Saturday, April 25, 2009

ghost hunting at highland tower


nak cari hantu sgt....hehe


assalamualaikum dan slamat sejahtera...kali ni ak nak crita lak pengalaman kami ghost hunting kat highland tower....highland tower spt yg kita tau adalah spot terbaik utk ghost hunting ni...sejarah highland tower ni mmg menakutkan la...dgn jumlah orang mati yg ramai..

KUALA LUMPUR, Rabu - Penduduk di kawasan berhampiran tapak apartmen Highland Towers, Hulu Klang, yang runtuh kira-kira tujuh tahun lalu, bimbang kejadian semacam itu berulang apabila kawasan bukit berdekatan terus digondol dan dimajukan dengan projek perumahan. Sekurang-kurangnya tiga projek perumahan mewah dan kos sederhana sedang dilaksanakan kira-kira dua kilometer dari Zoo Negara dan hanya 100 meter dari kondominium lima tingkat Desa Ku I dan II.

HULU KLANG: Tragedi kondominium Highland Towers runtuh pada 1993 mungkin hampir luput daripada ingatan masyarakat negara ini, namun dua bangunan kediaman itu masih tegak sebagai memorial hitam, hingga kini. Dua kondominium 12 tingkat dengan 100 unit kediaman di Hill View, Hulu Klang itu, terbiar usang dan sepi, menyimpan ingatan tragedi berdarah yang mengorbankan 48 penghuni Blok 1 pada 11 Disember 1993.

http://www.hba.org.my/archive/focus/HT/2001-2003.htm

so...aku dgn mmber ak pun dah berpakat nak hunting kat highland tower ni...sbnrnya tujuan kami adalah utk mencari kepastian...sbb asyik dgr orang crita pasal highland tower ni ja...ada yang kata highland tower ni ada penunggu la...ada hantu langsuir la...kiranya kat highland tower ni bnyk hantu la...aku pun sblm p highland tower ni...ak ada gak sembang dgn pak cik aku pasal highland tower ni...pak cik aku ada crita pasal group mmber dia yang pernah hunting kat highland tower ni...mmg keputusan dia agak memberansangkan gak la...group2 ni bukan group calang2 la...separuh dari group ni adalah anak murid harun din...so...ilmu pasal jin ni mmg xleh nak cakap la...group ni agak kecewa pada mulanya...sbb masa explore dlm highland tower ni mmg xda jumpa apa2 yg mengerikan mahupun menakutkan...group ni mmg bertekat gak nak tgk benda ni so mereka pun buat keputusan dgn stay satu tempat dan tnggu sampai azan subuh...tp subhanallah, mungkin allah nak tunjuk...waktu sblm msk azan subuh mmg waktu yg plg menakutkan...apa yang mereka crita kat aku...waktu ni la mereka dengar ada kanak2 menangis...ada orang berlari-lari...orang menjerit..ada orang minta tlg...so bila dgr ja pasal group ni...aku pun jadi berminat nak hunting kat highland tower ni...tp mengikut jadual ghost hunting group aku...higland tower adalah tmpat yg plg last kami nak hunting...sbb kami plan nak p hospital lama cheras dlu...jom hayati penulisan aku kat bawah ni

hari jumaat lah hari keramat bg aku dan mmber2 aku mengadakan ghost hunting yg ke2...selepas ghost hunting kami yang pertama iaitu di rumah hantu shah alam seksyen 12...pengalaman kami kat sana menyebabkan kami mengambil kepetusan untuk mengadakan ghost hunting yang ke2....pada mulanya tempat untuk ghost hunting kami yang ke2 ialah di hospital lama cheras...tp disebabkan mmber aku sepang mendapat panggilan telefon dari seorang lagi mmber aku yang mengatakan dia sudi ikut untuk sama2 hunting di highland tower...pada mulanya kami(yakni group ghost hunting) xtau hendak pergi ke highland tower...sbb kebanykkan kami datang dari luar kuala lumpur...so kami hanya mengharapkan bob utk memandu arah kami...keputusan untuk ghost hunting diputuskan semasa tamat latihan futsal kami iaitu sewaktu kami makan dia bulatan sunway...kami mengambil keputusan untuk hunting pada pukul 2.30...kerana bg kami waktu2 mcm ni adalah waktu terbaik untuk ghost hunting....tp malam itu kami berasa sedikit hampa...ini kerana bob yakni orang yang kami harap untuk tunjuk jalan mengambil keputusan untuk tidak ikut sama dlm expedisi kami...bagi aku bob ini hanya orang yang pandai bercakap besar ja...macam2 alasan yang diberi...tp ini bukan kali pertama kami di permain dgn kata2 dusta dia....tp kami masih lagi tidak putus harapan...mungkin disebabkan semangat ingin tahu kami pasal highland tower menyebabkan kami x cancel ghost hunting mlm 2...dan alhamdulillah sorang mmber aku syamir agak tahu tntang jalan ke situ....

pada malam itu kami seramai 11 orang yakni popo(aku),amir,sepang,acapX,acap kali,azam,apis,farok,pak chan,lan dan syamir dah mengambil keputusan untuk ghost hunting pada pkl 2.30...kami berkumpul di rumah acapX sebelum bertolak ke highland tower....pada waktu ni...kejadian yang pernah berlaku di shah alam ss 12 berulang...mmber aku azam telah menegur seekor kucing warna hitam berekor panjang....tp waktu ni kami x berasa tkt sangat sbb journey kami belum lg bermula....

perjalanan ke highland tower mngambil masa selama 45 minit mcm tu...perjalanan yang agak jauh dgn keadaan driver yang mengantuk(penumpang mcm aku kalau bleh nak jer tido) menyebabkan kami semua hilang mengantuk...selepas sesat beberapa kali...akhirnya kami sampai juga di highland tower....sbrnya sblm sampai kami dihiasi dgn pemandangan rumah2 banglo...pkl 3.30 kami sampai di lokasi...highland tower yang dulu nya kondomium mewah hanya menjadi sebuah kondominium yang nampak bergitu usang dgn dikelilingi lalang...kami terpaksa berjalan ke highland tower kerana jalan kereta ke highland tower telah pun di sekat...kami disambut dgn bunyi salakkan anjing yang seakan-akan nampak hantu...mungkin expedisi kami x disukai pada malam itu...tp kami x mungkin berpatah balik kerana x berbaloi dgn perjalanan yang terpaksa kami hadapi...seperti biasa hunting kami dimulakan dgn bacaan doa...kerana km x mahu ada masa hunting nnt kami terbawa balik atau salah sorang dr mmber2 kami yg msk hantu...ssh gak beb nak buang hantu...memandangkan xda sapa antara kami yang pandai membuang hantu....so,kami memilih Lan(bekas pelajar sekolah agama yang masyur) untuk mengetuai bacaan doa....lan ni adalah mmber kepada mmber aku dan skrang telah menjadi kawan aku...kriteria2 yg kami guna untuk mengetuai bacaan doa adalah seseorang itu haruslah tidak meninggalkan solat 5 waktu...sbb slalu sgt kami kantoi solat subuh...so kebanyakkan kami slalu buat solat 4 waktu je...yang lg satu tu slalu nya diqhada...

perjalanan kami pun dimulakan selepas tamat saja bacaan doa...seperti biasa...pada waktu permualaan journey ni la yg aku slalu nampak mmber2 aku berpegangan tangan...ish2....ada gak yg sampai berkepit-kepit macam pasangan suami isteri...tp ak x kisah sgt sbb kami ni smua laki dan waktu tu pun aku tgh takut...aku agak pendiam pada malam itu sbb keletihan dan perasaan berat nak ikut...so waktu ni tgh moody la...seperti biasa....selepas agak lama kami berjalan....perasaan takut kami tiba2 jer hilang...mmber2 aku yg pada mulanya ketakutan jd semakin berani...highland tower yang sunyi tiba2 ja jd bising...bising sbb mmber2 aku bercakap...berebut nak tangkap gambar...kami pada malam itu hanya sempat naik sampai ke tingkat 4 ja...sbb kami malas nak panjat tangga tnggi2...nnt nak turun letih lak...(sbnrnya takut)...dalam rumah highland tower itu ada lah sikit sebanyak hasil peninggalan mangsa...kami ada terjumpa gambar ramli sarip masa muda..waktu tu ramli sarip agak hensem...muka dia persis muka aku...haha...kami sempat naik 2 block ja...sbb lagi satu block dah roboh...cuma pengalaman yg agak ngeri masa kami berjalan nak pergi ke block ke 2...perhh...jalan tu dipenuhi pokok pisang....pokok pisang ni mmg semua orang tau tempat jin melepak...takut gak aku waktu ni...ntah tiba2 terjengol pocong...perhh mmg smua lari la...aku waktu tu seboleh-boleh xmau pegang pokok pisang tu...aku sanggup jatuh dari pegang pokok pisang sbb takut ada badi...tp yang pelik nya...pokok pisang banyak tp buah pisang xda...aku rasa mat pet dlm higland tower ni yg kebas...sbb dalam highland tower ni mmg terkenal dgn tempat pot terbaik utk mat pet...mcmanalah penagih2 ni bleh lepak kat tempat yang angker mcm ni...huhu...penagih2 ni pun sempat gak kacau kami masa kami tengah higland tower ni...sial btl...kami nak tegur takut sbb takut yg ditegur tu hantu...so...pendekatan paling baik adalah kami buat xtau ja...

selepas penat explore highland tower ni...kami pun ambik keputusan untuk pulang...time nak balik ni mmg agak lawak la...sbb waktu ni kami smua lari lintang pukang disebabkan salakan anjing yang kuat...so...tamat la ghost hunting kami yang ke 2...mungkin lepas ni kami x akan hunting lg...sbb terdapat banyk rungutan dari mmber2 aku yang x pergi...mungkin ramai pihak yang anggap kami ghost hunting ni sbnr nya untuk tunjuk berani...tp ikhlas dari dalam hati aku..kami hunting ni untuk menambah lagi keberaniaan kami...sebab kita ni slalu sangat di perbodoh dgn crita2 hantu dalam movie...ini menyebabkan minda kita tertutup...kita asyik fikir hantu ni sangat bahaya dan boleh menyebabkan kita kematian...tp sedar lah kawan2...hanyak allah swt yang boleh menentukan ajal kita...last aku nak cakap...kami hunting adalah untuk mencari kepastian dan untuk kepuasan kami...sbb kami xdapat ikut aktiviti yang memerlukan kos yang tinggi seperti main paint ball ataupun berkuda...anggap lah kami ni poyo,angkuh ataupun bodoh...tp yang penting kami x kacau hidup sapa2...dan kami xpernah kisah dgn semua tu..wasalam

gambar untuk dikongsi


9 comments:

acap said...

cepat la sikit habiskan...

ee said...

alahai cita x habis...

acap said...

poll hang macam aram...
haha...
hang patut letak nama daus la..

Anonymous said...

Kpada POPO , Amir , sepang , acap x , acap kli , azam , apis , farok , lan & shamir . . btul kew highland tower 2 berhantu . . cam x caye jew . .ialah antu kan x ujud . . highland tower sedap nme . . dia dibina pada thon berapa . .tpi sye caye lah jg . .

Azmi Panther said...

jumaat ni sye pulak pegi...
8 org budak tingkatan 5...

Anonymous said...

hye, im Roy, we`ve been there before..
so i can believe a bit of u`re story..

the thing i`ve saw on the night is a white shadow on the 4th floor...

it was a shock but seriusly something in there...

Anonymous said...

aww anazing story i like ... kalo kiteorg jadik pegi kt hiughland tower tu , tu lah tmpat pertama kiteorg .. hehhehe kiteorg just budak2 kolej je .. tp xtao lah dari mane dtg keberanian uh nk g highlnd tower. dengar cite mcm menarik je ...

shila said...

Woaw hebat dan berani ..

Anonymous said...

hantu??..hahahaha...ini semua poyo!..kata awie...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin