Thursday, December 6, 2012

merintih

Merintih

Bagaikan merintih terhadap harapan yang terputus tatkala hadapan sudah kelihatan. Mungkin ini adalah erti sebenar kehidupan meskipun berat untuk ditimpa. Enak rasanya jika harapan itu tidak dihancurkan tapi mungkin ia akan menjadi benak dikemudian hari. Biarlah qalbuku yang sendiri merasa dan biarlah ia ditekan-tekan. Ini kerana ia bisa menjadi pemangkinku untuk lebih menguasai kerana saban hari aku mengasahi tabah. Mungkin inilah erti kehidupan yang durinya dilalui dahulu agar bisa kelihatan jalan yang terang yang mungkin agak mudah untuk disusuri.

Sabar hari qalbuku bagai dtekan-tekan, dicubit-cubit, dihiris-hiris mungkin bolehku ibaratkan seperti tangisan seorang ibu yang kehilangan anaknya. Hari-hariku dilalui dengan rekaan senyuman agar bisa hiburkan rakan-rakan disekelilingku tanpa cuba untuku sampaikan kepedihan hati kepada mereka. Biarlah aku kelihatan seperti orang yang tiada masalah daripada mengadu domba terhadap mereka tentang hatiku yang terpalit yang boleh diibaratka hanya sekelumit cuma.

Hari-hariku sentiasa dilapik dengan doa agak aku diperolehi ketenangan. Kerana ketenangan itu yang ku cari. Supaya aku dapat hidup seperti mana Allah s.w.t hukumku turun didunia. Semoga aku, keluargaku, dan kenalan-kenalan beroleh ketenangan dan rahmat. amin ya rabb

Friday, May 11, 2012

Pesanan seorang guru

PESANAN SEORANG GURU
beribadatlah...

Persamaan2 karya tulisan ini 
dgn pesanan2 dar Tuan Guru & Mursyid..
Tarekat Al-Ahmadiyyah Al-Idrisiyyah Al-Linggi
Syeikh Muhammad Faiz Syeikh Ahmad Bin Syeikh Muhammad Said ALLinggi..
alfatihah untuk mursyidku yg dikasihi...

Sesiapa yang inginkan kemenangan dunia dan akhirat, janganlah dibiarkan masa berlalu dengan penuh kerugian. Jadikan setiap nafasmu nafas ibadah.

Wahai saudaraku,

Setelah engkau memiliki ilmu tiadalah lagi perkara yang penting melainkan beramal dengan ilmu, berilmu tanpa amal adalah binasa. Janganlah engkau berpaling lagi ke belakang, terus sucikan dirimu untuk menghampiri Tuhanmu sehingga terbuka cahaya hatimu dengan ilmu terus dariNya tanpa perantaraan. Hatimu akan bersinar dengan cahaya makrifat dan engkau memiliki harta yang amat bernilai, harta yang tiada dijual dimaya ini, tiada dimiliki oleh para jutawan dan para raja, harta yang menyebabkan engkau sentiasa tenang dan tiada mengharapkan apa bantuan dari sekelilingmu. Engkau akan diangkat menjadi kekasihNya sehinga segala hajatmu akan dipenuhi, engkau akan dijagaNya sehingga sesesiapa yang menyakitimu akan diisytihar perang ke atasnya. Tiadalah kejayaan yang hakiki melainkan berada dalam taman keredhaan takdirNya, hati yang terang menatap rahsiaNya, hati yang asyik dengan Asma’Nya, hati yang fana dengan kewujudanNya.

Wahai saudaraku,

Apabila engkau benar-benar beramal dan bersungguh bermujahadah dengan penuh keikhlasan, engkau akan dikasihiNya sehingga akan dilimpahkan ke dalam hatimu rahsia di sebalik rahsia. Engkau akan diperlihat hakikat di sebalik syariat, engkau mengenal dirimu dengan pengenalan yang hakiki, bukan diatas hafalan ilmu semata-mata tetapi dengan dzauk dan Penglihatan. Hatimu diberiNya Nur sehingga dengan Nur tersebut akan dapat menyaksikan Rahsia DiriNya. Engkau mencapai makrifat denganNya bukan dengan Guru manusia, Dia sendiri yang akan membisikkan pada sirrmu bahawa “ANA AL-HAQ”, maka tenggelamlah engkau dalam makrifat sehingga engkau tiada melihat tiada segala sesuatu melainkan Ia. Engkau akan melihat bahawa tiada suatu gerak melainkan gerak dariNya, tiada suatu yang maujud melainkan disana ada wujudNya, engkau akan memahami firmanNya; “Di mana kamu hadap disitulah wajah Allah”, “Wahai manusia, sesungguhnya kamu adalah fakir disisi Allah”, “Di mana kamu berada disitulah Ia berada” dengan kefahaman yang tiada dimiliki oleh orang biasa.

Tafsiran syariat adalah pembukaan sedangkan pentafsiran hakikat dengan dzauk dan pandangan. Tiada akan sama seorang yang melihat permukaan laut dengan mereka yang menyelam ke dasar laut. Tiada sama mereka yang mengenal diriNya pada permukaan zahir dengan mereka yang menyelam ke dalam lautan rahsia diri. Tiada akan sama dengan seorang yang belajar mengenal Tuhan dengan Guru manusia dengan mereka yang mengenal Tuhan dengan Tuhan sendiri. Tiada akan sama mereka yang mengucap La ilaha illaLlah di alam syariat dengan mereka yang mengucapnya di alam hakikat. Tidak akan sama huruf, kalimah dan bunyinya pada alam syariat dengan alam hakikat, tiada akan sama kenikmatan atau kepedihan di alam nyata ini dengan alam hakikat, tiada akan sama orang yang mati hatinya dengan orang yang hatinya sentiasa hidup dan asyik dengan Tuhan dan inilah yang mesti difahami sebagaimana firman Allah “Tidak sama orang yang berilmu dengan orang yang tiada ilmu,” “Tiada akan sama orang ahli syurga dengan ahli neraka”.

Wahai para Salik,

Jika engkau bersungguh-sungguh mengamalkan zikir di bawah bimbingan Guru yang telah terbuka baginya rahsia segala alam sehingga telah mencapai kesempurnaan makrifat, engkau akan merasakan perubahan pada rohanimu. Ruhmu akan melalui pendakian dari hati yang lalai kepada hati yang hidup mengingati Allah, dari hati yang hidup mendaki kepada hati yang asyik, kemudian mendaki pula kepada hati yang fana dan kemudian mendaki pula (kepada) meminum rahsia makrifat di alam yang tinggi. Nabi saw telah melakukan israk mikraj, membuka dan membelah langit bagi umatnya kepada Tuhannya.

Janganlah menjadi manusia yang bodoh dan lalai, pintu yang yang terbuka perlulah dilalui. Nabi dipimpin oleh malaikat Jibrail menujuNya dan engkau memerlukan Mursyid yang memimpin tanganmu dengan kasih sayang menuju TuhanMu. Kamu dibawa ke alam peleburan diri sehingga tiada kamu temui sesiapapun disitu melainkan DIA SAJA YANG WUJUD. Engkau akan memahami kalimah la ilaha illaLlah wahdahu laa syarikaalah dengan kefahaman yang terkunci lisanmu hendak dinyatakan. Engkau juga akan memahami beberapa ramai orang yang tidak mencapai kesempurnaan maqam ini tersilap tafsirannya sehingga ada yang mengaku dirinya Tuhan, mengaku dirinya jelmaam Tuhan, mengaku dirinya dan Tuhan bersatu sehingga ada dikalangan mereka yang meninggalkan syariat. Mereka tiada dibuka rahsia dengan sempurna atau pandangan makrifat mereka diserta dengan syaitan atau Jin. Mereka cuba bercakap ilmu para sufi namun mereka gagal dalam menyelami rahsia “ADAM” dan“ MUHAMMAD”. Mereka juga gagal memahami rahsia mufaraqah sebagaimana terpisahnya air laut dengan air sungai atau terpisahnya api dengan asap.

Wahai saudaraku,

Berjalanlah dirimu kepada Tuhan dengan berpakaian syariat, tarekah, hakikat dan makrifat. Syariat itu adalah pakaian Nabi, tarekah itu adalah perjalanan Nabi, hakikat itu adalah batin Nabi dan makrifat itu adalah rahsia Nabi. Berpakaian syariat sahaja tanpa hakikat adalah fasik, hakikat sahaja tanpa syariat adalah zindik. Seorang yang berada di alam syariat sahaja adalah masih tertipu kerana apa yang dilihat dan didengar oleh syariat tidak menjamin akan kebenaran hakikat, justeru itu seseorang perlu menyelami lautan hakikat dan tiada cara untuk menghubungkan antara ilmu syariat dan ilmu hakikat melainkan berilmu dan mengamalkan tarekah. Apabila dadamu benar-benar memiliki rahsia ilmu para auliya, engkau akan memahami kenapakah mereka itu amat kuat takut pada Allah, amat kuat berpegang pada syariat, amat wara’ dalam setiap pekerjaan, amat zuhud pada dunia, amat redha dengan takdir Allah, amat kuat ibadahnya, amat baik akhlak jiwanya, amat kuat tawakalnya, amat tinggi syukurnya dan amat tinggi cintanya pada Allah dan Rasul. Mereka memiliki penglihatan yang tidak dapat dilihat oleh mata biasa, ia adalah Nur yang dicampakkan ke dalam dada oleh Tuhannya sehingga tembus penglihatannya pada alam rahsia dan FANA dan BAQA ia dengan kekasihnya. Fahamilah ia rahsia cahaya di sebalik cahaya. Berbahagialah mereka yang mencapainya dan merekalah yang sebenarnya telah mencapai kejayaan hakiki baik dunia atau akhirat.

WaLlahu ‘alam.

Dipetik daripada "Kitab Pendakian Salik Menuju Allah" karangan Syeikh Tokku Ibrahim Mohamad..

Friday, April 20, 2012

Suluk

Assalamualaikum...dengan bismillahhirrahmanirrahim aku membuka penulisanku di hening pagi hari...rindu juga untuk diluahkan kata-kata kepada penulisan...rindu juga untuk bermain perasaan yang menekan dijiwa...bukan ingin untuk aku sampaikan yang aku bersifat sentimental mahupun bersifat terbuka...hasrat dihati hanya ingin berkongsi apa yang dapat aku rasakan...harapkan penulisanku dapat memberi saham kepadaku tatkala ku tiada pergi meninggalkan dunia...mungkin dengan ini hidupku di alam kubur sedikit tenang ataupun sebaliknya...aku memohon kepada yang maha kuasa dan maha pengasih untuk sentiasa memberi rahmat kepadaku dan umat islam sekalian...penulisanku disini adalah berkisar tentang bersuluk...kadang-kadang bersuluk ini disalah ertikan sebagai bertapa ataupun kadang-kadang ada segelintir manusia dengan keras menghukum amalan bersuluk ini...katanya mereka bersuluk ini adalah bidaah dan sia-sia...ingin aku tekankan disini...penulisanku bukan untuk membetulkan benang yang basah ataupun untuk mempertahankan aktiviti bersuluk ini...cuma yang ingin aku tulis adalah perasaan yang diperoleh ketika bersuluk...juga ingin aku tekankan...aku bukanlah dikalangan pihak-pihak tarikat ataupun pihak-pihak wahabi mahupun syiah...aku masih lagi berdiri sebagai makluk yang neutral yang masih lagi berharap dilandasan ahli sunnah waljamaah....mohon diberkati selalu...
bersuluk ini adalah sisitem latihan kerohanian yang digunakan bagi tunjuan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t...pernah satu ketika dahulu aku bertanya kepada seorang rakanku yang boleh aku anggapkan sebagai pak cik kerana usianya yang lebih dua dekad dariku...katanya bersuluk ini seperti mana kita duduk bersendirian dan memandang keagungan alam yang dicipta oleh tuhan maha pencipta...tatkala memandang kita cuba amati bertapa hebatnya ciptaan Allah s.w.t itu...perilaku begini katanya dapat mengukuhkan tauhid di hati...kadang-kadang ketika aku bersendirian...pernah juga aku melihat keindahan alam...bertapa kagumnya dengan ciptaan alam ini...tatkalaku melihat terasa juga sentuhan angin...terdengar juga bisikan embun yang jatuh ke daunan...hebat sungguh ciptaan ini...angin yang tidak berhenti yang kadang-kadang mendamaikan...angin yang tidak perlu disambung dimana-mana sumber elektrik...datangnya tidak dipinta perginya juga tidak disuruh...kadang-kadang anginnya sejuk menekan tulang dan kadang-kadang suam menyentuh kulit...hebat sungguh ciptaanNya...kadang-kadang angin itu datang seperti bersiul bila diamati...terasa seperti lagu bila berhenti di cuping telingaku...pernah juga aku fikirkan...terdapat juga alat yang dicipta manusia demi untuk mendapat faedah seperti mana angin yang dicipta Illahi...amatlah sunguh berbeza...setiap benda yang dicipta manusia masih lagi terdapat cacat dan cela...hebat sungguh Allah s.w.t...tuhan yang maha pencipta...tuhan semesta alam...tuhan yang maha seni...begitu bersyukur bila mana masih lagi merasa deruan angin...pernah juga aku cuba amati titisan embun...sungguh menyegarkan...bunyian yang tertangkap dicuping telingaku amat mendamaikan...kejernihan embun itu pun sudah dapat menyegarkan mata yang memandang...maha suci Allah tuhan semesta alam...bertapa sempurnanya ciptaanMu...bertapa indahnya hasil seniMu...bunyi angin bersama titisan embun saja sudah bisa menunjukkan yang Allah Maha pencipta dan juga maha seni....keagungan Allah maha tidak boleh ditandingi...kata seorang dari guruku...bila diamati alam ini..halusi alam ini...kita akan merasai bahawa alam ini seakan-akan menyebut nama Illahi...alam ini seakan-akan berzikir memuju Illahi...cuba pula aku amati bunyian serangga...indah bunyiannya walaupun tidak difahami....kata-kata serangga seakan rentak irama di telingaku...bunyinya seakan mendodoi makluk sepertiku untuk tidur dengan lebih nyenyak...bertapa hebat kekuasaan Allah s.w.t...bilamana cuba aku amati ombak pantai...mungkin aku agak sentimental disini...tetapi begitulah perasaan yang dapat aku rasai tatkala melihat kebiruan pantai...tatkala aku melihat pasang surutnya pantai...tatkala aku mendengar deruan ombak berkicaun...sungguh tenang perasaan itu...sungguh tak terperi damai dihati...pasang dan surutnya tidak terhenti...pasang dan surutnya tidak perlu dimulai...kadang-kadang malamnya surut siangnya pasang....kadang-kadang malamnya pasang siangnya surut...sepanjang aku hidup belum lagi dapat aku lihat air laut di hadapan rumahku kering walaupun hujan tak kunjung tiba...belum pernah lagi aku melihat wajah laut di kawasan rumahku hilang serinya...walau banyak mana pun ku perhatikan...masih lagi terdapat ketenangan...maha pemurahnya tuhan ku Allah s.w.t...ciptaanMu bukan sahaja memberi rezeki kepadaku tetapi juga memberi ketenangan dijiwaku...maha suci Allah tuhan semesta alam...cukup sampai disini saja penulisanku...malu juga untuk aku menulis tentang sesuatu perkara yang bukan bidangku...harap kesalahan minta dijauhkan dan maafkan aku...sebelum itu mahu juga aku berkongsi sedikit info tentang bersuluk...mohon dijauhkan aku dari topeng munafik...


Salik yang berhasrat memperolehi hasil yang baik perlu menjaga sopan santun semasa bersuluk. Perlu yang perlu dijaga adalah: 

a) mengikhlaskan kasih kepada Allah s.w.t dan melakukan ibadat semata-mata kerana Allah s.w.t bukan kerana mahukan kasyaf dan keramat. 
b) Amal ibadat yang dilakukan hendaklah sesuai dengan peraturan yang ditentukan oleh syariat, tidak boleh mengubahnya sehingga bercanggah dengan syariat. 
c) Salik perlu melepaskan ilmu-ilmu yang boleh melalaikannya dan boleh menarik cita-citanya kepada yang selain Allah s.w.t. Ilmu-ilmu seperti ilmu kebal, ilmu pengasih, ilmu menarik harta dari bumi, ilmu yang berkait dengan khadam dan yang seumpamanya hendaklah dilepaskan kerana ilmu yang demikian menutup mata hati. 
d) Ketika menjalani amalan suluk fikiran hendaklah dibebaskan daripada memikirkan dan mengangankan sesuatu yang di dalam dunia. 
e) Hati hendaklah dipisahkan daripada sifat-sifat yang keji, seperti sifat haiwan, syaitan dan dorongan hawa nafsu. 
f) Memenuhkan masa bersuluk dengan kegiatan yang mengingatkan hati kepada Allah s.w.t.

Puteri


perasaan ini tercuit lagi,
tatkala melihat wajahnya si seri,
tatkala melihat senyumannya si puteri,
tatkala melihat indahnya budi,
bagaikan hari ternanti-nanti,
terasa tercuit tak terperi,
tertanya-tanya siapakah si puteri,

hati ini tercuit lagi,
menanti wajahnya bak seri,
menanti senyumannya bak puteri,
menanti indahnya budi pekerti,
terlihat malam nampaknya mentari,
terlihat siang terasa pergi,
oh hati mengapa begini,

tatapan tercuit dicuri lagi,
termenung makin terjadi-jadi,
senyuman rasa tak terperi ,
sedih terasa berlalu pergi,
rindu asyik tak tertahan lagi,
air mata rindu tangisan hati,
mengenang wajah seri si puteri,

wahai puteri si payung hati,
wahai intan sinar terangi,
terimalah hati kotor ini,
tiadalah budi malahan pekerti,
tapi punya hajat di hati,
harap menjadi si suami,
kepadamu wahai si puteri,

wahai hati wahai budi,
andainya dunia bukan disisi,
harap di akhirat mungkin terjadi,
menjadi pasangan syurga Illahi,
dibawah lindugan berkat Illahi,
bersama iringan para bidadari,
berkat doa rasul dan para solihin.


Monday, April 9, 2012

Hanya ingin meluahkan

Salam...alhamdulillah dgn berkati Allah s.w.t...masih lagi aku bernafas...segala puji kepada junjungan besar saidina rasulullah yang memancarkan sinar islam hingga kepadaku umat akhir zaman...penulisan aku disini hanyalah dari luhur hati dan tafsiran otak yang mungkin kadang-kadang terpengaruh dengan bisikan nafsu dan juga hasutan dari syaitan mahupun jin...harap penulisan ini masih lagi mengikut syariat-syariat islam...mohon juga ditegur jikalau ada kesalahan ataupun kekurangan...meluahkan adalah fenomena dimana diri terasa ingin menyampaikan ataupun ingin berkongsi...kongsian aku hanya meliputi soal perasaan dan dengan harapan tidak melebihi ataupun menguris mana-mana hati insan semakhluk denganku...apa yang ingin disampaikan adalah soalan hati...hati yang ingin disampaikan bukanlah berkisar tentang penyucian hati ataupun unsur-unsur keikhlasan...yang ingin aku kongsi adalah hati dan perasaan sesama makhluk yakni dengan bahasa pasarnya pasangan kekasih...ramai saudara-saudara dan saudari-saudari yang berusia sama denganku lebih gemar berbicara tentang cinta dan ada juga yang seronok bercerita pasal kahwin...apa itu cinta sebenarnya saudara mahupun sedari...ramai orang bila berbicara menyatakan bahawa cinta ialah perasaan di mana hati terdetik untuk menyatakan sayang dengan bisikan kasih...betulkah itu cinta...mungkin jika itu cinta...adakah perasaan itu memang betul-betul terdetik dihati...maaf untukku katakan...aku juga pernah mengalami peristiwa-peristiwa sebegini...fenomena-fenomena bercinta...dan maaf juga untuk aku katakan...cintaku sebelum ini belum sampai ditahap hati berdetik kasih dan sayang menyapa di fikiran...dengan berat hati dan penilaianku dari saudara-saudaraku...aku belum nampak lagi cinta yang betul-betul cinta...jika betul mereka betul-betul mempunyai perasaan cinta...mengapa masih lagi ingin berpegang-pegang tangan...mengapa mesti lagi berlaku curang...mengapa lagi terdapat perpisahan dipertengahan...adakah ini cinta yang mereka rasai...jika ini cinta...maknanya tak sehebat mana cinta tersebut...bagiku yang daif dengan ilmu...aku rasa cinta sebegini adalah sia-sia...mengapa perlu meletak perasaan yang begitu lemah ini dibenak hati yang begitu dipandang Illahi...mengapa perlu meletak cinta yang konon-kononya ditafsir cinta bersama-sama nafsu yang kotor lagi hina...mengapa perlu meletakan cinta bersama-sama dengan maksiat dari bisikan nafsu cinta...bagiku dan dari sedikit pembacaan...cinta itu adalah satu perasaan yang terbit dari hati yang diberikan Allah s.w.t disebabkan sayangNya keatas makhluk pembuat maksiat sepertiku...cinta yang diberi tidak lain dan tidak bukan untuk menguatkan sayang kepadaNya...peraaan ini diberi untuk menguatkan tauhid di dada...untuk melihat bagaimana hebatnya zat Illahi dan sifat-sifatnya...perasaan ini diberi agar makhluk pembuat maksiat sepertiku ini berasa asyik untuk beribadat...asyik dimana perasaan yang begitu rindu...perasaan seakan akan angau...bagiku bila ditafsir perasaan cinta sesama makluk adalah dimana makluk itu berasa berkeinginan untuk berkongsi kehidupan dengan makluk yang lain-lain jantina atas sebab-sebab ingin mencapai perasaan asyik yang lebih dari biasa...perasaan asyik yang mungkin bertambah apabila disatukan...perasaan asyik dimana terasa terang tetapi bukannya siang...terasa gelap tetapi bukannya malam...hanyut tak terenang...bilamana waktu pun dah tak terasa...itulah perasaan yang aku dan makluk sejenisku patut mohon kepada Allah s.w.t tuhan semesta alam...perasaan asyik inilah yang hanya layak diletak didalam hati yang tinggi kedudukannya...bilamana bercakap tentang istilah cinta..."dari mata turun ke hati"...orang sepertiku akan mentafsirkan bahawa bila terpandang wajah seorang makluk yang lain jantina dariku...yang mempunyai raut wajah yang cantik senyuman yang menawan...akan menyebabkan hati tercuit untuk bercinta...beginikah tafsirannya?...kalau beginilah tafsirannya...amatlah tidak bermakna istilah ini...adaikata tafsiran dari mata turun ke hati ini diaplikasikan kepada mukmin ataupun mujahid...mungkin mereka akan memberi pandangan yang berbeda...mereka mungkin mengatakan bila mata terpandang keindahan alam...memandang kehebatan ciptaan illahi...memandang kebiruan air laut dengan pasang surutnya...memandang kecantikan burung-burung dengan kicauan yang mengiurkan...memandang kegelapan malam dan kecerahan siang dengan sulaman angin yang bertiup yang menyejukan perasan yang resah...akan menyebabkan hati mereka bergetar...menyebabkan hati mereka bergoncang...menyebabkan hati mereka menangis...menguatkan tauhid mereka dihati...jikalau pandangan ini yang diberikan...maka amatlah bermakna istilah dari mata turun ke hati...andaikata inilah yang terjadi...maknanya mereka memiliki perasaan cinta yang betul-betul cinta...mereka mempunyai perasaan asyik...itulah cinta yang kita patut cari...pandangan cinta bagi mereka ialah setiapnya memiliki rahmat...perasaan yang tiada keluh dan kesah...perasaan yang membuatkan hati menjadi tenang muka meraut senyuman tingkah menjadi sopan mulut berkunci dengan bisikan zikir dihati...ini baru boleh dikatakan cinta...

Semoga penulisanku yang tak seberapa ini dapat dihayati...ini hanya luahan dan bukannya perkongsian ilmu...ini hanya dari tafsiran akalku yang kadang-kadang dipengaruhi nafsu...harap penulisanku ini tidak mencalarkan hati-hati mana-mana makhluk sepertiku...suka untukku berkongsip beberapa hadis tentang cinta...

“Sesungguhnya Allah SWT pada hari kiamat berfirman, “Di manakah orang yang cinta-mencintai karena keagungan-Ku? Pada hari ini Aku akan menaungi dengan menunggu-Ku di hari yang tiada naungan melainkan naungan-Ku.”
(H.R Muslim)

“Allah SWT berfirman, “Pasti akan mendapat cinta-Ku orang-orang yang cinta-mencintai karena Aku, saling kunjung-mengunjungi karena Aku, dan saling memberi karena Aku.”
(Hadits Qudsi)

“Tiga perkara, barang siapa memilikinya, ia dapat merasakan manisnya iman, yaitu:
1)      Cinta kepada Allah dan rasulnya melebihi cintanya kepada selain keduanya,
2)      Cinta kepada seseorang karena Allah, dan
3)      Membenci kekafiran sebagaimana ia tidak mau dicampakkan ke dalam api.”
(H.R Bukhari-Muslim)

Saturday, February 18, 2012

Tujuh Perkara yang Melebihi Tujuh Keadaan


Tujuh Perkara yang Melebihi Tujuh Keadaan

                Ali bin Abi Talib r.a. ditanya:
1.       Apakah yang lebih berat daripada langit?
2.       Apakah yang lebih luas daripada bumi?
3.       Apakah yang lebih kaya daripada laut?
4.       Apakah yang lebih keras daripada batu?
5.       Apakah yang lebih panas daripada api?
6.       Apakah yang lebih sejuk daripada  air zamharir?
7.       Apakah yang lebih pahit daripada racun?
                Maka Ali bin Talib r.a menjawab:
1.       Berdusta kepada sesama makhluk adalah lebih berat daripada langit.
2.       Kebenaran adalah lebih luas daripada bumi.
3.       Hati yang bersifat qana’ah, lebih kaya daripada laut
4.       Hati bagi orang yang bersifat munafik, lebih keras daripada batu
5.       Pemerintah yang bersifat zalim, lebih panas daripada api
6.       Memenuhi hajat kepada orang yang bakhil, lebih sejuk daripada air zamharir
7.       Sabar lebih pahit daripada racun

Tujuh Kehairanan Terhadap Perangai Manusia

Tujuh Kehairanan Terhadap Perangai Manusia

                Sebahagian para ahli hikmah merasa hairan dengan perangai manusia, kehairanannya itu ada tujuh perkara iaitu:

  • Ø  Saya merasa hairan kepada orang yang mengetahui akan mati, akan tetapi tetap ketawa
  • Ø  Saya merasa hairan kepada orang yang tahu bahawa dunia akan rosak, akan tetapi dia tetap menyenanginya.
  • Ø  Saya merasa hairan kepada orang yang tahu bahawa semua urusan telah ditentukan oleh Allah SWT akan tetapi dia masih dalam keadaan bingung kehilangan hartanya.
  • Ø  Saya merasa hairan kepada orang yang tahu bahawa dia akan di hisab, akan tetapi dia masih mengumpulkan hartanya.
  • Ø  Saya merasa hairan kepada orang yang tahu api neraka, tetapi dia masih tetap berbuat dosa.
  • Ø  Saya merasa hairan kepada orang yang tahu akan syurga, akan tetapi dia beristirehat di dunia.
  • Ø  Saya merasa hairan kepada orang yang tahu akan syaitan sebagai musuh, akan tetapi dia menjadikannya sebagai sahabat.

Penyebab Hati Menjadi Mati

Umar bin Khattab ra. Berkata:
“Barangsiapa yang banyak tertawa, maka sedikit pengaruhnya, barangsiapa yang meremehkan orang lain, maka dia akan diremehkan, barangsiapa yang banyak berbicara maka akan banyak cakapnya, barangsiapa yang banyak cakapnya maka sedikit malunya, barangsiapa yang sedikit malunya maka akan sedikit wara’nya dan barangsiapa yang sedikit wara’nya maka akan mati hatinya”

Wednesday, February 15, 2012

Ukiran Kata Di bibir yang indah

Ukiran Kata Di bibir yang indah

Firman Allah
                “Ucapkanlah kata-kata yang baik terhadap manusia.”
(Al-Baqarah: 83)

                Mengenai ungkapan atau perkataan yang baik ini ada peribahasa yang mengatakan: Diam adalah emas, berbicara adalah perak,”
                Maksud dari peribahasa tersebut, ucapan atau perkataan seseorang yang tidak berfaedah, dinilai laksana perak. Jesteru itu, daripada berbicara yang tidak menentu, maka lebih baik baginya bersikap diam sahaja dan dengan demikian, harga diamnya itu laksana emas.
                Mengingat sangat pentingnya perkara berkenaan dengan perkataan itu dalam mengatur hubungan antara sesame manusia, maka Islam sebagai satu-satunya agama yang sentiasa memperhatikan keselamatan bersama, memerintahkan supaya umat Islam memelihara lisanya.
                Baik di dalam Al-Quran mahupun hadis, terdapat banyak pertunjuk-pertunjuk yang memberikan peringatan kepada kita supaya selalu melafazkan perkataan yang baik, yang mendatangkan faedah dan keuntungan.
Firman Allah yang maksudnya:
                “Berbicaralah terhadap mereka dengan perkataan yang baik”
(An-Nisa: 5)
                “Hai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan ucapkanlah perkataan yang benar.”
(Al-Ahzab: 70)
                Sesungguhnya perkataan-perkataan yang baik itu tidak terbatas terhadap teman dan sahabat sahaja, tetapi juga terhadap lawan dan orang-orang yang membangkang sekalipun.
                Sebagai contoh, ketika berhadapan dengan Fir’aun, Allah SWT.memerintahkan kepada Nabi Musa dan Nabi Harun supaya berbicara dengan baik kepadanya.
Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
                “Berbicaralah kamu berdua (Musa dan Harun) kepadanya (Fir’aun) dengan kata yang lemah lembut, mudah-mudahan dia ingat (sedar) dan takut.
(Toha: 44)
                Dalam hadis pula dinyatakan, betapa pentingnya fungsi lidah seseorang itu, dalam hubungannya dengan kemurniaan iman.
Rasulullah SAW. bersabda:
                “tidak akan tegak iman seseorang hamba, sehingga lurus pula hatinya dan hati itu tidak akan dapat lurus sebelum lidahnya jujur (terpelihara).”
(HR. Ahmad)
Sabdanya lagi:
                “berbahagialah orang yang mengamalkan ilmunya, yang menafkahkan sebahagian harta bendanya dan yang dapat mengendaikan perkataan yang berlebihan.”
(HR. Thabrani)
                Ulama’-ulama’ serta pemimpin-pemimpin Islam dari zaman ke zaman, sentiasa memperlihatkan contohn supaya kita memelihara ucapan-ucapan dalam segala bidang kehidupan dan meninggalkan kata-kata mutiara yang berkenaan dengan perkara tersebut, untuk dapat di jadikan pedoman. Sebagaimana Ali bin Abi Talib mengatakan:
                “lidah orang yang berakal terletak di belakang hatinya, hati orang yang bodoh terletak di belakang lidahnya.”
                Dalam kata mutiara yang lain pula ada disebutkan:
                ”kalau berjalan perliharalah kaki, kalau berkata perliharalah lidah.”
                Demikian bunyi dari kata-kata mutiara tersebut, walaupun kata-lata itu telah lama kita dengar, tetapi ia tetap berguna sepanjang masa.
                Kalau dilihat sepintas lalu, apalah ertinya lidah, ia hanya sekadar daging kecil yang ada dalam mulut manusia yang sempurna. Sebab kalau tanpa lidah, seseorang manusia itu akan kekurangan dan manusia yang tanpa lidah, bertukar nama menjadi manusia bisu atau manusia yang tidak dapat berbicara.
                “masih ada harapan sembuh kalau pedang menusuk tubuh, kemana ubat hendak dicari kalau lidah menusuk hati”

Hilangnya Rasa Prihatin

Hilangnya Rasa Prihatin

                Umat Islam pada saat ini condong salah dalam mengertikan ibadah dengan membatasinya kepada ibadah-ibadah yang telah ditentukan seperti solat, zakat, puasa dan haji sahaja.
                Betapa banyaknya yang kita saksikan umat Islam yang menyebukkan diri dengan ibadah-ibadah ini, tetapi melupakan kemiskinan, kebodohan, penyakit, kelaparan, kesengsaraan dan kesusahan hidup yang di derita oleh saudara- saudara mereka.
                Betapa banyaknya orang kaya yang beragama Islam dengan khusyuk meratakan dahinya di atas sejadah, sementara di sekelilingnya banyak tubuh- tubuh layu yang tidak berdaya kerana kekurangan makanan dan sebagainya.
                Betapa mudahnya pula, orang menghabiskan wang yang tidak sedikit jumlahnya untuk acara-acara keagamaan, di saat ribuan anak- anak orang miskin tidak dapat melanjutkan sekolah, ribuan orang tua yang harus menanggung beban kerana mencari sesuap nasi, ribuan orang sakit tidak tertahan dan menuggu maut kerana tidak dapat membayar biaya pengubatan bahkan di saat ribuan umat Islam terpaksa menjual iman dan keyakinannya kepada tangan-tangan kaum lain yang penuh kasih. Padahal Rasulullah SAW.telah menjelaskan dalam sabdanya:
                “orang mukmin itu diibaratkan seperti satu tubuh, apabila salah satu anggota tubuhnya merasa sakit, maka semuanya akan ikut merasakan kesakitan.”
               
(HR. Bukhari dan Muslim)

Hakikat Cinta

Hakikat Cinta

                Cinta adalah bagaikan cahaya, kalau cahaya itu telah datang dari sumbernya, maka dia akan menyebar kesegala penjuru dan kesegala arah dengan merata, sebagaimana cahaya matahari
                Allah adalah sumber kasih sayang, sumber segala rasa cinta. Kerana tidak mungkin kita akan hidup tanpa kasih sayang ini, tanpa cinta dan kasih Allah. Bahkan alam semesta ini akan mungkin ada tanpa kasih sayang-Nya itu. Jesteru itu Allah menyatakan dalam Al-Quram bahawa Dia-lah sumber segala rasa cinta manusia. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala-galanya.
                Wujud alam ini semata-mata kerana cinta dan kasih-Nya. Tanpa Nur Allah, tanpa kasih-Nya, ala mini tidak mungkin ada. Satu-satunya sifat yang mendorong terciptanya alam ini itulah dia sifat cinta. Dalam pengertian yang hakiki, cinta kasih itu ialah keinginan untuk memberikan, bukan keinginan untuk meminta atau mendapatkan.
                Ramai pemuda yang tidak memahami perngertian cinta ini. Dia mengharapkan menerima sesuatu dari cinta itu, padahal seharusnya dia yang memberi kalau sebenar-benarnya ia cinta. Kalau kita sudah merasakan nikmat memberikan sesuatu kepada seseorang, tandanya sudah ada hubungan cinta kita denganya. Mencintai seseorang haruslah sanggup dan bersedia berkorban terlebih dahulu dan bererti harus mengurangi apa yang kita miliki. Kerana itu, manusia tidak mungkin mempunyai sifat cinta yang murni.
                Akan tetapi Allah SWT.tidak pernah merasa rugi dengan memberi terus menerus kepada kita dan seluruh makluk-Nya. Jesturu cinta yang murni hanya akan dapat diperolehi dari Allah SWT.
                Kalau cinta Allah kita gambarkan sebagai cahaya, maka tingkatan manusia yang paling tinggi ialah bila hatinya seperti cermin yang membiaskan seluruh cahaya yang datangnya dari cahaya cinta Allah yang dipancarkan kepadanya.
                Firman Allah:
                “Mereka itu dicintai Allah, kerana mereka cinta kepada-Nya.”
                (Al-Maidah: 54)
                Cinta yang merupakan bukti daripa kecintaan kita kepada Allah adalah cinta yang abadi, yang tidak pernah akan padam,kerana sumbernya pun tidak pernah padam. Itulah cinta Allah kepada makluk-Nya.
                Adapun kecintaan kita kepada anak dan isteri serta keluarga adalah hasil daripada cinta kepada Allah sebagai amanat daripada-Nya. Orang yang menghubungkan dirinya dengan cinta kepada Allah, maka orang itu mempunyai peribadi yang kukuh, peribadi yang paling besar cinta kita hendaklah didasarkan kepada Allah. Baik cinta kepada anak isteri dan lain-lain sebagainya. Kerana kalau kita cinta kepada seorang di dasarkan cinta kepada Allah, kemudian kita menikahinya, maka segala pekerjaan yang kita kerjakan dengan pasangan hidup kita itu akan di hitung ibadah.

Tuesday, February 14, 2012

Yang Dinamakan Agama
Adapun yang dinamakan agama itu ibarat daripada terhimpun padanya empat[4] perkara iaitu;
      1. Iman
      2. Islam
      3. Tauhid
      4. Makrifat
Erti Iman itu ialah percaya dan membenarkan barang(sesuatu) yang didatangkan oleh Rasulullah SAW.; iaitu tiap-tiap perkara yang disampaikan dan diajarkan oleh Nabi itu sebenarnya datang dari Allah. Bukanlah buatan dan rekaan daripada Nabi seperti firman Allah yang bermaksud;
    Tiada ia(Nabi) bertutur daripada pihak kemahuan dirinya melainkan ia(Nabi) bertutur itu wahyu yang diwahyukan kepadanya.
Juga ada tersebut dalam sebuah hadis Qudsi yang menunjukkan akan kebenaran Rasulullah SAW. dengan firman Allah yang bermaksud:
    Telah benarlah hambaku(Muhammad SAW.) pada tiap-tiap barang yang menyampai ia daripadaKu(Allah).
Dan adalah kesimpulan Iman itu dinamakan Rukun Imam. Ianya mencakupi enam[6] perkara iaitu;
  • 1. Percayakan Allah
  • 2. Percayakan Malaikat
  • 3. Percayakan Kitab Allah
  • 4. Percayakan Segala Rasul Utusan Allah
  • 5. Percayakan Hari Qiyamat
  • 6. Percayakan Untung Baik dan Untung Jahat itu daripada Allah
Adapun makna percaya akan Allah itu ialah 'Itiqad dengan jazam[tetapdan teguh] yang putus bahawasanya Allah Taala itu adalah Tuhan Yang Esa(Tunggal) yang bersifat dengan segala sifat kesempurnaan yang menjadi sekelian makhluk dan mentadbirkannya dengan bijaksana dan wajib dikenal akan Allah dengan sebenar-benar pengenalan dan patut disembahkanNya.
Dan makna percayakan malaikat itu ialah percayakan bahawa Malaikat itu hamba Allah Taala yang bukan mereka itu laki-laki atau perempuan dan tiada mereka itu beribu dan berbapa dan tiada mereka itu makan dan minum dan tiada mereka itu tidur. Adalah pekerjaan mereka itu mengikut apa yang dititahkan oleh Allah Taala dan bilangan mereka itu terlalu banyak tiada boleh mengetahuinya melainkan Allah Taala jua. Sekelian mereka itu terpelihara daripada mengerjakan maksiat lagi suci mereka itu daripada segala sifat manusia. Bahawasanya penghulu-penghulu mereka itu empat iaitu;
  • 1. Jibrail menyampaikan wahyu
  • 2. Mikail menurunkan hujan dan menjaga rezeki
  • 3. Israfil meniup sangkakala
  • 4. 'Izrail mencabut nyawa
dan wajib diketahui akan mereka itu atas jalan tafsil sepuluh malaikat mengikut tugas/pekerjaan iaitu;
  • Munkar dan Nakir yang menanya keduanya kepada segala orang yang telah mati.
  • Malik Ridzuan menjaga syurga.
  • Malik Zabaniah menjaga neraka.
  • Rakid dan Atid satu pada kanan Mukallaf dan satu pada kiri menyurat keduanya akan sekelian kebajikan dan kejahatan yang dikerjakan oleh mukallaf itu.
Wajib pula mengetahui beberapa malaikat yang menanggung 'Arash' dan mereka itu sekarang ini empat malaikat dan ditambah akan mereka itu empat malaikat lagi pada hari qiyamat yang mana jumlah semuanya adalah lapan sebagaimana Firman Allah yang bermaksud;
    "Menanggung ia [malaikat] akan 'Arasy Tuhan engkau atas mereka itu pada hari Qiyamat lapan orang".
Dan makna percaya akan Kitab Allah Taala itu iaitu beramal dengan segala suruhannya dan menjauh segala tegahan serta yakin dan percaya dengan sebenar-benar kepercayaan bahawasanya sebenar daripada Allah Taala. Bahawasanya kitab yang diturunkan dari langit itu sebanyak 104 Suhuf;
  • 50 Suhuf diturunkan kepada Nabi Syis
  • 30 Suhuf diturunkan kepada Nabi Idris
  • 10 Suhuf diturunkan kepada Nabi Ibrahim
  • 10 Suhuf diturunkan kepada Nabi Musa dahulu sebelum daripada Kitab Tuarat
  • Kitab Taurat bagi Nabi Musa
  • Kitab Injil bagi Nabi Isa
  • Kitab Zabur bagi Nabi Daud
  • Kitab Al-Qur'an bagi Nabi Muhammad SAW.
Maka sekelian yang tersebut itu wajib kita percaya dan membenarkannya. Akan tetapi apabila dibangkitkan Nabi Muhammad SAW. dan diturunkan kepadanya Al-Qur'an, maka tiada harus mengikut akan yang lain daripada Al-Qur'an kerana Al-Qur'an menghimpunkan dan menasakhkan akan segala hukum yang turun kepada rasul-rasul yang dulu daripada Nabi Muhammad SAW.
Dan makna percaya akan sekelian Ambiya' 'Alaihissalamtu-Wassalam adalah sekelain mereka itu 124 000 orang atas Qaul yang masyhur dan yang jadi Rasul daripada mereka itu 313 orang. Wajib dipercayai apa-apa yang dikhabarkan oleh mereka itu adalah sebenarnya titah daripada Allah Taala seperti segala suruhan dan tegahnya bukan daripada hawa nafsu mereka itu(rasul-rasul) sendiri tetapi adalah datang daripada Wahyu Allah.
Dan makna percaya akan hari Qiyamat ialah percayakan kedatangan hari penentuan yang lagi akan berlaku dengan tiada syak. Termasuk juga percaya akan alam kubur, hari bangkit semula,hari perhimpunan(masyar), kiraan amalan, mizan, pembahagian surat amalan, titian sirat, syafaat Kubra Nabi Kita Muhammad SAW.,syurga dan neraka dan lain-lain yang berkaitan dengan hari Qiyamat.
Dan percaya kepada untuk baik dan untung jahat sekeliannya adalah dengan kuasa dan kehendak Allah yang telah ditentukan dan dikadarkan daripada azali lagi.
Bermula Iman ada kalanya bertambah dengan sebab bertambah taat manusia dengan mengerjakan segala titah perintah Allah dan menjauhkan segala larangan dan ada kalanya kurang dengan sebab kurang taat dengan sebab mengerjakan maksiat seperti firman Allah dalam Surah Al-Anfaal: 3 yang bermaksud;
    "Dan apabila dibaca atas mereka itu akan ayat-ayat Allah Taala nescaya bertambah mereka itu imannya". dan sabda Nabi SAW. yang bermaksud; 'Bermula Iman itu lebih daripda tujuh puluh cawangan". {Riwayat Bukhari)
Dan adalah martabat orang mukmin itu tiga martabat iaitu;
  • 1.Dholim Linafsih iaituZalim dirinya sendiri iaitu mereka sentiasa mengerjakan maksiat atau mereka yang mencampur amal-amal yang sholeh dengan kejahatan.
  • 2. Muktasid iaitu mereka yang beramal atas perkara-perkara yang wajib dan menjauhkan perkara yang haram dengan tidak menambahkan amalan-amalan yang sunat dan tiada kurang dengannya.
  • 3. Saabiqul Bilkhoiraat iaitu mereka yang berlumba kepada kebajikan iaitu mereka sentiasa Taqarub(mendekatkan diri) kepada Allah dengan mengerjakan segala yang wajib dan segala yang sunat serta meninggalkan perkara yang haram dan yang makruh seperti firman Allah dalam Surah Al-Fatir;32 yang bermaksud;
    • "Kemudian Kami pusakakan kitab itu untuk orang-orang yang Kami pilih di antara hamba-hamba Kami. Di antara mereka ada yang aniaya kepada dirinya(tidak mengikut isi kitab/Dholim Linafsih ) dan di antaranya ada yang sederhana(menurut sekadar tenaganya/Muktasid) dan di antaranya ada yang maju(Saabiqul Bilkhoiraat) memperbuat kebajikan dengan izin Allah. Itulah kurnia yang besar".
Adapun keadaan Iman itu setengah ulama telah membahagikan kepada lima bahagian iaitu;
1. Iman Taklid iaitu iman yang mengambil daripada perkataan orang dengan tiada boleh mengeluarkan dalil. Iman ini ada pada kebanykan orang awam.
2. Iman Ilmu Yakin iaitu iman yang jadi daripada makrifat pada segala 'Aqaid dengan segala dalil. Iman ini adalah bagi orang-orang yang mempunyai dalil dan burhan.
3. Iman 'Ainul Yakin iaitu iman yang jadi daripada makrifat hati bagi Allah Taala dengan sekira-kira tiada ghaib daripada hatinya dengan sekejap mata jua pun. Iman ini bagi Ahli Muroqabah dinamakannya Makam Muroqabah.
4. Iman Haqqul Yakin iaitu iman yang jadi daripada musyahadahkan Allah Taala dengan Ainul Basyirah(mata hati). Iman ini bagi orang Arif yang dinamakan Maqam Musyahadah.
5. Iman Kamalul Yakin atau iman daripada hakikat iaiutu iman yang jadi daripada keadaan tiada memandang ia melainkan Allah Subhanahuwataala. Iman ini bagi orang yang Tahqiq yang dinamakan Makam Fana. {Petikan daripada Kitab 'Aqiidatun-Najin}
Adapun erti Tauhid itu mengesakan Zat Allah Taala dan mengesakan SifatNya dan mengesakan AsmaNya dan mengesakan AfaalNya.
Adapun erti makrifat itu mengenalkan yakni mengenalkan ZatNya yang Wajibal Wujud dan mengenalkan setengah daripda Sifat Kamalat Tuhan yang tiada terhingga banyaknya dan mengenalkan setengah daripada AfaalNya yang mengadakan Mumkin daripada tiada kepada ada dan daripada ada kepada tiada.
Maka mengenal ini difardukan atas tiap-tiap mukallaf yang 'Akil Baligh lelaki dan perempuan kerana setengah daripada permulaan yang wajib atas tiap-tiap mukallaf mengetahui dan belajar dan mengajar akan dia sebagaimana sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud;
    "Permulaan agama ialah mengenal Allah".
yakni mengenal setengah daripada SifatNYa yang wajib lagi sabit bagi Zat Tuhan kita; dan yang mustahil padanya dan harus padaNya seperti yang difatwakan oleh Imam Sanusi Rahimallahi Taala dengan katanya;
"Dan wajib atas tiap-tiap mukallaf pada syarak mengetahui barang yang wajib pada hak Tuhan kita dan barang yang mustahil padaNya dan barang yang harus padaNya dan demukian juga pada hak segala Rasul 'Alaihi Sholaatu Wassalam."
Maka dengan mengenal yang demikian itu barulah sah ibadatnya. Ini diambil faham daripada sabda Rasulullah yang bermaksud;
    "Tiada sah ibadat melainkan kenal tuhan yang diibadat akan Dia."
Tetapi bukanlah disuruh kenal itu Kunhi(Ain) Zat Allah Taala kerana Kunhi Zat Allah Taala tiada dapat oleh pendapat segala makhluk melainkan Nabi kita Muhammad SAW. ketika ia mikraj jua seperti Firman Allah yang bermaksud
"Tiada mendapat akan Dia (Allah) oleh segala penglihatan dan Ia jua yang mendapat akan penglihatan" dan lagi sabda Nabi SAW yang bermaksud :
"Bahawasanya Allah Taala terdinding Ia daripada penglihatan dan bahawasanya segala malaikat yang di atas menuntut akan Dia sebagaimana kamu tuntut akan dia itu"
Dan makna terdinding Alaah Taala daripada penglihatan samada penglihatan yang zhohir iaitu tiada dapat dipandang atau dilihat akan Kunhi zat Allah Taala di dalam dunia ini maka tiap-tipa perkara yang didapati dengan pancaindera di dalam dunia ini adalah sekeliannya itu makluk bukan Tuhan.
Atau dengan fikiran iaitu tiada dapat memikir akan hakikat Kunhi zat dan kerana Tuhan itu :
    "Tiada seumpama Allah Taala itu suatu dan Ia jua Tuhan yang amat mendengar lagi amat melihat".
Dan Sabda Nabi SAW yang bermaksud :"Mahasuci engkau (hai Tuhanku) tiada aku kenal akan dikau sebenar-benar pengenalan"
Dan kata Saiyyidina Abu Bakar Al-Sidiq RA. "Lemah daripada pendapat itulah pendapat". dan kata Sayyidina Ali RA. "Tiap-tiap barang yang terlintas pada cita-citamu dan yang berupa pada hatimu maka Allah Taala bersalahan akan yang demikian itu".
Dan kata Sayyidina Jaafar Al-Shodiq RA."Barang(sesuatu) yang terlintas di hati engkau maka iaitu binasa. Bermula Allah Taala menyalahi yang demikian itu"
Dan kata segala 'Arifin "Demikianlah Ijmak(sepakat) Ahli Sunnah Wal Jammah...tiap-tiap barang yang tersangka dengan segala sangka kamu dan dapat akan dia dengan akal kamu maka adalah ia baru seumpama kamu".
Kerana yang demikian itulah Rasulullah bersabda dengan maksudnya;
    Fikir oleh kamu pada segala kejadian dan jangan kamu fikir pada Yang Menjadi kerana bahawasanya tiada dapat meliputi fikiran kamu."
iaitu hendaklah fikir kepada segala kejadian Allah seperti langit bumi dan barang antara keduannya yang menunjukkan akan keesaan Allah dan kekuasaan.
Bahawasanya Allah Taala bersifat Ia dengan segala Sifat Kamalat yang tiada terhingga baiknya melainkan Ia jua Yang Tahu. Tiada wajib atas tiap-tiap mukallaf mengetahui akan dia dengan jalan tafsil(perincian) melainkan dua puluh sifat jua seperti kata Imam Sanusi Rahimallahi Taala " Setengah daripada barang yang wajib mengetahui oleh tiap-tiap mukallaf bagi Tuhan kita 20 sifat.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin