Saturday, April 25, 2009

ghost hunting at highland tower


nak cari hantu sgt....hehe


assalamualaikum dan slamat sejahtera...kali ni ak nak crita lak pengalaman kami ghost hunting kat highland tower....highland tower spt yg kita tau adalah spot terbaik utk ghost hunting ni...sejarah highland tower ni mmg menakutkan la...dgn jumlah orang mati yg ramai..

KUALA LUMPUR, Rabu - Penduduk di kawasan berhampiran tapak apartmen Highland Towers, Hulu Klang, yang runtuh kira-kira tujuh tahun lalu, bimbang kejadian semacam itu berulang apabila kawasan bukit berdekatan terus digondol dan dimajukan dengan projek perumahan. Sekurang-kurangnya tiga projek perumahan mewah dan kos sederhana sedang dilaksanakan kira-kira dua kilometer dari Zoo Negara dan hanya 100 meter dari kondominium lima tingkat Desa Ku I dan II.

HULU KLANG: Tragedi kondominium Highland Towers runtuh pada 1993 mungkin hampir luput daripada ingatan masyarakat negara ini, namun dua bangunan kediaman itu masih tegak sebagai memorial hitam, hingga kini. Dua kondominium 12 tingkat dengan 100 unit kediaman di Hill View, Hulu Klang itu, terbiar usang dan sepi, menyimpan ingatan tragedi berdarah yang mengorbankan 48 penghuni Blok 1 pada 11 Disember 1993.

http://www.hba.org.my/archive/focus/HT/2001-2003.htm

so...aku dgn mmber ak pun dah berpakat nak hunting kat highland tower ni...sbnrnya tujuan kami adalah utk mencari kepastian...sbb asyik dgr orang crita pasal highland tower ni ja...ada yang kata highland tower ni ada penunggu la...ada hantu langsuir la...kiranya kat highland tower ni bnyk hantu la...aku pun sblm p highland tower ni...ak ada gak sembang dgn pak cik aku pasal highland tower ni...pak cik aku ada crita pasal group mmber dia yang pernah hunting kat highland tower ni...mmg keputusan dia agak memberansangkan gak la...group2 ni bukan group calang2 la...separuh dari group ni adalah anak murid harun din...so...ilmu pasal jin ni mmg xleh nak cakap la...group ni agak kecewa pada mulanya...sbb masa explore dlm highland tower ni mmg xda jumpa apa2 yg mengerikan mahupun menakutkan...group ni mmg bertekat gak nak tgk benda ni so mereka pun buat keputusan dgn stay satu tempat dan tnggu sampai azan subuh...tp subhanallah, mungkin allah nak tunjuk...waktu sblm msk azan subuh mmg waktu yg plg menakutkan...apa yang mereka crita kat aku...waktu ni la mereka dengar ada kanak2 menangis...ada orang berlari-lari...orang menjerit..ada orang minta tlg...so bila dgr ja pasal group ni...aku pun jadi berminat nak hunting kat highland tower ni...tp mengikut jadual ghost hunting group aku...higland tower adalah tmpat yg plg last kami nak hunting...sbb kami plan nak p hospital lama cheras dlu...jom hayati penulisan aku kat bawah ni

hari jumaat lah hari keramat bg aku dan mmber2 aku mengadakan ghost hunting yg ke2...selepas ghost hunting kami yang pertama iaitu di rumah hantu shah alam seksyen 12...pengalaman kami kat sana menyebabkan kami mengambil kepetusan untuk mengadakan ghost hunting yang ke2....pada mulanya tempat untuk ghost hunting kami yang ke2 ialah di hospital lama cheras...tp disebabkan mmber aku sepang mendapat panggilan telefon dari seorang lagi mmber aku yang mengatakan dia sudi ikut untuk sama2 hunting di highland tower...pada mulanya kami(yakni group ghost hunting) xtau hendak pergi ke highland tower...sbb kebanykkan kami datang dari luar kuala lumpur...so kami hanya mengharapkan bob utk memandu arah kami...keputusan untuk ghost hunting diputuskan semasa tamat latihan futsal kami iaitu sewaktu kami makan dia bulatan sunway...kami mengambil keputusan untuk hunting pada pukul 2.30...kerana bg kami waktu2 mcm ni adalah waktu terbaik untuk ghost hunting....tp malam itu kami berasa sedikit hampa...ini kerana bob yakni orang yang kami harap untuk tunjuk jalan mengambil keputusan untuk tidak ikut sama dlm expedisi kami...bagi aku bob ini hanya orang yang pandai bercakap besar ja...macam2 alasan yang diberi...tp ini bukan kali pertama kami di permain dgn kata2 dusta dia....tp kami masih lagi tidak putus harapan...mungkin disebabkan semangat ingin tahu kami pasal highland tower menyebabkan kami x cancel ghost hunting mlm 2...dan alhamdulillah sorang mmber aku syamir agak tahu tntang jalan ke situ....

pada malam itu kami seramai 11 orang yakni popo(aku),amir,sepang,acapX,acap kali,azam,apis,farok,pak chan,lan dan syamir dah mengambil keputusan untuk ghost hunting pada pkl 2.30...kami berkumpul di rumah acapX sebelum bertolak ke highland tower....pada waktu ni...kejadian yang pernah berlaku di shah alam ss 12 berulang...mmber aku azam telah menegur seekor kucing warna hitam berekor panjang....tp waktu ni kami x berasa tkt sangat sbb journey kami belum lg bermula....

perjalanan ke highland tower mngambil masa selama 45 minit mcm tu...perjalanan yang agak jauh dgn keadaan driver yang mengantuk(penumpang mcm aku kalau bleh nak jer tido) menyebabkan kami semua hilang mengantuk...selepas sesat beberapa kali...akhirnya kami sampai juga di highland tower....sbrnya sblm sampai kami dihiasi dgn pemandangan rumah2 banglo...pkl 3.30 kami sampai di lokasi...highland tower yang dulu nya kondomium mewah hanya menjadi sebuah kondominium yang nampak bergitu usang dgn dikelilingi lalang...kami terpaksa berjalan ke highland tower kerana jalan kereta ke highland tower telah pun di sekat...kami disambut dgn bunyi salakkan anjing yang seakan-akan nampak hantu...mungkin expedisi kami x disukai pada malam itu...tp kami x mungkin berpatah balik kerana x berbaloi dgn perjalanan yang terpaksa kami hadapi...seperti biasa hunting kami dimulakan dgn bacaan doa...kerana km x mahu ada masa hunting nnt kami terbawa balik atau salah sorang dr mmber2 kami yg msk hantu...ssh gak beb nak buang hantu...memandangkan xda sapa antara kami yang pandai membuang hantu....so,kami memilih Lan(bekas pelajar sekolah agama yang masyur) untuk mengetuai bacaan doa....lan ni adalah mmber kepada mmber aku dan skrang telah menjadi kawan aku...kriteria2 yg kami guna untuk mengetuai bacaan doa adalah seseorang itu haruslah tidak meninggalkan solat 5 waktu...sbb slalu sgt kami kantoi solat subuh...so kebanyakkan kami slalu buat solat 4 waktu je...yang lg satu tu slalu nya diqhada...

perjalanan kami pun dimulakan selepas tamat saja bacaan doa...seperti biasa...pada waktu permualaan journey ni la yg aku slalu nampak mmber2 aku berpegangan tangan...ish2....ada gak yg sampai berkepit-kepit macam pasangan suami isteri...tp ak x kisah sgt sbb kami ni smua laki dan waktu tu pun aku tgh takut...aku agak pendiam pada malam itu sbb keletihan dan perasaan berat nak ikut...so waktu ni tgh moody la...seperti biasa....selepas agak lama kami berjalan....perasaan takut kami tiba2 jer hilang...mmber2 aku yg pada mulanya ketakutan jd semakin berani...highland tower yang sunyi tiba2 ja jd bising...bising sbb mmber2 aku bercakap...berebut nak tangkap gambar...kami pada malam itu hanya sempat naik sampai ke tingkat 4 ja...sbb kami malas nak panjat tangga tnggi2...nnt nak turun letih lak...(sbnrnya takut)...dalam rumah highland tower itu ada lah sikit sebanyak hasil peninggalan mangsa...kami ada terjumpa gambar ramli sarip masa muda..waktu tu ramli sarip agak hensem...muka dia persis muka aku...haha...kami sempat naik 2 block ja...sbb lagi satu block dah roboh...cuma pengalaman yg agak ngeri masa kami berjalan nak pergi ke block ke 2...perhh...jalan tu dipenuhi pokok pisang....pokok pisang ni mmg semua orang tau tempat jin melepak...takut gak aku waktu ni...ntah tiba2 terjengol pocong...perhh mmg smua lari la...aku waktu tu seboleh-boleh xmau pegang pokok pisang tu...aku sanggup jatuh dari pegang pokok pisang sbb takut ada badi...tp yang pelik nya...pokok pisang banyak tp buah pisang xda...aku rasa mat pet dlm higland tower ni yg kebas...sbb dalam highland tower ni mmg terkenal dgn tempat pot terbaik utk mat pet...mcmanalah penagih2 ni bleh lepak kat tempat yang angker mcm ni...huhu...penagih2 ni pun sempat gak kacau kami masa kami tengah higland tower ni...sial btl...kami nak tegur takut sbb takut yg ditegur tu hantu...so...pendekatan paling baik adalah kami buat xtau ja...

selepas penat explore highland tower ni...kami pun ambik keputusan untuk pulang...time nak balik ni mmg agak lawak la...sbb waktu ni kami smua lari lintang pukang disebabkan salakan anjing yang kuat...so...tamat la ghost hunting kami yang ke 2...mungkin lepas ni kami x akan hunting lg...sbb terdapat banyk rungutan dari mmber2 aku yang x pergi...mungkin ramai pihak yang anggap kami ghost hunting ni sbnr nya untuk tunjuk berani...tp ikhlas dari dalam hati aku..kami hunting ni untuk menambah lagi keberaniaan kami...sebab kita ni slalu sangat di perbodoh dgn crita2 hantu dalam movie...ini menyebabkan minda kita tertutup...kita asyik fikir hantu ni sangat bahaya dan boleh menyebabkan kita kematian...tp sedar lah kawan2...hanyak allah swt yang boleh menentukan ajal kita...last aku nak cakap...kami hunting adalah untuk mencari kepastian dan untuk kepuasan kami...sbb kami xdapat ikut aktiviti yang memerlukan kos yang tinggi seperti main paint ball ataupun berkuda...anggap lah kami ni poyo,angkuh ataupun bodoh...tp yang penting kami x kacau hidup sapa2...dan kami xpernah kisah dgn semua tu..wasalam

gambar untuk dikongsi


Monday, April 20, 2009

Sejarah Palestin

kali ni ak nak paste ja info pasal palestin...info ni ak ambik dari blog mmber aku(http://leokid.wordpress.com)...mohd syamirullah aka kid ...jom sama2 kita hayati penulisan mmber ak ni...

Tanah Rahmat

Bagi kedua-dua pihak Islam dan Yahudi, tanah yang didiami oleh Palestin dan Israel sekarang merupakan tanah yang istimewa, yang telah ditentukan oleh Allah sejak ribuan tahun lampau.

Bagi umat Islam, di tanah inilah terbinanya Masjidil Aqsa, iaitu masjid ketiga paling mulia di dunia ini, setelah Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Bagi penganut Yahudi pula, tanah tersebut merupakan “Tanah Yang Dijanjikan Tuhan” kepada mereka. Di situlah nenek moyang mereka berasal (Bani Israel), dan di situlah kampung halaman mereka. Mereka percaya, di tanah itulah terletaknya Bukit Zion, dan situlah tertanamnya Temple of Solomon, iaitu kuil suci mereka.

Atas kedua-dua sebab inilah, tanah tersebut menjadi rebutan antara Muslim dan Yahudi sejak dari dahulu, hinggalah membawa kepada pertumpahan darah sekarang.

Bagaimana dengan Kristian pula? Kristian juga, menganggap tanah tersebut sebagai tanah suci. Di Temple of Nazareth, yang terletak di tanah tersebut, merupakan tempat kelahiran Nabi Isa. Di tanah itulah Nabi Isa menyampaikan ajarannya, dan di tanah itu jugalah Nabi Isa disalib.

Sejarah Awal

Sebenarnya sejarah bani Israel wujud sedari zaman Nabi Ibrahim lagi. Namun, kita susuri sedari kependudukan Bani Israel itu di Mesir, sepertimana yang diutuskan Nabi Musa a.s kepada mereka. Kita tahu melalui alQuran, bahawa Firaun dan tenteranya mengejar Nabi Musa dan kaumnya sehingga ke Laut Merah, di mana ketika itu Nabi Musa menggunakan mukjizatnya membelah dan menyeberangi lautan tersebut.

Setelah itulah Nabi Musa dan kaumnya Bani Israel mendiami tanah Palestin tersebut. Kita boleh baca sendiri dalam alQuran, betapa kaum ini semakin lama semakin “besar kepala”, meminta yang pelbagai dari Nabi Musa dan sebagainya. Kita juga boleh lihat kisah Talut dan Jalut yang berlaku setelah kewafatan Nabi Musa, sebagaimana yang diceritakan di dalam alQuran di surah alBaqarah.

Setelah Talut menawan kembali tanah palestin tersebut dari kekuasaan Jalut, tampuk pemerintahan Palestin disambung pula oleh Nabi Daud. Seterusnya disambung oleh Nabi Sulaiman, dengan bala tenteranya dan kegemilangan kerajaannya (termasuk haiwan, jin dan angin). Palestin dimiliki oleh Bani Israel, sehinggalah lebih kurang 60 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa. Pada tempoh ini, kerajaan Rom menekan kependudukan Bani Israel di tanah Palestin tersebut, sehinggalah akhirnya tanah Palestin dijarah oleh tentera Rom dan kaum Bani Israel diusir keluar lalu. Lalu tersebarlah kaum Bani Israel, atau dikenali sekarang sebagai Yahudi, ke serata dunia.

Sejak dari itu, tanah Palestin menjadi milik kerajaan Rom. Sehinggalah setelah kelahiran Nabi Isa, seterusnya kewujudan agama Kristian. Lebih kurang pada tahun 300 Masihi, kerajaan Rom di bawah pemerintahan Raja Constantine yang menjadikan Constantinople sebagai pusat pemerintahan, mengalami Kristianisasi. Sejak dari tempoh tersebut, kerajaan Rom menguasai Palestin.

Kedatangan Islam

Palestin kekal di bawah milik kerajaan Rom sehinggalah kelahiran Nabi kita Muhammad s.a.w. Setelah Rasulullah berjaya menubuhkan Empayar Islam, beliau wafat pada 632 Masihi. Seterusnya empayar Islam semakin berkembang, dan Palestin berjaya ditawan dari kerajaan Rom pada tahun 638 Masihi. Maka sedari itulah Palestin menjadi milik Islam, sebagai tanah suci yang ketiga selepas Makkah dan Madinah.

Sepanjang dari tempoh tersebut, kerajaan Rom yang telah menjalani Kristianisasi, mengalami pelbagai perubahan dari sudut struktur pemerintahan. Bangsa-bangsa asal Eropah seperti Vikings, Magyar dan sebagainya dikristiankan, dan pemerintahan dikuasai oleh golongan Church.

Sejak dari 1000 Masihi, tentera Kristian telah melakukan pelbagai usaha menawan kembali Palestin. Pada tahun 1063, Pope Alexander II memberikan “fatwa” mengerahkan penganut Kristian untuk berjuang mendapatkan kembali Palestin, dan barangsiapa yang berjuang diberikan status kemuliaan dan pengampunan tertinggi. Itulah yang dikenali sebagai Perang Salib (Crusades)

Akhirnya pada tahun 1099, tentera Salib berjaya menawan Palestin, dan menguasai tanah suci tersebut selama hampir 200 tahun.

Menawan Semula

Setelah Palestin ditawan, kerajaan Islam yang sedia ada konflik dalaman pada ketika itu, semakin hilang semangat. Keadaan berlanjutan sehinggalah lahirnya seorang pemimpin agung, yang dikenali sebagai Salahuddin Al Ayyubi. Salahuddin Al Ayyubi, menyatukan masyarakat Arab yang ketika itu berpecah belah akibat perbezaan mazhab dan aliran, seterusnya membawa tentera Islam menyerang kembali Palestin. Akhirnya, pada sekitar tahun 1187, ibunegara Palestin berjaya ditawan, dan pada tahun 1291 kubu terakhir tentera Salib di tanah suci tersebut berjaya dimusnahkan.

Sejak itulah tanah suci Palestin kekal di bawah pemerintahan Islam dengan aman damai. Malahan, penduduk asal Palestin iaitu Yahudi/Bani Israel dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka, walaupun masih ramai yang bermastautin di luar. Kerajaan Islam berkembang meluas, hinggalah masuk ke era pemerintahan Turki Uthmaniyyah.

Zaman Turki Uthmaniyyah mengalami kejatuhan sejak dari abad ke-19 lagi. Proses modenisasi semakin berlaku, dan kebergantungan terhadap kuasa barat semakin wujud. Krisis-krisis dan konflik dalaman melemahkan lagi kekuasaan empayar Turki Uthmaniyyah. Khalifah pada masa tersebut hanyalah pada namaEmpayar Islam semakin lemah, di bawah kekuasaan barat seperti Britain dan Perancis.

Perang Dunia Pertama

Akhirnya, pada tahun 1914, tercetusnya perang dunia pertama. Perang dunia pertama terdiri daripada 2 kuasa besar, iaitu Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Russia menentang Pakatan Pusat iaitu Jerman dan Austria/Hungary. Setelah perang berterusan, negara-negara lain seperti Amerika Syarikat dan Italy menyertai Pakatan Bertiga, manakala Kerajaan Turki Uthmaniyah pula menyertai Pakatan Pusat.

Berada di bawah Pakatan Pusat, kerajaan Turki Uthmaniyyah diserang hebat oleh Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Russia. Kerajaan Islam Timur diserang dan ditawan oleh Britain. Kerajaan Islam Barat yang menjangkaui sehingga ke Algeria, Sudan dan negara-negara utara Afrika, dikuasai oleh Perancis. Kerajaan Islam juga diserang dari utara, oleh Russia, menyaksikan Russia menawan kawasan utara kerajaan Islam.

Perlu diberi perhatian, pada ketika ini, masih belum wujud negara bangsa, kerajaan Islam adalah disatukan di bawah satu pemerintahan khalifah, manakala setiap kawasan pula ditadbir oleh gabenor masing-masing.

Perpecahan Negara Arab

Pada ketika tempoh inilah, kerajaan Turki Uthmaniyyah mengalami konflik yang semakin hebat. Britain melalui perisiknya yang dikenali sebagai Lawrence of Arabia, menyuburkan semangat nasionalisma di negara-negara Arab. Pejuang kebangsaan/nasionalisma Arab pula menyerang kerajaan Turki Uthmaniyyah. Pemerintah Arab ketika itu, Emir Faisal 1, berpaling tadah dan memihak kepada Britain. Sejak dari itulah kerajaan Arab menjadi tali barut Britain.

Pada tahun 1915, Britain mula menduduki kawasan Iraq. Akhirnya pada 1917, Britain menduduki semula kawasan Palestin. Tentera Britain, diketuai General Allenby, memasuki Palestin pada 9 Disember 1917 lalu memberi ucapan - “hari ini, perang salib sudah berakhir”.

Pada 1917, Britain mengisytiharkan Deklarasi Balfour, iaitu perjanjian antara kerajaan Britain dengan ketua persatuan Yahudi Britain ketika itu, yang mana antaranya menjanjikan tanah Palestin kepada Yahudi. Penempatan Yahudi di Palestin meningkat, dari 50,000 sebelum itu kepada mencecah setengah juta, manakalan penduduk Islam Palestin ketika itu hampir mencecah 1.4 juta.

Wakil dari Yahudi ketika deklarasi tersebut, merupakan seorang Yahudi bernama Chaim Weizzmann. Weizzman juga merupakan seorang saintis, malahan saintis pertama yang menghasilkan bahan kimia acetone, seterusnya acetone digunakan sebagai cordite, iaitu sejenis bahan letupan yang menyumbang besar kepada kejayaan Britain dalam perang tersebut. Weizzman mendesak setiausaha luar Britain ketika itu, Arthur Balfour, supaya diadakan Deklarasi tersebut. Kerana terhutang budi ke atas sumbangan Weizzman, kerajaan Britain bersetuju. Pada mulanya, Britain menawarkan tanah di Uganda kepada Weizmann, namun Weizmann menolak dan mahukan Palestin. Dikatakan, Weizmann bertanya kepada Balfour,

“Encik Balfour, katakanlah saya menawarkan Paris dan London kepada encik, yang mana satukah yang encik mahukan?”

“Tetapi, kami sememangnya sudah memiliki London!”

“Betul itu, tetapi ketika London masih lagi sebuah kawasan paya, kami telahpun memiliki tanah Palestin!”

Akhirnya, British membenarkan kaum Yahudi berhijrah ke tanah Palestin.

Pada tahun 1919, Emir Faisal I ketika itu pula menandatangani perjanjian antara beliau dengan Chaim Weizzmann, menyatakan sokongan sepenuhnya beliau dan kerajaan Arab kepada Deklarasi Balfour.

Akhirnya pada tahun 1919, berakhirnya Perang Dunia Pertama. Kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah menerima tamparan hebat setelah kehilangan kawasan-kawasannya yang luas, termasuklah Palestin. British dan Perancis mula menjalankan kolonisasi di tanah-tanah jajahannya. Dari situ wujudlah negara bangsa, apabila sempadan-sempadan digariskan memisahkan sempadan agama.

Kejatuhan Turki Uthmaniyyah.

Pada tahun 1918, tentera kolonial Britain menduduki pusat pemerintahan Turki Uthmaniyyah, iaitu Istanbul. Pada tahun 1922, setelah tamat Perang Dunia Pertama, sebuah Persidangan Lausanne diadakan, yang antaranya mempunyai beberapa tuntutan seperti - sistem khalifah ditamatkan, khalifah mestilah dibuang negeri, harta khalifah dirampas, dan kerajaan turki baru akan ditubuhkan atas dasar sekular. Ya, persidangan tersebut menjanjikan kemerdekaan ke atas negara Turki.

Seorang ahli Parlimen Turki pernah bertanya kepada Lord Curzon, ketua perunding pihak pakatan ketika itu - “Kenapa hanya Turki dimerdekakan, sedangkan negara-negara Arab yang lain masih di bawah pemerintahan kolonial?”

Lord Curzon menjawab - “Hakikatnya Turki telah dimusnahkan dan tidak akan bangkit lagi, kerana kita telah menghancurkan kekuatannya - Khalifah dan Islam.

Dalangnya utamanya, Mustafa Kamal Attartuk. Dia mengeluarkan ugutan ke atas kabinet turki ketika itu, lalu merombak parlimen sedia ada yang tidak bersetuju dengan persidangan tersebut. Parlimen kedua yang ditubuhkan juga tidak bersetuju dengan persidangan tersebut. Akhirnya, Mustafa Kamal Attartuk mengadakan konspirasi politik lalu merampas tampuk pemerintahan.

3 Mac 1924, kerajaan khalifah secara rasminya ditamatkan. Pada pagi hari tersebut juga, khalifah terakhir, khalifah Abdul Mejid II, diusir keluar dan dibuang negeri. Mustafa Kamal Attartuk mengambil mengambil takhta, dan proses pengsekularan bermula.

Holocaust

Keadaan berterusan, sehinggalah naiknya seorang pemerintah Jerman ketika itu, iaitu Adolf Hitler. Ketika tercetusnya perang dunia kedua oleh beberapa sebab, Hitler melaksanakan pelan pemusnahan kaum yang dikenali sebagai Action T4. Pelan ini merencanakan pembunuhan euthanasia beramai-ramai keatas golongan tertentu, majoritinya Yahudi.

Setelah tamat Perang Dunia Kedua, dianggarkan seramai hampir 6 juta Yahudi di seluruh Eropah mati dibunuh.

Setelah mengalami kerugian yang besar, Britain berundur dari Palestin dan tanah-tanah jajahannya yang lain pada 1948.

Penglibatan Amerika Syarikat

Amerika Syarikat, selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua, memainkan peranan penting dalam penubuhan negara Israel. Pada asalnya, Israel tidaklah wujud sebagai sebuah negara yang hakiki. Setelah holocaust yang dilakukan oleh Hitler tamat, jumlah penduduk Yahudi yang ada adalah sedikit, serta mereka hidup dalam kesusahan dan ketakutan.

Pada ketika itulah, Persatuan Yahudi Amerika mengutuskan tuntutan kepada Presiden US ketika itu, Harry Truman. Pada November 1947, tuntutan tersebut dibawa ke persidangan PBB lalu PBB mendeklarasi pemisahan Palestin. Pada 16 May 1948, kerajaan sementara Israel ditubuhkan di Palestin, dengan sokongan dari PBB. Presiden Harry Truman menyokong sepenuhnya penubuhan Israel, maka wujudlah penempatan Israel di tanah Palestin sehingga kini. Presiden Israel yang pertama - Chaim Weizmann.

Palestin Sekarang

Sejak dari holocaust, ramai Yahudi berhijrah ke Amerika atas dasar terbuka negara tersebut terhadap mereka, serta ramai juga yang pulang ke tanah air di Israel. Yahudi di Amerika diterima dengan tangan terbuka, bantuan dan pekerjaan diberikan kepada mereka atas dasar belas kasihan akibat holocaust tersebut. Dari situlah, Yahudi di Amerika berkembang dan memegang tampuk ekonomi dan pentadbiran Amerika. Amerika, selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua, memberikan sokongan tanpa putus-putus kepada negara Israel, yang didirikan di atas tanah Palestin yang dirampas secara haram.

Sehingga kini, Israel terus-terusan menyerang Palestin dalam usaha meluaskan sempadannya. Palestin pula berjihad, dalam usaha menawan kembali Masjidil Aqsa. Sejak kerajaan khalifah Islam tumbang, tiada sesiapa lagi yang mahu menyokong Palestin. Negara-negara Islam yang lain tunduk takut dan akur kepada Amerika. Sampai bila keadaan ini akan berakhir? Hanya 2 - sama ada Palestin akan terus dihapuskan dan Masjidil Aqsa dimusnahkan dalam usaha mereka mencari Temple of Solomon, ataupun tertegaknya kembali kerajaan khalifah Islam menyokong perjuangan Palestin.

Di mana kita? Kita boleh berdiam diri tidak berbuat apa-apa, sekaligus menjadikan kesudahan yang pertama tadi sebagai realiti.

Ataupun, kita boleh berusaha melakukan sedaya upaya menyokong perjuangan Palestin, yang membawa kepada kesudahan yang kedua.

Fikir-fikirkan.

di ambil dari
http://leokid.wordpress.com/2009/01/05/sejarah-palestin-israel/

Saturday, April 18, 2009

cincin

kali ni aku nak cerita lak pasal cincin...tp bukan pasal cincin emas yang mak2 kita slalu pakai tu...lagipon cincin yang aku nak crita ni xda kena mengena dgn cincin tunangan...ni cincin kayu ataupon lg senang cincin yang slalu orang laki pakai...pendekar dulu2 pon slalu pakai cincin...cincin ni ada dua jenis...satu cincin kayu...dan lagi satu cincin batu...aku dlu agak terpesona dgn cincin2 ni sbb slalu sgt orang tua crita tngtang kehebatan cincin2 mereka...dan ada juga pengamal2 perubatan tradisional yang menggunakan cincin sebagai satu cara perubatan mereka...

cincin kayu
cincin kayu ni adalah cincin yang permukaan atas dia dibuat dari kayu(ssh nak terang)...ada macam2 cincin kayu ni...perbezaan cincin kayu ni adalah dari segi kayu yang digunakan...antara kayu2 yang slalu digunakan adalah kayu koka,kayu buluh nibong,cenai,teras kayu,raja kayu dan banyk lagi la...tp slalu nya yang menjadi pilihan kaki2 cincin ni adalah cincin dari jenis kayu koka...kayu koka ni bagi sapa2 yang x pernah dgr adalah kayu dari bahtera nabi noh...kayu ni dikatakan banyk khasiat nya...tp terdapat banyak pandangan mengenai kayu bahtera nabi noh ni...ada yang kata bukan dari kayu koka dan dari kayu yang lain...tp apa yang aku dgr dari penjual2 kayu koka ni...kayu koka ni dapat mengelak dari jin dan ada juga yang mengatakan kayu koka ni boleh digunakan dalam perubatan....misalnya seperti terkena gigitan serangga...kita hanya sapukan cincin ni ditempat yang terkena gigitan tu...

contoh cincin kayu

raja kayu

cincin koka

cincin batu
cincin batu ni plak adalah cincin yang permukaan nya ialah batu...cincin batu yang terkenal adalah cincin batu delima...cincin batu delima ni yang aku dengar banyk khasiat nya...ada gak orang2 tua yang pernah cerita kat aku pasal kehebatan cincin delima ni...antaranya adalah si pemakai itu bleh menjadi kebal...cincin batu delima ni juga sangat mahal dipasaran...jangan terkejut kalau ada yang sanggup beli cincin batu delima ni dgn harga tm30k...tp itulah realiti...apa yang aku pernah dengar,sultan brunei pon ada beli batu delima ini...apa yang aku dengar....sultan brunei ni beli untuk dimasukkan ke dalam loji minyak...apa yang aku dengar lagi...batu delima ni boleh menyebabkan minyak yang dibawah laut ni diserap naik ke atas dgn lebih cepat...antara lain adalah batu serai wangi...batu serai wangi ni slalu nya diambik masa serai wangi berbunga...tp apa yang aku dengar...terdapat beberapa langkah untuk ambik batu serai wangi ni...antaranya haruslah diambik pada waktu tengah malam....batu geliga lipan plak adalah batu yang diambil diatas badan ibu lipan...batu ni mmg rare...dan ada yang mengatakan untuk ambik batu ni haruslah bercakap dulu dgn lipan...pasal bahasa yang digunakan semasa bercakap dgn lipan...mmg aku xtau...sbb kalau salah langkah lipan ni akan gigit...apa yang aku dengar kalau kena gigit dgn ibu lipan...mmg terus mati...tp mungkin kerana khasiatnya ramai yang cari batu2 mcm ni..cincin batu lintar plak adalah cincin yang menggunakan batu yang dipanah petir...cincin ni apa yang aku dengar bleh membuatkan si pemakai menjadi kebal...tp apa yang aku tngok dalam misteri nusantara...batu lintar ni bleh membuat si pemakai menjadi kebal disebabkan keelektromagnetan yang ada dkt batu tu...

contoh batu delima

contoh batu delima putih

contoh batu geliga lipan

contoh batu lintar

tp bagi orang yang berilmu...kita haruslah pandai bezakan benda2 khurafat ni...sbb semua ni adalah dari Allah...so kita xleh percaya sangat dgn kehebatan2 yang ada pada cincin ni...apa yang aku tulis ni adalah sebagai info tentang cincin...so...jangan terlalu percayakan pasal kehebatan cincin2 ni...sebab smua nya datang dari Allah S.W.T..jgn terlalu percaya sbb boleh merosakkan akidah kita...

Friday, April 10, 2009

Ghost hunting



ghost hunting???...ghost hunting tu klu dalam bahasa melayu dia ialah memburu hantu...topik ni agak berlainan dgn topic2 sblm ni...sbb ghost hunting ni mmg x pernah wujud kat kampung....sbb dkt kampung hantu yang memburu kita...lagi satu lokasi kami ghost hunting bkn dkt kampung....lokasi kami adalah di shah alam seksyen 12...sebenarnya aktivi ghost hunting ni adalah aktivi terbaru aku dengan mmber2 aku...ghost hunting ni sbnrnya dipekenalkan oleh seorang rakan aku iaitu amir...sebenarnya amir ni lah yang memberi lokasi untuk ghost hunting...selepas beberapa kali tergendala, beberapa tarikh ditunda...masalah utama kami adalah x cukup orang nak pergi...mmg susah untuk menyakinkan orang utk join ghost hunting ni...aku sendiri pon sebenarnya so-so nak pergi...mmg sepajang aku hidup nak x pernah ak terfikir nak ghost hunting...aku klu boleh xmau langsung tgk hantu(walaupun pernah sekali ternampak)...lagi satu masalah kami adalah x ada orang yang cukup ilmu....maksud aku ni x ada sapa2 dari gang2 aku yang boleh membuang hantu ataupun yang brani berdepan dgn hantu...tp disebabkan perasaan ingin tahu yang membuakbuak dalam diri masing...satu kata sepakata dah dibuat...malam 10.4.2009 adalah tarikh keramat kami dimana tarikh ghost hunting 1 kami bermula...perjumpaan dimulakan di rumah sewa amir,azam dan sepang...tapi malam itu kami boleh dikatakan agak kecewa kerana terdapat gang aku yang hanya pandai berkata-kata,tp sebenarnya penakut(bagi aku la)...ada yang mak suruh balik rumah la...pergi main game la..ada gak yang bagi alasan besok pagi nak gerak balik rumah...tp semua ini x mematahkan semangat kami untuk ghost hunting...malam itu keberanian kami memang ditahap maksimum....kami sikit pon x gentar walaupun banyak benda2 ngeri yang kami dengar dari group2 ghost hunting lain...malam itu sebelum bertolak mmber aku hairul mmberi sedikit petua(hairul ni slalu ghost hunting dgn mmber dia kat kluang..)...antaranya seperti keluar rumah harus lah dimulakan dengan kaki kanan,jangan tegur benda2 yang nampak pelik di lokasi ghost hunting,dan dia juga memastikan kami dapat menghafal ayat kursi...selepas itu kami ke rumah acapx untuk mengambil acap,arip dan iman...farok dan apis xdapat nak ikut malam itu akibat takut yang teramat sangat(haha)...perjalanan yang menakutkan ini pun bermula...kereta syamir dan kereta amir menjadi pengangkutan kami pada malam tu(syamir xda)...selepas beberapa kali tersesat jalan akhirnya kami sampai juga kat rumah puaka tu...sebelum kami masuk ke simpang rumah puaka tu...kami dikejutkan dengan seekor kucing hitam berekor panjang yang melintas jalan...dan benda yang lebih menakut ada seorang dari mmber aku telah tegur(acap tegur)...benda yang ngeri ni orang tua2 kata kalaa tegur takut dia ikut balik rumah...mmg waktu tu semua dah start takut...aku yang mmg dah takut jadi lagi takut...(moral jgn sesekali tegur benda yang pelik,buat xtau ja)...tp takut ke x...terpaksa gak kami teruskan sbb kami dah sampai dkt umah tu...sampai ja rumah tu...hanya allah ja yang tau perasaan aku...ya allah...umah tu mmg besar gila...nampak usang gila...mmg kalau tgk crita hantu orang putih..mmg nampak sama mcm rumah hantu dalam crita orang putih...menakutkan gila...sumpah aku cakap...mmg kalau datang sorang2 bleh terkencing dalam sluar...kawasan dia luas sampai ada tempat untuk helicopter landing...lps tu berpagar lak tu...turun ja dari kereta kami dah dpt dgr bisikan2 menakutkan...dgr air menitik...mmg horror la...smua kat situ mmg dah mula gelabah....aku waktu tu mmg dah xtau nak cakap apa...bulu roma dah naik...mmg x pernah terfikir rumah yang kami nak hunting tu keadaan dia mcm tu...tp selepas lepak hisap rokok dalam 5 minit...semua dah jadi tenang sikit...


Kawasan rumah hantu

rumah sebelah rumah hantu
dua2 terbengkalai

Kawasan rumah hantu

kawasan rumah hantu

yang sempoi malam tu...yang x merokok terus merokok...sbb semua nak hilangkan nervous...lps baca doa sikit..kami pon tawakal ja msk...aku mula dulu dgn panjat pagar(waktu ni aku pon xtau mcm na bleh jadi berani...haha)....selepas tu aku memulakan langkah dgn masuk ke dalam rumah tu...waktu tu ego semua dah hilang...semua bleh dikatakan jadi gay malam tu...berpegang tangan beb...selama ni x pernah pon aku jd takut mcm ni...first2 kami tempuh air yang menitik tu...tp alhamdulillah xda apa...cuma air bocor ja...mlm tu sepang dengan arip pegang torch light...so sepang leading team...mmg keadaan gelap gelita...meremang mmg xleh nak bayang la...sapa yang berani try la msk sorang2...1st kami masuk ke bilik hujung dlu...tp alhamdulillah xda apa...lps tu kami masuk ke bilik ke 2...bilik ni agak menakutkan la...sbb dalam tu ada lukisan...lukisan orang putus cinta...lepas tu ada tulisan dalam bahasa english.."how your life now,im ok" mcm tu la,aku pun xingat sangat...tp masa ni aku rasa smua dah jd berani sikit...kami sempat berpossing lg dalam tu...haha...rumah hantu ni mmg ada banyk bilik...so kami xleh just lepak lama2...















Nampak tulisan kat blakang tu??? dalam rumah dah xtakut beb

Sepang dengan iman dalam rumah hantu

so kami ambik keputusan untuk naik ke atas...waktu ni teringat balik amir penah crita kat aku...dia cakap ghost hunting sebelum ni pernah kena usik...sebab bila dah naik ke atas...group ghost hunting tu xdapat turun...tangga hilang kena sorok...tp alhamdulillah sbb lepas group tu baca surah2 al quran...dapat gak diorang turun sbb tangga muncul balik....so waktu ni mmg aku jadi takut balik...yang paling aku takut,sbb waktu ni baru aku perasan aku berjalan belakang sekali...tangga dia mmg tangga x siap..kalau xda torch light mmg bleh jatuh bawah...xda pemegang...mmg kena jalan berhati-hati...waktu ni peranan pemegang torch light mmg paling penting...setiap lubang mmg wajib bagitau sbb kalau jadi apa2 mmg x bleh buat apa...tapi alhamdulillah sampai gak kami ke tingkat atas...tingkat atas mmg luas...kalau x salah aku ada dalam empat bilik...setiap bilik besar dua kali ganda dari master bilik kat rumah aku...setiap bilik plak siap ada bathtub...bathtub tu pon aku nampak still elok...mcm ada orang mandi ja...huhu..first kami masuk dulu dalam bilik sebelah tangga...aku rasa bilik ni la yang paling ngeri...sebab sebelah bilik tu ada pokok sena...faham2 la kan...pokok sena mmg rumah untuk hantu...pokok sena tu mmg besar gila...pokok tu mcm dah berusia 100tahun...ranting2 pon dah ada yang masuk dalam rumah tu...lepas tu sebelah pokok sena tu ada tangga kecik...tanga tu untuk naik ke tingkat tiga...(helicopter landing)...kami lepak agak lama gak...waktu ni la aku buat benda bodoh yang xdapat aku terima sampai skrang...akibat terlampau berani...aku dengan tenang tanpa rasa takut terus menyalakan sebatang rokok...waktu ni mmg aku xtau apa2(for info asap dan tulang ialah makanan jin)...dan waktu ni aku agak pelik la,sbb perokok2 lain xda rasa tergoda nak hisap rokok...semua tgk aku dgn pandangan pelik...tp aku hisap separuh ja...sbb dalam otak aku,aku berfikir xelok hisap rokok kat rumah orang lepas tu abu rokok buang merata(waktu ni aku xtau lg asap tu makanan jin sbb amir hanya bgtau ak lps sampai ja kat subang)...waktu ni semua dah macam lupa kami waktu tu dalam rumah hantu..semua dah xtakut...waktu ni dah xda pegang2 tangan...semua dah macam ada kekuatan baru...

hisap rokok dulu bro...huhu

dalam rumah hantu dari kiri sepang,amir,aku,iman,azam

acap kali dan sepang dalam rumah hantu

sepang macam nampak sesuatu


lepas tu kami meneruskan perjalanan kami ke tempat yang agak lapang...kat situ kami lepak agak lama...tangkap gambar...group pon dah jd berpecah(pls kalau ghost hunting jgn berpecah,sbb selalunya binasa yang bakal menanti)....tp alhamdulillah xda apa...selepas masuk ke smua bilik and still xnampak apa2...kami pon ambik keputusan untuk turun kat bawah...dan sekali lagi alamdulillah kejadian tangga hilang yang menimpa group sebelum ni x berulang...alhamdulillah...dan last place kami pergi adalah swimming pool dalam rumah tu...dekat situ kami sempat bergambar(bukan senang beb nak msk rumah hantu,so take pics better)...dkt pool ni ada lah sikit misunderstanding...amir tersalah sebut dgn mengatakan nampak muka benda lain...aku plak waktu tu terasa mcm group aku terlebih sorang...tp semua ni cuma salah sangka...lepas semua dah puas...kami pon decide tu kluar ja dari rumah tu...alhamdulillah...mungkin nasib kami baik..kami xnampak apa2...walaupun dalam hati aku so-so nak nampak gak...(maybe smua rasa mcm tu)...


amir bajet berani(Dalam rumah hantu)

dari kiri acapX,acap kali,sepang dan tangan azam

acap kali dan sepang dari pandangan atas rumah hantu

acapX tengah posing dkt balkoni

iman dekat base heli

bergambal di pool rumah hantu

and aku orang 1st kluar...hehe...kami lepak kat luar rumah tu agak lama gak(sempat ambik gambar)...dan waktu ni semua orang ludah tiga kali(petua orang tua...aku pon xsure kesahihan benda ni) sbb xnak bg apa2 makluk selain manusia ikut kami...and the most important adalah kami pastikan dulu group kami cukup ke x...waktu ni dalam hati aku mmg harap2 sangat group aku xda yang lebih dan xda yang kurang...kalau lebih mmg alamat nya kena masuk balik ke rumah tu sbb kena hantar ke tempat dia...and kalau kurang...alamat kena masuk balik then check...kalau xjumpa mmg kena call police or bomoh...so tamat la ghost hunting kami yang pertama...aku mmg xsangka aku yang penakut ni bleh ghost hunting gak...ada mcm bangga gak kat diri sbb dah settle satu benda yang ada sesetengah orang x berani buat...so...


Dkt luar rumah dari belakang acap,aku,acap kali amir,iman
depan dari arip,sepang,azam

belakang(Sepang) dari kiri azam,iman dan amir

aku dan sepang(akhirnya abis gak ghost hunting)

next destination maybe hospita lama cheras or highland tower...waktu ni kami harap kami dapat pergi dengan lebih ramai...insyaallah...
bergambar di restoran zul yahya(zul yahya pakai lebai)

ni ada video sikit..

video


video
video

Jom senyum

Tido lak budak2 ni



Baru senang bezakan



Jangan buat mcm ni dalam toilet



Kecik-kecik dah pandai



Jom salam



Coli ni mmg lucah

Ketika itu aku masih kecil

kecil???haha...waktu aku budak-budak dulu la...semua manusia pernah rasa zaman kanak2...cuma dalam cerita The Curious Case of Benjamin Button ja brat pit lahir2 terus jadi tua...tp itu kan crita...so thats totally not true kan...ok..aku kadang2 teringat gak zaman kanak2 aku...zaman kanak2 ni mmg satu saat yang best...sbb waktu tu kita xkenal lagi dgn tension blajr,tension clash dgn awek,tension xda duit dan bnyk lg tension...waktu ni apa yang kita tau...main main main...hehe...dulu aku dgn kawan2 aku ada satu hobi...tp hobi ini ikut musim...hobi aku ini adalah mandi ban(mandi tali air)...tp nak mandi ban ni mmg kena tempuh banyk dugaan...sebab orang2 tua xsuka budak2 mandi ban...sbb seperti diketahui umum mandi ban ini adalah sangat bahaya dan apa yang aku ketahui ada jugak yang menamatkan hidup mereka dalam ban...tp waktu tu istilah bahaya mmg xada dlm kamus hidup aku...mandi ban inilah yang membolehkan aku pandai berenang...xyah msk kelas intensif pun...so sapa2 yang nak pandai berenang,dipersilakan mandi ban...selalunya aku akan pergi ke ban(tali air) ni dgn member aku(bae,chan,miron,arwah baan,uzair,latif,kudin,mome dan bnyk lg la)...jarak ban dgn umah ak ini dalam 15 minit kalu naik basikal...selalunya kami akan kumpul dulu satu tempat lps tu baru gerak sama2...dan yang paling best,sepanjang perjalanan ke ban(tali air) kami akan jumpa pokok jambu...so..sebelum sampai mmg habis la buah jambu kami petik...hehe...tapi kami akan pastikan kami balik rumah sebelum senja...sbb ada orang tua bgtau dlm ban tu ada hantu air(btl ka x...xtau la)...tp mmber aku dulu ada gak nyanyis2 mati kena tarik dgn hantu air ni...orang yang mandi ban ni mmg senang nak detect...1st...mata mesti merah sbb lama berendam dalam air...lps tu kulit jd gebu(hard to explain) maybe sbb warna air ban tu...dan benda ni lah yang paling ditakuti sbb sesampai ja kat umah...sure kena godam(rotan)...aku dulu setiap kali mandi ban...sampai ja umah...getah paip menanti(sakit beb)...tp haritu aku balik kg...dah xda budak2 mandi ban...zaman budak2 skrang mmg bosan...moral of story...mandi ban baik utk menambah kejantanan...hehe

sabung ayam


pernah dgr sabung ayam...xpon pernah dgr ayam sabung...sabung ayam ni adalah aktiviti melawan ayam dan ayam yg selalu dipilih adalah ayam sabung...ayam lain pon ada gak...tp cara ayam sabung berlawan mmg xda ayam lain bleh tandingi...ayam sabung ni ada bnyk jenis..ada jenis ayam sabung siam,ayam sabung kelantan dan bnyk lg la...ayam sabung ni pon ada bnyk gak nama timangan...antaranya seperti ayam gabernor siam(nama diambil sebab ayam ni benih dia dari gabenor siam),ayam tok' on,jalak lenteng,ayam bauk dan bnyk lagi la...nak tulis sure x muat pnya...tp apa yg aku tahu selama ini,ayam yg slalu dipilih adalah ayam dari jenis tok on..sbb permainan dia pantas,dan ayam tok on ni berani...lps tu rhoma(loghat utara-maksud dia warna bulu) dia pon garang...ada beberapa jenis tok on ni...antara nya tok on cabai kering,tok on tua dan tok on sahaja...bg peminat sabung ayam ni..ilmu tentang ayam adalah benda yg paling penting...bleh dikatakan aset yang berharga bg peminat ayam...dlu masa kat kg aku ada juga blajar sikit2...tp ak x expert sgt pasal ni...just ambik tahu...aku blajar kat sorang pak cik ni nama dia pak cik jalil...sebenarnya ayam ni kalau nak tau cara permainan dia...kita bleh tgk dkt sisik dia...mcm pepatah melayu yang pernah kita dgr..."tuah ayam nampak di kaki"...sbnrnya ramai orang yang salah anggap pasal ni...smua ingat tua ayam nampak di taji(keris kat kaki ayam)....sbnrnya tua ayam ni dkt sisik dia..sisik dia yg memainkan peranan penting dlm permainan ayam...terdapat banyk jenis sisik dkt kaki ayam ni...seperti sisik tumpang,sisik selit,sisik patah besar,patah kecil dan banyk lagi la...bulu ayam pon memainkan peranan penting gak...lg satu apa yang ak blajar...cara kokokan ayam pon adalah salah satu cara nak tau ayam tu kuat ke x...kalau dgr ja ayam tu kokok pendek dan x sedap...itu tandanya ayam tu kuat...kalau nak tau lebih lanjut...bela ayam sendiri...pastu dengar dia kokok...hehe...banyak gak pasal ayam ni...tp secara jujurnya sabung ayam ni salah di sisi agama...dan dkt malaysia pon still illegal...bagi aku...ayam tu x salah...yang salah itu kita...tp inilah cara hidup orang kampung...cuti ni ak nak balik sabung ayam...kalau ak rajin aku upload video ayam lawan...

Wednesday, April 8, 2009

Pengenalan

assalamualaikum kepada muslimin dan muslimah dan selamat sejahtera bagi non muslim...beribu terima kasih saya ucapkan kerana sudi melawati blog saya ni...untuk pengetahuan, blog ni dibina sebagai satu langkah bagi saya untuk mengingat balik kenangan-kenangan saya sewaktu kecil dahulu yakni kehidupan saya pada waktu itu adalah di kampung...blog ini juga mungkin boleh dijadikan sebagai satu langkah untuk anda mengenang kembali kenangan-kenangan anda sewaktu berada di kampung atau mungkin bagi yang tidak pernah merasa kehidupan kampung blog ini boleh dijadikan tempat untuk mengetahui kehidupan di kampung dengan lebih dekat...seperti yang kita ketahui kampung adalah satu tempat yang dipenuhi kehijauan, air-air sungai yang mengalir tenang,sawah padi yang mengijau dan suara-suara unggas yang menyanyi di kala malam tiba...kampung juga adalah tempat saya dimana saya membesar dan mengenal erti kehidupan...

Pemerintah Malaysia mendefinisikan Melayu sebagai penduduk pribumi yang bertutur dalam bahasa Melayu, beragama Islam, dan yang menjalani tradisi dan adat-istiadat Melayu. Tetapi dari segi definisi budaya (cultural definition), Melayu itu merangkumi seluruh penduduk pribumi di Dunia Melayu (Nusantara), yaitu penduduk serumpun tidak kira agama, bahasa, dan adat istiadat masing-masing yang diikuti oleh masing-masing kelompok serumpun tersebut.(wikipedia)

Definasi kampung bagi saya pula ialah satu tempat yang jauh dari kebisingan kota dan masih mengamalkan semangat persaudaran .


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin