Sunday, August 14, 2011

Bulan Mulia

Bulan ramadhan bulan yang paling mulia diantara semua bulan.Datangnya hanya setahun sekali walupun perjalananya sebulan. Dimana bulan ini terdapat satu malam yang mana bersamaan dengan seribu malam. Dibulan ini juga amalan-amalan dilipat gandakan. Bulan ini dimana semua syaitan-syaitan telah diikat hanya ditinggalkan nafsu buat penggangu ibadat. Dibulan ini juga dimana semua umat islam diajar untuk menahan lapar dan dahaga dimana perbuatan ini menjadi harian kepada yang fakir miskin. Dibulan ini juga terdapat satu perasaan yang sungguh berbeza dengan bulan lain. Ketenangan boleh dikatakan dapat menembusi lubuk hati. Dibulan ini juga rahmat Illahi mencurah-curah diturunkan kepada umat Rasulullah s.a.w. Sungguh hebat bulan ini. Melalui penaipan tak mungkin aku dapat gambarkan bertapa hebatnya bulan ini. Sesungguhnya di bulan ini juga Rasullulah s.a.w naik ke langit untuk bertemu Illahi. Dimana bilangan sembahyang ditentukan. Sungguh hebat kan bulan ini. Dulu mungkin ku tidak mengerti mengapa ahli-ahli ibadat sangat menyukai bulan ini. Dulu bagiku bulan ini adalah bulan yang dipenghujungnya adalah hari raya. Dimana aku aku dapat mengutip duit dari rumah ke rumah dengan berpakaian baju melayu baru serta bersongkok.  Aku hanya mengetahui di bulan ini aku dapat makan makanan yang enak diwaktu magribnya dan disetiap petangnya aku dijadikan teman oleh arwah abahku ke bazar untuk membeli juadah berbuka. Dibulan ini juga bagiku dulu hanyalah dimana malam-malamnya aku dapat keluar dari rumah untuk bermain mercun ataupun bunga api. Adakah pemikiranku telah matang ataupun cuma pandanganku saja yang sedikit berbeza. Mungkin aku hanya tahu setakat syariatnya, Jujurku akui aku tidak sesekali mengetahui hakikatnya. Ibadatku tidak diperbanyakkan sepertimana dilakukan oleh ahli-ahli ibadat lain. Ulama-ulama sering memberi nasihat bahawa mungkin ini adalah bulan ramadhan yang terakhir buat anda. jadi perbanyakkan ibadat. Tetapi nasihat itu bagaikan lalu tanpa henti di lubuk telingaku. Aku mengharapkan dari Illahi supaya memberi rakmat kepadaku untuk ku kuatkan ibadat. Supaya diberikan Illahi kekuatan yang sama seperti orang solehin. Agar aku dapat sama-sama menghayati bulan ini. Dimana aku dapat melawan nafsuku seperti mana para solehin menahan nafsu. Penaipanku disini hanyalah untuk muhasabah diriku sendiri. Tidak pernah timbul dibenak pemikiranku sebarang unsur negatif yang mungkin melibatkan perasaan hati makluk seumpama aku. Siapalah diriku untuk membicarakan soal ramadhan. Penulisanku hanyalah sebagai membalas desakan hati dan tidak ada kena mengena dengan yang lain.


Ahlan wa sahlan, marhaban
Ahlan wa sahlan, ya Ramadhan
Ahlan wa sahlan, marhaban
Ahlan wa sahlan, ya Ramadhan
Ramadhan menjelma lagi
Menghimpun Rahmat dan Maghfirah
Bertambah keberkatannya
Dengan amal ibadah
Diri tunduk keinsafan
Dan rasa berdosa
Bulan kemuliaan yang dikurniakan ini
Usah biarkan berkatnya
Berlalu sia-sia saja
Ia hadir bagai air bah
Membasuhi daki dunia
Sambutlah Ramadhan dengan jiwa terbuka
Seperti ketibaan orang yang kita cinta
Dengan ucapan
Ahlan Wa Sahlan Marhaban Ya Ramadhan
Hati gembira pintu terbuka
Rahmat Allah Yang maha Besar
Ditaburi mutiara hikmah Al-Quran
Lantas dibelenggu nafsu dan syaitan
Didatangkan pula Lailatul Qadar
Pengorbanan yang dibuat balasannya syurga

Thursday, July 21, 2011

Aman

Kampung nama yang begitu mekar dalam ingatanku. Peluang untukku balik ke kampung pada minggu lepas amat meninggalkan kesan yang amat mendalam. Walaupun baru beberapa bulan aku tidak balik ke kampung. Tetapi kerinduan keatas kampung kesayanganku amat meninggalkan kesan yang sungguh berbeda. Melihat permandangan sawah padi yang sedang menghijau disepanjang perjalanan ku sungguh menghiburkan penglihatanku. Di saat ini aku berasa sangat bersyukur dengan nikmat penglihatan yang diberi Allah S.W.T. Segala beban masalah yang aku tanggung saat berada di bandar bagaikan lenyap dalam benak fikiranku. Di saat menikmati keindahan sawah padi ini aku bagaikan disapa kenangan-kenangan di saat kecilku dulu. Di saat aku sedang membesar dimana sawah padi menjadi tempat untukku membesar. Boleh dikatakan waktu-waktu petangku dihabiskan disini. Kelompok rakan-rakanku juga mempunyai minat yang sama dimana minat mereka menghabiskan masa bersama-samaku dimana menjadikan kawsasan sawah padi sebagai tempat menghabiskan masa sementara menunggu senja tiba. Ada kalanya aku mandi-manda di tali air dan adakalanya aku menghiburkan diri dengan menahan pukat. Adakalanya pukat dimasuki ular sawa dan kadang kala aku pulang membawa hasil. Memancing ikan lampam,haruan,keli juga menjadi salah satu aktiviti petangku di sawah padi. Ya Allah hebat betul kenanganku ketika itu. Walaupun ilmuan-ilmuan banyak menasihati bahawa usah dikenang benda yang lalu kerana akan binasa. Tetapi susah bagiku untuk melupuskan kenanganku disaat ini. Betul kata-kata Imam Al Ghazali bahawa benda yang semakin jauh dari kita adalah masa lalu. Mustahil bagiku untuk berpatah balik ke zaman itu. Yang boleh dilakukan hanyalah ingatan-ingatan di saat itu yang selalu menghiburkanku disaat duka.
ingatan itu tibalah sudah...
kerana hati ingin kesana...
tetapi tidak dapatku jua ...
hanyalah mimpi bawaku kesana...

menghitung hari detiknya tiba...
kerana pasti jua menimpa..
biar hati dibalut luka...
kerana pasti tuahku tiba...

lebih suka memain bahasa...
kerana membawa pusaka ibunda...
suka hati diriku jua...
diharap jangan memaki disana...

Inginan


pertarungan sudahlah tiba...
dihadapan menunggu onak dan duga...
siap siaga dipasanglah sudah...
adakah masih bisa menadah...

serangan bukan hanyalah duga...
jaraknya bukan satu pertiga...
andai terkena pastilah berbisa...
dengan siap siaga aku menempa...

andai kalah biarlah sudah...
tidak sekali hatiku berubah...
andai terhalang niat didada...
akan ku cari untuk ditetak jua...

melalut bukan hanya dicuba...
hanya kerana hati terluka...
tetapi menanti hinanya tiba..
sebelum datang cahayanya disana...

hidupku bukan anganlah sudah...
tetapi dibawa doa berbelah..
bukan hanya inginkan maruah..
tetapi amanah insan dibawa...

andakata terjatuhlah juga...
tak akan hati melonjak hiba...
kerana usaha dahulunya tiba...
sebelum redha ku panjangkan jua..

andaikata umurku panjang...
akan jua aku berperang...
biar ibuku jadi perangsang...
untuk berjuang mencari jalan...

andai jalan ternampak sudah...
tak akan aku berpatah jua...
andai ternampak ranjau disana...
disini jua aku bersedia...

hidup bukan niatnya sahaja...
tetapi kerana hukumnya dibawa...
biar sesat jalannya mula...
asalkan terjumpa jalannya jua...

biar diri dihina jua...
biar hati ditusuk tuba...
biar hidup melarat hiba...
daripada mati menempah duka ...

andai punya banyak masa...
akan ku tunai janjiku jua..
dulu janjiku di alam arwah...
harap tertunai di alam dunia...

andai rohku masih meronta...
kerana hati ikutkan neraka...
andai ternampak nyalaan syurga..
pasti hati meronta suka...

hanya duka yangku rasa...
kerana diri jauhnya juga...
hati didalam sedihlah sudah...
kerna diriku hanyalah bersuka...

masih sedih merenung hiba...
masih buta ternampak dunia...
andai bisa dperlihat syurga...
diri sudah lupakan dunia...





Sunday, June 19, 2011

Ketenangan

"Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat, mereka bergembira dengannya (sehingga lupa daratan); dan jika mereka ditimpa sesuatu bencana disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka berputus asa. Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya), dan Ia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian sama ada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman." (Surah Ar-Rum: 36-37)

Terjemahan dari Surah Ar-Rum ayat 36-37 ini memang mengoncangkan jiwaku yang sedia kosong. Ini semua berlaku disebabkan kekurangan imanku ke atas Illahi. Hanya dengan ujian yang sangat sedikit bisa mengoyahkan jiwaku. Hanya dengan sedikit dugaan bisa merobos semua ketenanganku. Mana perginya ucapan agamaku. Mana perginya kekentalan diriku. Mana perginya sifar redhaku. Mana perginya sifat bersyukurku. Dengan sedikit ujian sahaja aku bisa menangis merintis nasib,aku bisa mengeluh seperti tidak pernah menerima sebarang nikmat. Apakah aku sudah lupa semua nikmat yang terdapat di tubuhku atau nikmat yang diberi di sekelilingku. Mana perginya ajaran islam dalam diriku. Mana perginya ucapan zikir memujimu. Dengan sekecil-kecil ujian pun aku sudah bisa patah hati. Dengan sekecil-kecil ujian ini juga sudah bisa membuatku putus asa. Pernah dulu aku bangga dengan selogan Iman diluar islam didalam. Apakah dengan kata-kata itu aku bisa berkata aku sudah beriman?. Sesungguhnya iman ku hanya kosong tanpa diisi sebarang isian. Aku hanya manusia yang memimjam perwatakan burung kakak tua. Aku hanya dapat mengajuk pelajaran yang diajar kepadaku tanpa sebarang kefahaman didalam diri. Ya Allah sudah lama aku mengetahui bahawa dunia ni adalah tempat yang fana dan akhirat jua yang kekal selamanya. Tapi mengapakah hatiku ini lebih risaukan kegagalan didunia dari kegagalan di akhirat. Adakah ini disebabkan imanku yang lebih nipis dari lapisan kulit bawang. Mungkin keluargaku dan juga kenalan-kenalanku dapat memberi sedikit hiburan kepadaku. Tetapi ketenangan abadi hanya dapat diperolehi dari Mu Ya Allah. 
Sekarang aku mulai sedar dan aku sangat-sangat berharap agak kesedaran aku ini berpanjangan hingga ke nafasku yang terakhir. Aku mulai sedar bahawa aku hanya mendapat ketenangan bila aku dekat dengannya.Aku juga mulai sedar bahawa wang ringgit tidak pernah memulihkan hatiku yang sedang sengsara. 
Sesungguhnya bila diperhatikan balik dari dimensi yang berbeza yakni dari dimensi akhirat. Ternampak sedikit perbedaan yang amat ketara. Sikap bersyukur kadang kala mulai timbul. Benar sungguh kata-kata pujangga dari seoranga ustaz yang aku kenal. Bila dirimu selalu diperhatikan Allah S.W.T kehidupan kamu di dunia seakan-akan penuh dengan cabaran, penuh dengan cobaan. Tapi percayalah kamu. Semua itu lebih baik dan bila kamu terimanya dengan rasa beryukur balasan kepada kamu ialah syurga diakhirat kelak. Tetapi bila dirimu tidak diperhatikan oleh Allah S.W.T, maka berhati-hatilah kamu kerana di akhirnya nanti nescaya binasa. Ini diibaratkan seperti perjalanan kamu ke sesuatu tempat dengan menaiki sebuah kereta. Apabila kamu melalui jalan kecik, kamu akan selalu terlihat bonggol-bonggol dan papan tanda menyuruh kamu memandu degan kadar perlahan. Tapi disebabkan itu peratus untuk kamu terlibat di dalam kemalangan amatlah tipis. Tetapi cuba bayangkan apabila kamu melalui jalanan yang lurus dimana kamu boleh memandu dengan kadar yang laju tanpa sebarang peringatan dari papan-papan tanda, dan cuba bayangkan bila kamu terlelap dalam masa tiga saat. Bayangkan apa akan terjadi selepas itu. Nescaya kamu akan terlibat dalam satu kemalangan ngeri. Hebatkan kepada sesiapa yang selalu sahaja menilai setiap aspek dari dimensi akhirat. Mereka itulah yang beroleh ketenangan yang abadi. Mereka itulah yang selalu saja bersyukur dengan segala nikmat Illahi. Sesungguhnya aku amatlah berharap diberikan rahmat seperti mereka. Mereka diberikan pemikiran sedemikian kerana rahmat dari Illahi yang datang dari didikan agama dimana setiap kuncinya ialah ilmu. Ilmu yang sebenar-sebenarnya dicari hanya untuk lebih dekat dengan Illahi yang bukan hanya dipelajari untuk mencari untung di dunia ataupun untuk mendapat sanjungan. Itulah sebetulnya ilmu yang dituntut dan patut dicari. Dimana dengan ilmu itu keimanan akan terus bertambah dan bukan bertambah dari aspek keegoan ataupun kesombongan.

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya.” (al-Baqarah: 155-157)

Friday, April 15, 2011

Ceramah Dalam T.V sebentar tadi

sebenarnya tidak perlu pun jari-jariku disusahkan dengan tujuan untuk menaip...apa lah sangat ilmu yang didapati tadi untuk dihebahkan...masakan semua orang tidak tahu...tetapi gerak hati ini seakan-akan tidak mampu untuk menahan ilmu yang didapati tadi hanya sekadar dilubuk hati...ia seakan-akan tidak mampu disimpan melainkan denganku menaipnya...hebat benar ilmu yang diberi Illahi kepada ustaz di dalam t.v sebentar tadi...betapa beliau faham dengan jelas tentang ilmu yang dibawanya tadi...malahan dengan ilmunya itu beliau berusaha sepenuhnya untuk sama-sama berkongsi ilmu dengan pendengar-pendengarnya...ilmu yang didapatiku tadi hanyalah sekelumit tapi amat mendalam bagiku...hebatkan dengan hanya petikan dari 'ajarakan anak-anak dirikan solat boleh mengelak dari segala segi masiat'...mudahkan susur atur ayat ni...tp pemahaman untuk ayat ini amatlah perlu....hebatkan dengan hanya perkataan 'dirikan' disini mempunyai maksud tersirat yang amat mendalam...bak kata ustaz maksud dirikan disini ialah kita mendirikan setiap perbuatan kita seakan-akan kita bersolat...dengan kata yang lebih jelas ialah kita meletakan sesuatu perbuatan kita supaya solat kita bukan sahaja sah malahan diterima Illahi...dimana ketika bersolat kita menutup aurat...jadi masa kita berada diluar keadaan kita juga menutup aurat...dimana ketika solat kita mementingkan masa yakni kita terus bersolat apabila azan berkumandang dimana apabila azan subuh berkumandag kita terus bersolat subuh...jadi apabila kita mengaplikasikan benda ni dalam kehidupan kita...kita tidak akan sesekali menangguhkan sesuatu perkara...hebatkan...malahan kita juga menitik beratkan kebersihan ketika bersolat supaya solat kita diterima...begitu juga kita kena lakukan walaupun diluar solat...kita kena menitik beratkan kebersihan...barulah kehidupan akan jadi lebih selamat..orang disekeliling pun suka berada dengan kita...banyak lagi sebenarnya yang dihuraikan ustaz sebentar tadi...tetapi cukup lah hanya disini penaipan ku...malu pula diri ini menghuraikan sesuatu yang  bukan dari bidangku....supaya Allah S.W.T sentiasa memberi rahmat dan pertunj dan kepada sekalian umat manusia...

Monday, April 11, 2011

Ilmu Yang Kena Belajar Dan Kena Tahu

Keterangan berikut adalah suntingan dari kitab 'Sirrul Asrar Fi Ma Yahtaju Ilayhil Abrar' oleh Ghawthul A'zham Shaikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani رضي الله عه

Maka berkata Shaikhuna; tentang

Nur Muhammad (iaitu hakikat Muhammad) - atau ringkasnya asal kejadian.

Semoga Allah Ta'ala memberikan kamu kejayaan di dalam amalan-amalan kamu yang disukaiNya dan Semoga kamu memperolehi keredaanNya. Fikirkan, tekankan kepada pemikiran kamu dan fahamkan apa yang aku katakan.

Allah Yang Maha Tinggi pada permulaannya menciptakan cahaya Muhammad daripada cahaya suci Keindahan-Nya. Dalam hadis Qudsi Dia berfirman;

“Aku ciptakan ruh Muhammad daripada cahaya Wajah-Ku”.

Ini dinyatakan juga oleh Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم dengan sabdanya:

“Mula-mula Allah ciptakan ruhku. Pada permulaannya diciptakanNya sebagai ruh suci”.
 
“Mula-mula Allah ciptakan qalam”.

Wednesday, April 6, 2011

Tatkala diri menjadi sedikit biul

Kelihatan disitu terletaknya katil di mana si anak boleh ditakrifkan sebagai seorang yang sakit...dikala demam sedemikian...yang paling merisaukan bukan dirinya si anak...tapi dirinya si emak kepada si anak...kelihatan wajah si emak agak berkedut meneran keperitan si anaknya...kelihatan matanya agak mengecil dan ditepinya kelihatan beberapa titik air mata jernih seperti airnya embun tatkala dipagi hari ataupun diwaktu selepas hujan...kesedihan si emak akibat daripada pandanganya ke wajah sunggul si anak...muka si anak direnungnya si emak...si emak percaya dengan pandangannya bahawa si anak memang sedang menanggung kesakitan dan bukannya permainan si anak untuk meraih simpati si emak......muka si emak berkerut kesedihan seperti mana si emak yang menanggung kesakitan...kelihatan tangan yang agak sedikit berurat dan menampakkan kekedutan di kulitnya membasahkan tuala dan kelihatan juga tuala tu diletak diatas kepala si anak..petua ni didapati daripada turun temurunnya ilmu....semua ini dilakukan atas keinginan si emak untuk melihat si anak sihat seperti sediakala...si anak hanya memerhati setiap perbuatan yang dilakukan si emak...hebat sungguh pengorbanan si emak bisikan jiwa yang ditakrifkan ikhlas oleh kata hati...
Tatkala itu...si anak mula berfikir adakah dia mampu untuk berbuat sedemikan seperti mana yang dilakukan oleh si emak...adakah dia mampu menjaga si emak tatkala si emak kurang sihat akibat lanjutan usia...ataupun sekurang-kurangnya dia mampu memaparkan sorot mata sedih dgn linangan air mata ditepinya....ataupun si anak hanya mampu merenung kesedihan ataupun merintih kepiluan bila mana tubuh si emak kelihatan kaku pucat tanya sebarang pergerakan akibat daripada penarikkan roh oleh si malaikat pengambil nyawa...adakah tatkala si anak mulai cergas si anak mudah saja melupakan setiap jasa si emak menjaganya ketika si anak berada dalam keadaan sakit walaupun hanya...dua tiga kali nafas si anak ditarik dan yang ketiganya sedikit mendalam...hati nurani si anak hanya mampu berdoa supaya setiap jasa si emak dapat dibalas si anak dengan pertolangan Illahi...hebat sungguh perngorbanan si emak takrif si anak sendiri...terkenang syarahan seorang ustaz bahawa tempat si emak berada di tangga ketiga selepas Allah dan Rasullullah...bertapa islam mengangkat kedudukan si emak itu sendiri...sedemikian oleh kerana pengorbanan si emak sendiri...masakan tidak...si emak mampu menanggung si anak selama sembilan bulan tatkala si anak masih lagi dikala janin...tatkala sembilan bulan ditakrifkan tiba si emak dengan rela hati melahirkan si anak...kesakitan si emak tatkala itu diringankan dengan tangisan si anak dan juga keikhlasan yang timbul dari hati nurani si emak...

Tuesday, March 22, 2011

Makna Setiap Bacaan Dalam Solat

Allahu Akbar
Allah Maha Besar

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Monday, March 21, 2011

Baca dan renung-renungkan


Pertama saya ingin nyatakan kepada Tun Mahathir bahawa asas Islam tidak sama dengan nasionalisme. Di dalam ajaran nasionalisme, tidak pernah dinyatakan apakah tujuan hidup ini. Tidak pernah saya terdengar sepatah kata dari pimpinan UMNO yang menghuraikan berkenaan tujuan hidup seorang manusia di muka bumi.

Jikapun ada, hanya sebaris dua dari menteri yang dimanahkan menjaga hal ehwal agama. Adapun pemimpin utama UMNO, tujuan hidup ini seolah-olah tidak menjadi agenda penting sehingga tidak pernah sedikitpun terkeluar isu ini dari bibir mereka.

Islam meletakkan bahawa tujuan hidup untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Justeru, manusia dihidupkan untuk diuji oleh Allah SWT siapakah di kalangan mereka yang terbaik amalannya.
Firman Allah SWT yang bermaksud : Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amal dan aktivitinya ; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) (Surah al-Mulk, ayat 2)

Monday, March 7, 2011

Gambaran ALAM MAHSYAR

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain.. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa". Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hi
dup, tidak mati.

Friday, March 4, 2011

Ali bin Abi Talib berkata

Sesungguhnya amal yang paling susah untuk mengerjakannya ada empat perkara iaitu:

  • Memberi kemaafan ketika marah
  • Bersifat dermawan ketika susah
  • Enggan melanjutkan perkara yang haram ketika bersendirian
  • Mengemukakan kebenaran kepada orang yang ditakuti

Syair Abu Nawas

Dosa -dosaku,
Jika aku fikirkan memang terlalu banyak,
Akan tetapi rahmat Tuhanku lebih besar dari
dosa-dosa yang aku lakukan,
Aku tidak tamak dengan kebaikan yang telah
aku kerjakan,
Tetapi aku tamak dengan rahmat Allah,
Dia adalah Allah tuhanku,
Yang telah menciptakanku,
Sedangkan aku adalah hamba-Nya,
Aku mengetahui dan tunduk kepada-Nya,
Bila dosa-dosaku diampuni,
Maka itu adalah rahmat,
Namun apabila tidak,
Aku tidak dapat berbuat apa-apa.

Wednesday, February 16, 2011

Tujuh Perkara yang Harus Dipilih Oleh Orang yang Berakal

Ibn Abbas r.a berkata:

"Orang yang berakal harus memilih tujuh perkara dari yang tujuh iaitu,
  • memilih fakir daripada kaya,
  • memilih hina daripada mulia,
  • memilih tawadhu' daripada sombong,
  • memilih lapar daripada kenyang,
  • memilih susah daripada senang,
  • memilih kerendahan daripada ketinggian
  • dan memilih mati daripada hidup"
Yang berkenaan dengan memilih kehinaan daripada kemuliaan, Rasulullah SAW. bersabda:

" Orang Mukmin yang bergaul dengan manusia lain dan dia sabar atas kejahatan mereka, adalah lebih baik daripada orang mukmin yang tidak bergaul dan tidak sabar atas kejahatan mereka".
(HR. Imam Ahmad & Bukhari)

Yang berkenaan yang memilih tawadhu' daripada sombong, Rasulullah SAW. bersabda:

" Seorang lelaki yang membesarkan diri dan sombong jalannya,maka dia akan bertemu Allah sedangkan Allah murka kepadanya."
(HR. Ahmad, Bukhari dan Hakim).

Memilih lapar daripada kenyang,Rasulullah SAW. bersabda:

" Apabila seseorang sedikit makan, maka Allah akan memenuhi perutnya dengan cahaya."

(HR. Dailami)

Sabdanya lagi

"Termasuklah sifat berlebih-lebihan ,jika kamu makan semua yang kamu inginkan."
(HR. Ibn Majah).

Memilih merendahkan diri daripada ketinggian. Dalam hal ini Rasulullah SAW. bersabda:
" Sesungguhnya sifat tawadhu' (merendahkan diri) adalah termasuk sikap yang mulia dalam majlis."
(HR. Tabrani).

Pada hadis yang lain pula Rasulullah SAW. bersabda:

" Barangsiapa yang menyombongkan dirinya di dunia, maka Allah akan merendahkannya pada hari kiamat, barangsiapa yang bersifat tawadhu' kerana Allah di dunia, maka Allah akan mengutuskan malaikat kepadanya pada hari kiamat kemudian menyerunya di antara orang ramai sambil berkata:"Wahai hamba yang soleh, Allah berfirman: "Kemarilah bersama-Ku, Kemarilah bersama-Ku! Sesungguhnya kamu adalah orang yang tidak merasa takut dan sedih."
(HR. Ibn Asaki)





Yang Satu Ada Dalam Dadaku

Hamka pernah bersyair:

"Di manakah engkau wahai kekasihku,
apakah di asap menjulang langit,
di bawah mega yang turun,
di angin sepoi-sepoi!

Di mana Engkau wahai kekasihku,
di tangis anak di bendungan ibu,
apakah di kembang yang mulia mekar,
apakah pada senyumnya anak ketika ayahnya
pulang dari pekerjaan!

Allah!Di manakah Engkau wahai kekasihku,
apakah di waktu lampu kehabisan minyak,
pada nafas yang akan keluar dari badan.
Mana dia tadinya yang bergerak,
mana tadinya yang masih bercakap,
mana dia!

Di mana Engkau wahai Tuhanku!
Apakah di batu nisan yang sepasang,
apakah di kubur dengan puding pancawarna,
di pohon kemboja yang telah tumbuh,
di tanah merah penggalian!

Di mana Engkau wahai Kekasihku!
Engkau ada dalam dadaku,
Allahu Akbar!"

Syair Munajat kepada ALLAH S.W.T

Ali bin Abi Talib berkata,bahawa munajat dalam sya'ir Wafir dikatakan:

Wahai Tuhan yang aku harapkan,
sesungguhnya Engkau telah mendengar permohonan
seorang hamba yang lemah serta sakit,
yang tenggelam dalam lautan kesusahan kerana sedih,
yang ditawan oleh dosa-dosa dan kesilapan.

Aku menyeru kepada-Mu setiap hari dengan penuh rasa
kerendahan hati
sambil mengagungkan nama-Mu
Dalam menyanjung dan berdoa kepda-Mu

Sesungguhnya bumi seluruhnya telah terasa sempit bagiku,
dan seluruh penduduknya
tidak mengetahui apakah ubat untukku.

Tolonglah aku,
Sesungguhnya aku memohon ampun kepada-Mu.
Wahai Zat Yang Maha Agung, wahat Zat yang aku harapkan.

Aku datang kepada-Mu sambil menangis,
Kasihanilah tangisanku ini,
rasa maluku kepada-Mu melebihi daripada kesalahanku.

Aku dalam kesusahan
hanya Engkaulah yang dapat membuka kesalahanku
Aku mempunyai penyakit,
Hanya engkaulah ubat dari penyakitku itu.

Aku tersedar oleh harapanku itu, maka aku katakan,
Wahai Tuhanku, harapanku, semoga Engkau mewujudkan
harapanku,
Balasan terhadapku
adalah penyeksaan yang akan Engkau timpakan kepadaku,
walaupun demikian aku tetap berlindung dengan anugerah
dan kebaikanMu,

Wahai Zat yang aku harapkan,
ampunilah aku, ya Tuhan-Ku,
kerana sesungguhnya aku sedang diuji dengan musibah.

Friday, February 11, 2011

lemah wanita dan juga lembut wanita...

Ujar lelaki, wanita itu lemah

Ujar wanita, mereka adalah lembut

Antara lemah Dan lembut… ..besar perbezaannya

Namun Ada yang tidak re la mengakuinya

Telah ditakdirkan … kerana lembut wanita

Tidak gemar perbalahan.. Kecuali jika terpaksa

Lalu wanita pun diam…

Diam seolah-olah menerima…

Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan

Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja

Di pejabat sebagai kerani… di rumah sebagai suri

Dari sebelum tercalit garis putih di subuh Hari

Hingga jarum jam tegak bertindih jari

Lelaki yang mengaku kuat .celik Mata sarapan sudah terhidang

Apabila pulang dari pejabat… di kerusi malas longlai terlentang

Isteri dikatakan lemah… bergelut di dapur memasak

Suami yang mengaku gagah… bersantai di hadapan TV tidak bergerak

Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak

Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak

Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak

Berehat,menonton TV sambil tergelak

Dalam diam wanita dianggap lemah… terus berlumba dengan masa

Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju

Kakitangan semua digerakkan dengan laju

Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu

Sebelum solat Magrib untuk sujud… Menyembah yang Satu

Makanan dihidang selepas solat

Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji

Sedang suami tersadar semula seperti tadi

Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji

Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan

Lelaki terpelajar celik hati… Ingin menghapuskan diskriminasi

Lantang membela nasib wanita… .

Memberi kesedaran supaya segera bangkit

Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi

Hukum agama telah terpapar

Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak

Membasuh pakaian,menyediakan makanan

Jika suami tidak terdaya melakukannya

Seorang pembantu wajar disediakan

Lelaki yang hanyut dalam keasyikan

Tidak mampu menerima perubahan

Rela bertahan bagaimana jua

Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati

Dalam diam

Wanita yang sering dianggap lemah

Meneruskan hidup dalam segala kekuatan

‘KeKaYaaN YaNg PaLiNg KaYa iaLaH AKAL,

KeMiSkiNaN YaNg PaLiNg BeSaR iaLaH JAHIL,

KeBuRuKaN YaNg PaLiNg HoDoH iaLaH SESAT’

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,

Jika diri tak seindah SULAIMAN,

Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,

Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,

Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,

Jika tak sekuat SARAH,

Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,

Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,

Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT,

Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI..

maka renungkanlah semua..

Sunday, January 23, 2011

Renungan Bersama


Roh kita asalnya asalnya 'dekat' dengan Allah S.W.T,
Apabila dijauhkan dari asalnya,
Dia akan terseksa,
Kesunyian,
Dan menderita seperti jiwa perantau yang
tercampak di bumi asing,
Sering gelisah dan mahu mengecap asal usul yang
telah ditinggalkan,
Jika rintihan hati kita diabaikan,
Akhirnya ia akan mati lantaran sakit rindu
kepada asalnya,
Bawalah kembali diri kita semua ke asal usul kita,
Bahawa kita dekat dengan Allah S.W.T,
Jangan seksa jiwa dan hatimu,
Dia merintih mahu pulang dari perantauan di
dunua yang melekakan ini,
Bawalah hati kita kembali ke asalnya,
Asalnya yang sentiasa dekat dengan Allah S.W.T...




Aku berlindung dengan Wajah Allah S.W.T yang Maha Mulia

Dan dengan Kalimah Allah Yang Maha Sempurna yang tidak terjangkau oleh kebaikan dan keburukan

Dari kejahatan yang turun dari langit serta kejahatan yang menuju ke langit

Dan dari kejahatan yang melata di bumi serta kejahatan yang keluar dari bumi

Dan dari fitnah malam dan siang serta rancangan-rancangan jahat malam dan siang

Melaikan rancangan yang diatur untuk kebaikan Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah...







LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin