang tidak sedikit jumlahnya untuk acara-acara keagamaan, di saat ribuan anak- anak orang miskin tidak dapat melanjutkan sekolah, ribuan orang tua yang harus menanggung beban kerana mencari sesuap nasi, ribuan orang sakit tidak tertahan dan menuggu maut kerana tidak dapat membayar biaya pengubatan bahkan di saat ribuan umat Islam terpaksa menjual iman dan keyakinannya kepada tangan-tangan kaum lain yang penuh kasih. Padahal Rasulullah SAW.telah menjelaskan dalam sabdanya:
                “orang mukmin itu diibaratkan seperti satu tubuh, apabila salah satu anggota tubuhnya merasa sakit, maka semuanya akan ikut merasakan kesakitan.”
               
(HR. Bukhari dan Muslim)

Hakikat Cinta

Hakikat Cinta

                Cinta adalah bagaikan cahaya, kalau cahaya itu telah datang dari sumbernya, maka dia akan menyebar kesegala penjuru dan kesegala arah dengan merata, sebagaimana cahaya matahari
                Allah adalah sumber kasih sayang, sumber segala rasa cinta. Kerana tidak mungkin kita akan hidup tanpa kasih sayang ini, tanpa cinta dan kasih Allah. Bahkan alam semesta ini akan mungkin ada tanpa kasih sayang-Nya itu. Jesteru itu Allah menyatakan dalam Al-Quram bahawa Dia-lah sumber segala rasa cinta manusia. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala-galanya.
                Wujud alam ini semata-mata kerana cinta dan kasih-Nya. Tanpa Nur Allah, tanpa kasih-Nya, ala mini tidak mungkin ada. Satu-satunya sifat yang mendorong terciptanya alam ini itulah dia sifat cinta. Dalam pengertian yang hakiki, cinta kasih itu ialah keinginan untuk memberikan, bukan keinginan untuk meminta atau mendapatkan.
                Ramai pemuda yang tidak memahami perngertian cinta ini. Dia mengharapkan menerima sesuatu dari cinta itu, padahal seharusnya dia yang memberi kalau sebenar-benarnya ia cinta. Kalau kita sudah merasakan nikmat memberikan sesuatu kepada seseorang, tandanya sudah ada hubungan cinta kita denganya. Mencintai seseorang haruslah sanggup dan bersedia berkorban terlebih dahulu dan bererti harus mengurangi apa yang kita miliki. Kerana itu, manusia tidak mungkin mempunyai sifat cinta yang murni.
                Akan tetapi Allah SWT.tidak pernah merasa rugi dengan memberi terus menerus kepada kita dan seluruh makluk-Nya. Jesturu cinta yang murni hanya akan dapat diperolehi dari Allah SWT.
                Kalau cinta Allah kita gambarkan sebagai cahaya, maka tingkatan manusia yang paling tinggi ialah bila hatinya seperti cermin yang membiaskan seluruh cahaya yang datangnya dari cahaya cinta Allah yang dipancarkan kepadanya.
                Firman Allah:
                “Mereka itu dicintai Allah, kerana mereka cinta kepada-Nya.”
                (Al-Maidah: 54)
                Cinta yang merupakan bukti daripa kecintaan kita kepada Allah adalah cinta yang abadi, yang tidak pernah akan padam,kerana sumbernya pun tidak pernah padam. Itulah cinta Allah kepada makluk-Nya.
                Adapun kecintaan kita kepada anak dan isteri serta keluarga adalah hasil daripada cinta kepada Allah sebagai amanat daripada-Nya. Orang yang menghubungkan dirinya dengan cinta kepada Allah, maka orang itu mempunyai peribadi yang kukuh, peribadi yang paling besar cinta kita hendaklah didasarkan kepada Allah. Baik cinta kepada anak isteri dan lain-lain sebagainya. Kerana kalau kita cinta kepada seorang di dasarkan cinta kepada Allah, kemudian kita menikahinya, maka segala pekerjaan yang kita kerjakan dengan pasangan hidup kita itu akan di hitung ibadah.

Tuesday, February 14, 2012

Yang Dinamakan Agama
Adapun yang dinamakan agama itu ibarat daripada terhimpun padanya empat[4] perkara iaitu;
      1. Iman
      2. Islam
      3. Tauhid
      4. Makrifat
Erti Iman itu ialah percaya dan membenarkan barang(sesuatu) yang didatangkan oleh Rasulullah SAW.; iaitu tiap-tiap perkara yang disampaikan dan diajarkan oleh Nabi itu sebenarnya datang dari Allah. Bukanlah buatan dan rekaan daripada Nabi seperti firman Allah yang bermaksud;
    Tiada ia(Nabi) bertutur daripada pihak kemahuan dirinya melainkan ia(Nabi) bertutur itu wahyu yang diwahyukan kepadanya.
Juga ada tersebut dalam sebuah hadis Qudsi yang menunjukkan akan kebenaran Rasulullah SAW. dengan firman Allah yang bermaksud:
    Telah benarlah hambaku(Muhammad SAW.) pada tiap-tiap barang yang menyampai ia daripadaKu(Allah).
Dan adalah kesimpulan Iman itu dinamakan Rukun Imam. Ianya mencakupi enam[6] perkara iaitu;
  • 1. Percayakan Allah
  • 2. Percayakan Malaikat
  • 3. Percayakan Kitab Allah
  • 4. Percayakan Segala Rasul Utusan Allah
  • 5. Percayakan Hari Qiyamat
  • 6. Percayakan Untung Baik dan Untung Jahat itu daripada Allah
Adapun makna percaya akan Allah itu ialah 'Itiqad dengan jazam[tetapdan teguh] yang putus bahawasanya Allah Taala itu adalah Tuhan Yang Esa(Tunggal) yang bersifat dengan segala sifat kesempurnaan yang menjadi sekelian makhluk dan mentadbirkannya dengan bijaksana dan wajib dikenal akan Allah dengan sebenar-benar pengenalan dan patut disembahkanNya.
Dan makna percayakan malaikat itu ialah percayakan bahawa Malaikat itu hamba Allah Taala yang bukan mereka itu laki-laki atau perempuan dan tiada mereka itu beribu dan berbapa dan tiada mereka itu makan dan minum dan tiada mereka itu tidur. Adalah pekerjaan mereka itu mengikut apa yang dititahkan oleh Allah Taala dan bilangan mereka itu terlalu banyak tiada boleh mengetahuinya melainkan Allah Taala jua. Sekelian mereka itu terpelihara daripada mengerjakan maksiat lagi suci mereka itu daripada segala sifat manusia. Bahawasanya penghulu-penghulu mereka itu empat iaitu;
  • 1. Jibrail menyampaikan wahyu
  • 2. Mikail menurunkan hujan dan menjaga rezeki
  • 3. Israfil meniup sangkakala
  • 4. 'Izrail mencabut nyawa
dan wajib diketahui akan mereka itu atas jalan tafsil sepuluh malaikat mengikut tugas/pekerjaan iaitu;
  • Munkar dan Nakir yang menanya keduanya kepada segala orang yang telah mati.
  • Malik Ridzuan menjaga syurga.
  • Malik Zabaniah menjaga neraka.
  • Rakid dan Atid satu pada kanan Mukallaf dan satu pada kiri menyurat keduanya akan sekelian kebajikan dan kejahatan yang dikerjakan oleh mukallaf itu.
Wajib pula mengetahui beberapa malaikat yang menanggung 'Arash' dan mereka itu sekarang ini empat malaikat dan ditambah akan mereka itu empat malaikat lagi pada hari qiyamat yang mana jumlah semuanya adalah lapan sebagaimana Firman Allah yang bermaksud;
    "Menanggung ia [malaikat] akan 'Arasy Tuhan engkau atas mereka itu pada hari Qiyamat lapan orang".
Dan makna percaya akan Kitab Allah Taala itu iaitu beramal dengan segala suruhannya dan menjauh segala tegahan serta yakin dan percaya dengan sebenar-benar kepercayaan bahawasanya sebenar daripada Allah Taala. Bahawasanya kitab yang diturunkan dari langit itu sebanyak 104 Suhuf;
  • 50 Suhuf diturunkan kepada Nabi Syis
  • 30 Suhuf diturunkan kepada Nabi Idris
  • 10 Suhuf diturunkan kepada Nabi Ibrahim
  • 10 Suhuf diturunkan kepada Nabi Musa dahulu sebelum daripada Kitab Tuarat
  • Kitab Taurat bagi Nabi Musa
  • Kitab Injil bagi Nabi Isa
  • Kitab Zabur bagi Nabi Daud
  • Kitab Al-Qur'an bagi Nabi Muhammad SAW.
Maka sekelian yang tersebut itu wajib kita percaya dan membenarkannya. Akan tetapi apabila dibangkitkan Nabi Muhammad SAW. dan diturunkan kepadanya Al-Qur'an, maka tiada harus mengikut akan yang lain daripada Al-Qur'an kerana Al-Qur'an menghimpunkan dan menasakhkan akan segala hukum yang turun kepada rasul-rasul yang dulu daripada Nabi Muhammad SAW.
Dan makna percaya akan sekelian Ambiya' 'Alaihissalamtu-Wassalam adalah sekelain mereka itu 124 000 orang atas Qaul yang masyhur dan yang jadi Rasul daripada mereka itu 313 orang. Wajib dipercayai apa-apa yang dikhabarkan oleh mereka itu adalah sebenarnya titah daripada Allah Taala seperti segala suruhan dan tegahnya bukan daripada hawa nafsu mereka itu(rasul-rasul) sendiri tetapi adalah datang daripada Wahyu Allah.
Dan makna percaya akan hari Qiyamat ialah percayakan kedatangan hari penentuan yang lagi akan berlaku dengan tiada syak. Termasuk juga percaya akan alam kubur, hari bangkit semula,hari perhimpunan(masyar), kiraan amalan, mizan, pembahagian surat amalan, titian sirat, syafaat Kubra Nabi Kita Muhammad SAW.,syurga dan neraka dan lain-lain yang berkaitan dengan hari Qiyamat.
Dan percaya kepada untuk baik dan untung jahat sekeliannya adalah dengan kuasa dan kehendak Allah yang telah ditentukan dan dikadarkan daripada azali lagi.
Bermula Iman ada kalanya bertambah dengan sebab bertambah taat manusia dengan mengerjakan segala titah perintah Allah dan menjauhkan segala larangan dan ada kalanya kurang dengan sebab kurang taat dengan sebab mengerjakan maksiat seperti firman Allah dalam Surah Al-Anfaal: 3 yang bermaksud;
    "Dan apabila dibaca atas mereka itu akan ayat-ayat Allah Taala nescaya bertambah mereka itu imannya". dan sabda Nabi SAW. yang bermaksud; 'Bermula Iman itu lebih daripda tujuh puluh cawangan". {Riwayat Bukhari)
Dan adalah martabat orang mukmin itu tiga martabat iaitu;
  • 1.Dholim Linafsih iaituZalim dirinya sendiri iaitu mereka sentiasa mengerjakan maksiat atau mereka yang mencampur amal-amal yang sholeh dengan kejahatan.
  • 2. Muktasid iaitu mereka yang beramal atas perkara-perkara yang wajib dan menjauhkan perkara yang haram dengan tidak menambahkan amalan-amalan yang sunat dan tiada kurang dengannya.
  • 3. Saabiqul Bilkhoiraat iaitu mereka yang berlumba kepada kebajikan iaitu mereka sentiasa Taqarub(mendekatkan diri) kepada Allah dengan mengerjakan segala yang wajib dan segala yang sunat serta meninggalkan perkara yang haram dan yang makruh seperti firman Allah dalam Surah Al-Fatir;32 yang bermaksud;
    • "Kemudian Kami pusakakan kitab itu untuk orang-orang yang Kami pilih di antara hamba-hamba Kami. Di antara mereka ada yang aniaya kepada dirinya(tidak mengikut isi kitab/Dholim Linafsih ) dan di antaranya ada yang sederhana(menurut sekadar tenaganya/Muktasid) dan di antaranya ada yang maju(Saabiqul Bilkhoiraat) memperbuat kebajikan dengan izin Allah. Itulah kurnia yang besar".
Adapun keadaan Iman itu setengah ulama telah membahagikan kepada lima bahagian iaitu;
1. Iman Taklid iaitu iman yang mengambil daripada perkataan orang dengan tiada boleh mengeluarkan dalil. Iman ini ada pada kebanykan orang awam.
2. Iman Ilmu Yakin iaitu iman yang jadi daripada makrifat pada segala 'Aqaid dengan segala dalil. Iman ini adalah bagi orang-orang yang mempunyai dalil dan burhan.
3. Iman 'Ainul Yakin iaitu iman yang jadi daripada makrifat hati bagi Allah Taala dengan sekira-kira tiada ghaib daripada hatinya dengan sekejap mata jua pun. Iman ini bagi Ahli Muroqabah dinamakannya Makam Muroqabah.
4. Iman Haqqul Yakin iaitu iman yang jadi daripada musyahadahkan Allah Taala dengan Ainul Basyirah(mata hati). Iman ini bagi orang Arif yang dinamakan Maqam Musyahadah.
5. Iman Kamalul Yakin atau iman daripada hakikat iaiutu iman yang jadi daripada keadaan tiada memandang ia melainkan Allah Subhanahuwataala. Iman ini bagi orang yang Tahqiq yang dinamakan Makam Fana. {Petikan daripada Kitab 'Aqiidatun-Najin}
Adapun erti Tauhid itu mengesakan Zat Allah Taala dan mengesakan SifatNya dan mengesakan AsmaNya dan mengesakan AfaalNya.
Adapun erti makrifat itu mengenalkan yakni mengenalkan ZatNya yang Wajibal Wujud dan mengenalkan setengah daripda Sifat Kamalat Tuhan yang tiada terhingga banyaknya dan mengenalkan setengah daripada AfaalNya yang mengadakan Mumkin daripada tiada kepada ada dan daripada ada kepada tiada.
Maka mengenal ini difardukan atas tiap-tiap mukallaf yang 'Akil Baligh lelaki dan perempuan kerana setengah daripada permulaan yang wajib atas tiap-tiap mukallaf mengetahui dan belajar dan mengajar akan dia sebagaimana sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud;
    "Permulaan agama ialah mengenal Allah".
yakni mengenal setengah daripada SifatNYa yang wajib lagi sabit bagi Zat Tuhan kita; dan yang mustahil padanya dan harus padaNya seperti yang difatwakan oleh Imam Sanusi Rahimallahi Taala dengan katanya;
"Dan wajib atas tiap-tiap mukallaf pada syarak mengetahui barang yang wajib pada hak Tuhan kita dan barang yang mustahil padaNya dan barang yang harus padaNya dan demukian juga pada hak segala Rasul 'Alaihi Sholaatu Wassalam."
Maka dengan mengenal yang demikian itu barulah sah ibadatnya. Ini diambil faham daripada sabda Rasulullah yang bermaksud;
    "Tiada sah ibadat melainkan kenal tuhan yang diibadat akan Dia."
Tetapi bukanlah disuruh kenal itu Kunhi(Ain) Zat Allah Taala kerana Kunhi Zat Allah Taala tiada dapat oleh pendapat segala makhluk melainkan Nabi kita Muhammad SAW. ketika ia mikraj jua seperti Firman Allah yang bermaksud
"Tiada mendapat akan Dia (Allah) oleh segala penglihatan dan Ia jua yang mendapat akan penglihatan" dan lagi sabda Nabi SAW yang bermaksud :
"Bahawasanya Allah Taala terdinding Ia daripada penglihatan dan bahawasanya segala malaikat yang di atas menuntut akan Dia sebagaimana kamu tuntut akan dia itu"
Dan makna terdinding Alaah Taala daripada penglihatan samada penglihatan yang zhohir iaitu tiada dapat dipandang atau dilihat akan Kunhi zat Allah Taala di dalam dunia ini maka tiap-tipa perkara yang didapati dengan pancaindera di dalam dunia ini adalah sekeliannya itu makluk bukan Tuhan.
Atau dengan fikiran iaitu tiada dapat memikir akan hakikat Kunhi zat dan kerana Tuhan itu :
    "Tiada seumpama Allah Taala itu suatu dan Ia jua Tuhan yang amat mendengar lagi amat melihat".
Dan Sabda Nabi SAW yang bermaksud :"Mahasuci engkau (hai Tuhanku) tiada aku kenal akan dikau sebenar-benar pengenalan"
Dan kata Saiyyidina Abu Bakar Al-Sidiq RA. "Lemah daripada pendapat itulah pendapat". dan kata Sayyidina Ali RA. "Tiap-tiap barang yang terlintas pada cita-citamu dan yang berupa pada hatimu maka Allah Taala bersalahan akan yang demikian itu".
Dan kata Sayyidina Jaafar Al-Shodiq RA."Barang(sesuatu) yang terlintas di hati engkau maka iaitu binasa. Bermula Allah Taala menyalahi yang demikian itu"
Dan kata segala 'Arifin "Demikianlah Ijmak(sepakat) Ahli Sunnah Wal Jammah...tiap-tiap barang yang tersangka dengan segala sangka kamu dan dapat akan dia dengan akal kamu maka adalah ia baru seumpama kamu".
Kerana yang demikian itulah Rasulullah bersabda dengan maksudnya;
    Fikir oleh kamu pada segala kejadian dan jangan kamu fikir pada Yang Menjadi kerana bahawasanya tiada dapat meliputi fikiran kamu."
iaitu hendaklah fikir kepada segala kejadian Allah seperti langit bumi dan barang antara keduannya yang menunjukkan akan keesaan Allah dan kekuasaan.
Bahawasanya Allah Taala bersifat Ia dengan segala Sifat Kamalat yang tiada terhingga baiknya melainkan Ia jua Yang Tahu. Tiada wajib atas tiap-tiap mukallaf mengetahui akan dia dengan jalan tafsil(perincian) melainkan dua puluh sifat jua seperti kata Imam Sanusi Rahimallahi Taala " Setengah daripada barang yang wajib mengetahui oleh tiap-tiap mukallaf bagi Tuhan kita 20 sifat.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin